Tabung Haji Melabur Dalam Syarikat Tidak Patuh Syariah?

Agak terkejut tentang pendedahan daripada Tuan Pakdi berkenaan pembelian saham Parkson oleh Tabung Haji bulan lepas. Sedangkan ia tidak lagi patuh syariah. Berikut adalah artikel daripada FB Pakdi.

Tabung Haji oh Tabung Haji

1. Tabung Haji memegang deposit kira-kira RM 40bilion.

2. Barangkali ramai masih ingat, TH pada Julai 2008 telah memiliki 29.6% bersamaan 92.9 juta saham Silverbird seterusnya menjadi pemegang saham terbesar.

3. Ketika itu, saham Silverbird berharga sekitar RM 0.80. Hari ini, berdasarkan maklumat di Bursa Malaysia TH telah mengurangkan pegangan dalam syarikat ini ketika harga saham cuma sekitar RM 0.10.

4. Pada 18 Jun 2012, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah mengumumkan kaedah Shariah screening baru yang berkuatkuasa pada November 2013. Ada sebahagian Islamic Fund manager telah mengambil langkah proaktif dengan mengingatkan syarikat-syarikat yang berpotensi menjadi tidak patuh Shariah pada November 2013. Malah, hal ini juga pernah keluar di muka hadapan akhbar-akhbar kewangan utama Malaysia.

5. Malangnya TH dari September – November 2013 telah mula membeli saham-saham Parkson Holdings Bhd, yang mana syarikat ini telah bertukar status menjadi TIDAK SHARIAH COMPLIANT pada 29 November 2013. Notis terakhir kepada Bursa Malaysia menyebut pembelian terakhir sebanyak 500,000 unit saham dibuat pada 28 November 2013.

6. Pembelian ini menyebabkan TH mempunyai 76,497,500 unit saham bersamaan 7.11% seterusnya menjadi pemegang saham ke-4 terbesar dalam Parkson Holdings. Seandainya harga purata pembelian TH adalah RM 3.50 ini bermaksud nilai pelaburan adalah melebihi RM 250 juta.

7. Bagaimana TH boleh membeli saham yang berpotensi bertukar status Shariahnya pada saat ada Islamic Fund Manager lain telah mula memberikan surat peringatan kepada syarikat-syarikat tertentu agar segera bertindak ?

8. Di manakah Shariah Governance Lembaga Tabung Haji ? Siapakah pegawai / panel Shariah yang patut memberi amaran kepada pihak pelaburan TH dalam hal ini? Atau adakah amaran telah diberi namun masih buat tidak tahu ?

9. Adakah ini tahap awareness culture Shariah dalam pelaburan TH lebih rendah dari sebahagian private Islamic Fund Manager yang lain sedangkan mereka memegang hampir RM 40b deposit, yang majoritinya adalah kepunyaan umat Islam ?

10. Ini yang kita dapat tahu, sebab diumumkan di Bursa Malaysia, bagaimana pula dengan pelaburan lain yang tidak diumumkan dan tidak dilaporkan ? Siapa yang menentukan ia patuh Shariah?

TH

Sebagai pemegang amanah untuk simpanan jutaan umat Islam di Malaysia, Tabung Haji sepatutnya menjaga status halal hasil daripada pelaburan yang dibuat. Ia bukan soal keuntungan semata-mata. Andainya sedikit hasil keuntungan yang tidak halal masuk ke dalam akaun Tabung Haji. Ia membolehkan status halal bagi hasil simpanan dan keuntungan Tabung Haji boleh dipersoalkan.

Bagaimana hasil ini dibuat untuk ke Mekah?

Ini yang membuatkan saya geram. Bukan nak berpolitik, tapi bila orang Politik jadi Pengerusi TH, halal haram semua nak bantai? Tolonglah jaga hasil duit orang Islam tu.

Harap Tabung Haji memberi penjelasan berkenaan isu ini.

Harapan saya TH dapat tarik balik pelaburan berkenaan dan laburkan dalam syarikat yang patuh syariah sahaja.

Menurut Pakdi lagi:

Takkan tidak boleh buat semakan sendiri berdasarkan guideline SC. TH adalah institusi besar, telefon pegawai ICM pun dapat membantu jika tak dapat buat due diligence sendiri pasal Shariah assessment.

Silap beli? Lupa? Malas buat kerja lebih? Atau memang tiada budaya kepatuhan Shariah?

Takkan TH speculate saham dan bukan buat investment? Beli pagi jual petang.

Ia satu kesilapan yang membahayakan hasil pelaburan TH boleh dipertikaikan. Pelaburan RM250 juta hasil duit orang Islam tidak boleh dimain-mainkan. Sepatutnya sebelum keputusan membeli saham dibuat, ia perlu disemak terlebih dahulu. Bukannya beli dulu, baru nak semak.

Apapun andainya dah terlajak tu, TH boleh review balik pelaburan berkenaan dalam masa 6 bulan. Apapun harap ada tindakan positif daripada TH untuk membersihkan saham yang tidak patuh syariah yang dipegang di Bursa Malaysia.

Maklumat lebih lanjut boleh ke Blog Pakdi berkenaan dengan isu ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • pelaburan tabung haji haram
  • Adakah tabung haji patuh shariah
  • saham tabung haji
  • SAHAM YANG DIPEGANG OLEH TABUNG HAJI
  • tabung haji beli saham dari syarikat mana
  • simpanan tabung haji
  • siapa pemegang saham tabung haji
  • sahan tabung haji
  • adakah tabung haji pemegang saham terbesar nestle
  • tabung haji halal ke?
Pin It

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>