Sekilas Seminar Sifu FB Ads Missing Chapter

Seminar Sifu FB Ads Missing Chapter

Alhamdulillah sempat juga ke seminar Sifu FB Ads Missing Chapter 2014 pada 17hb Mei 2014 lepas. Ada ada kursus pada 14 hingga 16hb Mei 2014. Habis kursus saya balik rumah sekejap untuk mandi dan bersiap. Kemudian ke stesen Keretapi Ipoh untuk beli tiket keretapi. Memang sudah kepenatan untuk memandu. Jadi saya ambil mudah dengan naik train je pada pukul 2.49 pagi dan sampai ke KL Sentral pada jam 6.00 pagi.

sifu fb ads

Saya jenis jarang keluar pada waktu malam. Rupanya di dataran hadapan Stesen Keretapi ada banyak aktiviti malam. Dari pukul 8.00 malam ke 12.00 malam ada pertunjukan air pancut berwarna warni. Saya baru tahu. Disekitar dataran juga ada beberapa pertunjukan oleh artis jalanan seperti pertujukan semburan api, menyanyi, break dance dan banyak lagi kot yang saya tak tengok.

Ramai yang bawa family untuk bersantai di sana pada waktu malam. Seriusly saya memang tak tahu. Orang Ipoh tahu la kot.

air pancut

Memang happening betul aktiviti disana… Tidak kurang juga anak-anak muda yang bercouple berhimpit di sana sini. Itu yang tak best skit. Cabaran yang cukup besar buat ibu bapa zaman sekarang. Bila tengok keadaan ini, saya teringatkan anak-anak perempuan saya. Mampukah seorang ayah membimbing anak perempuan ke jalan yang diredhai Allah. Saya kurang keluar malam cuci mata sedemikian. Jadi saya tengok saya jadi takut pulak.

Keretapi Senandung Langkawi dari Ipoh Ke KL Sentral akan sampai pada pukul 2.49 pagi. Bila sampai masa tu, masih ramai lagi anak-anak muda yang sedang bermain-main di dataran. Ramai budak perempuan berkepit dengan beberapa orang lelaki… dalam hati, mak bapak diorang tak marah ke?

Sekitar Seminar Sifu FB Ads Missing Chapter

Pertama sekali saya tak ambil gambar sekitar seminar berkenaan. Dalam ramai-ramai peserta ada seorang Artis daripada Akademi Fantasia 1 yang turut hadir. Yang tak tahu mana satu..Artis ni:

Hmm..Ada artis yang datang belajar marketing. Bagus juga si Jamal ni boleh tarik artis buat bisnes. Menurut Khai, dia buat bisnes jual produk kesihatan. Memang sesuai untuk seorang artis yang dikenali ramai untuk membuat bisnes produk kesihatan dan kecantikan.

Kandungan Seminar Sifu FB Ads Missing Chapter

Dalam seminar ini ada 7 missing chapter. Cuma 6 berkenaan FB Ads. Kandungan yang bagus dan penuh teknikal. Bagi yang tak pernah buat FB Ads, comfirm pening tingtong. Kandungannya seminar ini memang padat. Namun, ia dikendalikan dengan baik oleh tim Sifu Fb Ads.

Ada banyak juga saya belajar daripada Jamal dalam seminar ini. Memang banyak kalau mereka yang nak belajar tentang FB Ads, seminar ini memang bagus untuk anda.

Seminar ini tamat pada kira-kira pukul 5 petang lebih. Kemudian 2 orang perunding hartanah buat preview seminar hartanah mereka.

Saya balik ke Ipoh dengan ETS pada jam 9.00 malam dan sampai di stesen keretapi Ipoh pada pukul 11.30 malam. Kemudian tak boleh balik lagi ke Kuala Kangsar sebab ada kereta yang blok kereta di parking. Dekat 1/2 jam tunggu barulah kereta berkenaan di alihkan. Kemudian balik ke rumah dengan keadaan kepenatan.

Ia satu seminar yang berbaloi untuk belajar FB Ads. Cuma sebelum anda ke sana, pastikan anda pernah guna FB Ads dulu. Ke sana untuk belajar mantopkan lagi kempen FB Ads anda sebab ia bukan seminar basic. Ia seminar khas untuk mereka yang sudah ada akaun FB Ads dan pernah beriklan di FB.

Seminar akan datang tak pasti bila lagi. Jadi tunggu jelah pihak Sifu FB Ads Sdn Bhd nak buat bila lagi. Apa pun saya berikan 5 bintang untuk seminar ini.

p/s: Saya pergi atas tiket percuma dalam Cabaran Affiliate Tim Infokerjaya. Ke sana memang tak kenal orang sangat sebab IM yang seangkatan dengan saya takde. Yang saya kenal cuma Jamal sorang kot.. ­čÖü

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • pengalaman join kelas sifufbads
  • seminar sifufbads kl asing lelaki dan perempuan ke
  • sifu fb ads
  • sifu fbads yang bagus
  • sifufb ad
  • SIFUfBADS
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 4

  1. najmi ahmad May 28, 2014
  2. Wartini Junaidi Mohni November 23, 2014
  3. sani sini sana February 10, 2015
  4. Halim Nadzeri September 14, 2016

Leave a Reply

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.