Teknik Keji Curi Trafik Pengguna Maxis


Ya. Saya pengguna maxis broadband. Perkhidmatannya agak bagus cuma apa yang saya paling tidak suka ialah apabila ia disconnect secara tiba tiba. Apabila disambung kembali. Ia akan dibawa ke laman MyLanchPad Maxis. Bagi saya ia merupakan satu taktik yang cukup tricky untuk menarik pelawat ke laman web maxis tersebut.

Mylauchpad

Mylauchpad

Masakan tidak, url terakhir yang dilawati akan diredirect kepada laman web Mylauchpad ini apabila setiap kali kita mengunakan browser pilihan. Contohnya laman web terakhir sebelum disconnect adalah Facebook.com, apabila disambung kembali talian broadband, kita akan dibawa ke laman Launchpad ini walaupun kita menaip url www.Facebook.com pada browser.

Ia akan terus berlaku sehinggalah anda clearkan semua cookies browser. Ia sangat menyusahkan. Ini lebih mengkengkelkan apabila talian Maxis sememangnya agak kerap disconnect tanpa diarahkan. Ketika kita sedang asyik melayari internet, secara tiba tiba talian diputuskan.

Apabila kita sambungkan kembali, tada…. laman web yang kita sedang layari akan bertukar kepada laman Mylauchpad. Rasanya ramai pengguna broadband maxis mengalami masalah yang sama. Ia sememangnya cukup mengjengkelkan apabila ia terus berlaku.

Agaknya jika Maxis tidak melakukan taktik sedemikian, tiada orang yang akan melawati laman web mereka ini. Mereka mengunakan kaedah secara paksaan untuk pengguna mereka melayari laman web mereka. Mungkin  disebabkan tiada pilihan lain, saya terpaksa menggunakan talian broadband maxis ini. Jika tidak, sudah lama saya bertukar kepada talian broadband yang lain.

Saya tidak dapat memasang streamyx kerana talian telefon telah dicuri oleh penagih dadah. Pihak Telekom Malaysia pula enggan memasangnya kembali kerana ia kerap berlaku dan merugikan mereka. Talian Celcom pula tiada perkhidmatan di pinggir Kuala Kangsar. Yang ada hanyalah talian Maxis.  Jadi kami semua terpaksa mengunakan maxis sebagai satu satu kaedah untuk berhubung.

Inilah Malaysia kot. Baru tepi bandar skit, dah terputus hubungan. Itu belum masuk ke pendalaman lagi. Pasti terpaksa guna burung merpati (pengaruh filem ni) untuk berhubung.

Susah betul la… P1..Tolong Cepat pasang pencawang kat sini.

Baru ni dalam berita cakap kerajaan nak tingkatkan kadar capaian internet di Sarawak kepada 90%. Woit.. Semenanjung pun masih belum sepenuhnya lagi. Fokuskan juga pada pinggir bandar-bandar di Semenanjung juga. Kami pun inginkan capaian internet…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.