Selamat Menyambut Ramadhan

Esok semua rakyat Malaysia beragama Islam akan mula berpuasa. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut ramadhan dan menyambut bulan kemerdekaan negara yang ke 52. Walaupun keadaan sekarang diancam oleh selsema babi H1N1, diharap kemuliaan ramadhan ini akan memberi keberkatan kepada kita semua.

Saya juga ingin meminta maaf diatas segala salah dan silap sepanjang anda berurusan dengan saya. Jika ada yang terkurang diharap anda halalkan. Kita semua tidak terlepas daripada kesilapan. Lagi 4 hari anak saya akan mencecah 4 bulan.

Disebabkan wabak penyakit membahaya sedang merebak saya memang kurang keluar ke mana mana atau ke tempat awam. Kematian daripada wabak selsema babi ini juga telah meningkat kepada 68 orang dan menaikkan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang mempunyai kadar kematian tertinggi daripada wabak H1N1 ini. Malaysia berada di tangga ke 8 daripada 174 negara di dunia ini.

Diharap semua dapat menjaga kebersihan. Sentiasa basuh tangan anda sekerap yang mungkin bagi mengelakkan kuman H1N1 merebak ke dalam badan kita. Kita juga disarankan untuk memakai topeng muka jika ke tempat awam. Semoga kita semua dilindungi daripada bala penyakit ini.

Berkenaan dengan komisen, saya akan uruskan dalam sehari 2 lagi. Maaf diatas kelewatan ini.

Selamat berterawih dan berpuasa. Jangan terlalu boros membeli makananan ye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comment 1

  1. Zairi Zaidi August 24, 2009

Leave a Reply

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.