Tempat Paling Lembab di Malaysia, Ujan je

Saya kini menetap di kawasan paling lembab di Malaysia iaitu Taiping iaitu kawasan paling lembab di Malaysia iaitu daerah Larut. Dekat la dengan Bukit Larut ni. Sekarang ni hari hari ujan kat sini. Nak wat mcmana kan?

Hari ini adalah hari mengundi pilihanraya kecil Permatang Pauh. Macamana la keputusannya nanti ye? Tunggu je malam nanti. hehehe

Terdapat satu topik menarik di Harian Metro hari ini.. Lawak skit..

Iaitu potong cincin kat kemaluan dengan bantuan bomba.. memang orang tu mendapat “kemaluan” yang besar la..hohohoh..nak artikel tu ada kat bawah..

KUALA LUMPUR: Anggota bomba yang sinonim dengan memadamkan kebakaran atau mengeluarkan mangsa tersepit dalam kemalangan terpaksa melakukan tugas menyelamat paling pelik, semalam.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai di sini dipanggil bagi membantu doktor memotong cincin besi keluli yang tersekat pada pangkal kemaluan seorang pesakit lelaki di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Doktor terpaksa menggunakan kemahiran anggota bomba bagi memotong cincin yang sukar dicabut itu selepas pelbagai usaha dilakukan tidak berjaya.

Difahamkan, mangsa yang berusia awal 20-an sengaja menyarungkan cincin pada kemaluannya dipercayai bagi meningkatkan kekuatan seksual selain memberi kepuasan luar biasa kepada pasangannya.

Pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Pantai, Sarjan Malek Neik, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan PPUM berhubung insiden pelik terbabit pada jam 12.43 tengah hari semalam.

Menurutnya, sebuah jentera dan enam anggota kemudian dikerah ke PPUM untuk misi membantu masalah terbabit yang disifatkan sukar dipercayai.

“Sebaik tiba, mereka dibawa ke bilik kecemasan sebelum dimaklumkan keadaan dihadapi ketika itu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Katanya, dia melihat beberapa doktor berusaha mengeluarkan cincin itu yang terlekat pada pangkal kemaluan pesakit berkenaan.

Doktor terbabit cuba memotong cincin berkenaan menggunakan peralatan pembedahan, termasuk pemotong besi tetapi gagal kerana ia terlalu keras.

Malek dan pasukannya terpaksa menunggu kira-kira 20 minit sementara doktor bertungkus-lumus menanggalkan cincin berkenaan.

“Cincin besi keluli itu terlalu keras dan semua alat pemotong yang dimiliki hospital tidak berkesan memotongnya.

“Pesakit itu pula dilihat mengerang kesakitan setiap kali kemaluannya disentuh dalam usaha menanggalkan cincin itu,” katanya.

Selepas segala usaha menemui jalan buntu, doktor meminta bantuan kepakaran bomba bagi memotong cincin terbabit menggunakan pemotong besi yang sering dibawa dalam operasi menyelamat mangsa kemalangan atau kebakaran.

“Keadaan kemaluan mangsa yang membengkak merumitkan usaha menanggalkan cincin itu. Malah, kedudukannya pada pangkal kemaluan menyukarkan untuk memotong,” katanya.

Sebagai langkah keselamatan, doktor meletakkan sebilah kayu sebagai pelapik untuk mengelakkan kecederaan serius kepada kemaluan mangsa ketika pemotongan dilakukan.

“Kami terpaksa menggunakan pemotong besi bagi memutuskan cincin berkenaan. Tugas berkenaan dilakukan dengan penuh berhati-hati sebelum cincin terbabit dapat dipotong dalam tempoh tak sampai seminit.

“Anggota bomba yang terlatih dan cermat berjaya memotong cincin itu dengan hanya sekali percubaan,” katanya.

Menurutnya, kemaluan mangsa terlebih dulu dibius petugas PPUM bagi membolehkan tugas itu dilakukan dengan lancar.

“Tugas itu amat mencabar, namun saya berpuas hati kerana khidmat anggota bomba berjaya menyelamatkan nyawa lelaki berkenaan,” kata Malek yang menganggap kejadian seumpama itu amat jarang berlaku.

Mengikut kepercayaan golongan tertentu, tindakan menyarung cincin besi dalam kemaluan dikatakan mampu menambah kekuatan seksual si pemakai walaupun mereka sanggup menanggung azab sengsara akibat kesan sampingannya.

sumber: Harian Metro

Hohoho..lawak lawak. Nasib baik tak putus “anu” tu. Kalo tak, menangis air mata darah sekalipun “kejantananmu takkan kembali”..hohoho

potong

Entah cincin apa yang disarung kat kemaluan dia tu. Nasib baik harian metro tak letak gambar tengah potong. Just letak gambar bomba posing pkai hidrolik cutter dia je. Nasib baik la bomba tu cekap. Kalo semua putus…kalo doktor cekap mungkin boleh sambung..tapi prestasi takkan kembali kot..sekadar “ada” jela..

Tegak berdiri tu tak mungkin jadi dah kot. Mungkin hanya tunduk mengikut graviti bumi je kot…ngeri…huhuhuhu

Nasihat saya.. jangan buat benda pelik pelik ye kalo nak “hebat”. Kalo tak, menyesal tak sudah mcm lelaki tu..huhuhu

Updated: Rupanya cincin yang dimaksudkan ialah bold skru lori tu. Bengap betul. Ada ke patut bold keluli tu dia masukkan kat “batang anu” tu. Masa tak tegang boleh la masuk,bila tido komfirm tegang. Mau tak bengkak.. kasihan anu dia tu..kekekeke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • kawasan paling lembab di malaysia
  • yhs-mystartdefault
  • tempat paling lembab di malaysia
  • kawasan paling lembap di malaysia
  • kawasan palin lembap di Malaysia
  • lokasi paling lembab di malaysia
  • my metro ciccin kat alat sulit mangsa
  • potong cincin besi kat kemaluan
  • taiping merupakan kawasan paling lembap di malaysia
Pin It

4 thoughts on “Tempat Paling Lembab di Malaysia, Ujan je

  1. salam sham dan muaz..

    hahahaha….post yang bagus Sham. itula nak terlalu “hebat”..patutnya pakai cincin kanda je..Muaz, dah try pakai ke, hehehe

    Sham…sebulan dua ni tentu topik pasal alam rumahtangge je kan :-) . Bagi saiko skit kat Labanon tu neh…dia dah tahap maksimas wajib tu… :-)

  2. labanon ada ym saya..ada patut dia tanya.. best ke kawin..huhuhuh..

    Mestilah best…kalo tak orang tak kawin..:P

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>