Wanita Tercampak dan Terduduk Diatas Teksi Selepas Kemalangan

Berpantang sebelum ajal. Itulah yang boleh kita katakan. Andainya belum sampai masa ajal menjelma. Jatuh macamana sekalipun, ia takkan datang. Itulah yang berlaku pada seorang wanita dalam kemalangan di Pulau Pinang. Ia sempat dirakam oleh seorang saksi dan menjadikan ia satu berita viral hari ini.

wanita-terduduk-atas-teksi

Keratan artikel dari Harian Metro

Kulim: “Saya hairan di mana penunggang motosikal itu, namun ketika menoleh ke atas saya terpandang seorang wanita terduduk dia atas bumbung teksi saya.

“Saya kemudian pergi ke arah wanita itu dan membantunya turun dari bumbung teksi selain melihat jika ada sebarang kecederaan dialami, namun wanita itu hanya memaklumkan sakit di bahagian tangan dan kaki serta masih trauma,” kata pemandu teksi, L Rajendran,48.

Rajendaran adalah pemandu teksi yang terbabit kemalangan dengan motosikal ditunggang wanita berusia 50-an di persimpangan lampu isyarat Lebuhraya Butterworth-Kulim, di Jalan Lunas, petang tadi.

Berpantang maut sebelum ajal, wanita itu tercampak dan terduduk di atas bumbung teksi berkenaan. Kejadian itu mengejutkan pengguna jalan raya lain yang turut merakam gambar mangsa sebelum ‘viral’ di media sosial.

Rajendran berkata, ia pengalaman kemalangan paling mengejutkan, namun lega tidak membabitkan kecederaan atau kematian.

“Selepas terdengar bunyi dentuman kuat saya terus memberhentikan teksi dan bergegas keluar untuk mencari mangsa kemalangan.

“Ketika itu saya ternampak sebuah motosikal terbalik di belakang teksi dan cuba mencari penunggangnya, sebelum terkejut apabila melihat seorang wanita dalam keadaan terduduk di atas bumbung teksi,” katanya ditemui selepas membuat laporan di Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, di sini, semalam.

http://www.hmetro.com.my/node/178288

Dalam kejadian wanita tercampak ke atas teksi merupakan satu kejadian yang cukup ajaib tentang kuasa tuhan. Malah wanita ini hanya cedera ringan. Jika belum sampai, ajal. Macam satu cerita dongeng pula. Rasanya saya menonton satu video kemalangan tercampak diatas kereta lain dihadapan di luar negara.

Kali ini ia berlaku di negara kita. Wanita tercampak ke atas teksi yang kebetulan berada dihadapan selepas traffic light. Nasib baik pemandu teksi tu perasan kemalangan berlaku dibelakangnya. Kalau tak, entah kemana dia bawah wanita ini diatas teksi.

Semoga wanita ini terus sihat. Harap ada yang dapat menemubual wanita ini tentang amalannya sehingga diselamatkan Allah dalam kejadian ini. Mungkin ada rahsia yang ingin disampaikan untuk kita sebagai pengajaran.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comment 1

  1. Eddy January 31, 2017

Leave a Reply

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.