Segmen Blogger di RTM1

RTM nak buat segmen khas untuk blogger kat TV..hmm..memang manarik. Harap ia mencakupi semua bidang blogging bukan hanya politik semata mata. Ni keratan artikel berkenaan:

Segmen khas untuk penulis blog setiap Ahad

KUALA LUMPUR: Kementerian Penerangan akan mewujudkan satu segmen khas berita setiap Ahad bagi membolehkan penulis blog atau ’bloggers’ memberikan pendapat mengenai pelbagai isu secara langsung menerusi televisyen.

Menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata program itu selama 20 minit itu akan bermula 20 April ini akan disiarkan di RTM 1 sebagai salah satu segmen dalam Warta Perdana.

Beliau berkata, keputusan berkenaan bukan saja memberi ruang kepada golongan itu meluahkan pandangan masing-masing, bahkan turut membuktikan keterbukaan kerajaan dalam berurusan dengan media alternatif.

“Seperti yang dimaklumkan bahawa kementerian akan lebih terbuka dengan media alternatif, kami akan adakan slot khas ini, yang bertujuan membincangkan sebarang isu semasa atau yang ditimbulkan oleh ’bloggers’.

“Saya percaya ini langkah ke hadapan yang sentiasa ditunggu dan dialu-alukan oleh rakyat,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Angkasapuri di sini, hari ini.

Ahmad Shabery berkata, keputusan itu adalah petanda bahawa kerajaan sentiasa yakin dengan mandat yang diberi oleh rakyat sebelum ini, sekali gus menggambarkan kekuatan kerajaan yang tidak perlu bimbang dan berselindung dalam apa juga keadaan.

Mengulas mengenai pemilihan ’bloggers’ untuk ditemuramah, beliau berkata perkara itu akan ditentukan oleh panel pemilih RTM dari semasa ke semasa, bergantung kepada isu yang dibincangkan. – Bernama

Sumber: BH 

Dalam bidang blogging terdapat banyak niche atau topik yang menjadi fokus kepada blogger. Ada yang topik keusahawan,motivasi,kewangan,politik,kereta dan banyak lagi niche blogging. Nampaknya kerajaan mula mengiktiraf blogger sebagai pencetus revolusi politik negara.

Penulisan blog sebenarnya juga memerlukan kemahiran. Ia mengambil masa untuk seseorang blogger melatih diri untuk menulis. Ia bukan satu kerja yang mudah. Beratus ratus blog post yang perlu mereka tulis untuk mencari tune dan gaya penulisan.

Setiap blogger mempunyai gaya penulisan yang tersendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comment 1

  1. Muaz April 4, 2008

Leave a Reply

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.