Semua Selamat

Majlis perkahwinan saya berlangsung dengan lancar walaupun pihak keluarga saya tak berapa paham akan adat perak. Kami baru tahu dimana di Perak, orang kampung akan diutamakan untuk makan terlebih dahulu. Selepas itu, baru lah rombongan pihak lelaki boleh makan setelah pengantin berarak.

Saya baru tau. :P. Biasanya kami di Terengganu, tak kisah la sape nak makan dulu. Kalo pihak keluarga pengantin datang, semua sambut dan boleh makan dah nasi minyak. Jadi pihak keluarga pengantin tak perlu la tunggu lama.

Masa akad nikah,berdebar bukan main.Takut kadi tanya banyak pulak.Rupanya kadi just suruh mengucap, istifar,baca alfatihah & apa rukun kawin. Lepas baru la akad nikah. Terdapat pulak perbezaan akad nikah di Terengganu dan di Perak ini. Jika di Terengganu, memadai jika menjawap “Aku terima nikahnya sipolan binti sipolan dengan maskahwin yang tersebut”. Yang tersebut tu merujuk kepada apa yang diijabkan oleh kadi.Saya tengok dalam Al Kulliyah pun sama macam ni.

Tapi di Perak, akad nikah dia “Aku terima nikahnya sipolan binti sipolan dengan maskahwin Rmxxx tunai/hutang”. Itu akad di perak la mengikut pengalaman saya.:) Di negeri lain juga mungkin berlainan. Mulanya risau jugak takut tak lepas sebab maskahwin saya bagi ialah RM1101. Nasib baik takde sen sen. Kalo tak jenuh la.

Plan lepas kahwin? Seperti biasa. Saya tetap akan hasilkan beberapa produk baru lagi. Nantikannya ye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.