Bilakah Duit Google Adsense Dibayar?


Ini adalah antara soalan yang biasa saya terima. Bilakah Google Adsense akan membayar komisen pengiklan yang kita dapat? Ia adalah satu soalan yang mudah sahaja. Namun, saya akan huraikan dengan lebih panjang.

Untuk mendapat menerima pembayaran daripada Program Google Adsense ini, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipatuhi.

1. Jumlah pendapatan akumulatif mestilah melebihi usd100. Selagi jumlah pendapatan tidak mencapai nilai minimum ini, bayaran tidak akan dilakukan dan akan dibawa ke bulan seterusnya.

2. Sudah menerima poskad pengesahan alamat. Ia adalah untuk mengesahkan anda adalah orang benar, bukan orang palsu. Ia hanya sekali sahaja. Poskad ini mengandungi kod pengesahan alamat. Ia akan dipos kepada anda setelah jumlah pendapatan anda mencapai USD50. Langkah ini hanya sekali sahaja.

3. Sudah hantar borang cukai US. Bagi non US, pilih je bukan non us. Ia saya terangkan dengan lanjut dalam ebook Panduan Raja Adsense.

4. Pilihan bayaran. Terdapat 2 pilihan bayaran buat rakyat Malaysia iaitu cek dan juga western union. Jika anda memilih bayaran menerusi cek, anda perlu tunggu selama 2 minggu untuk sampai di Malaysia. Ia sah selama 3 bulan sahaja. Manakala bagi WU, anda boleh keluarkan duit daripada agen WU di Malaysia sehari selepas ia dibayar oleh Google. Saranan saya pilih WU kerana lebih cepat.

update: Kini sudah ada pilihan direct transfer ke akaun untuk publisher Malaysia.

5. Tarikh pembayaran pendapatan Google Adsense dibayar pada 21hb setiap bulan. Jadi selepas tarikh tersebut, tengoklah akaun anda untuk dapatkan kod MTCN Western Union. Duit akan terima ke akaun dalam masa 2 hari.

6. Akaun anda telah memenuhi syarat pembayaran US1oo pada bulan sebelumnya. Jika akaun anda berjaya mencapai USD100 pada bulan Ogos, ia akan dibayar pada bulan September. Begitulah seterusnya untuk bulan bulan akan datang.

duit Google Adsense

Bayaran Google Adsense

Jika anda menerima bayaran, anda akan menerima emel seperti diatas. Anda bolehlah segera menuntutnya di agen WU dengan segera kerana ia sah selama 60 hari sahaja.

Cara terbaik untuk menjana pendapatan menerusi Google Adsense? Bagi saya ialah menerusi blogging. Ia adalah antara sumber pendapatan sampingan saya sejak 2006 sehingga sekarang. Ia bukan mudah kerana memerlukan komitmen untuk terus menulis. Hasilnya memang berbaloi!

Teruskan usaha ye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • adakah hantar video youtube dapat bayaran
  • cara pembayaran youtube malaysia
  • berapa bayaran youtube ringgit
  • earning 50usd adsense
  • Jadual pembayaran Google Adsense
  • tarikh pembayaran youtube adsense
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 18

  1. penin September 10, 2011
  2. sham September 11, 2011
  3. Jamal November 24, 2011
  4. sham November 24, 2011
  5. Jamal November 24, 2011
  6. sham November 24, 2011
  7. syida January 27, 2012
  8. sham January 28, 2012
  9. syida January 30, 2012
  10. sham January 31, 2012
  11. shah September 4, 2013
  12. sham September 8, 2013
  13. paktam February 3, 2015
  14. Cikgu Norazimah October 6, 2015
  15. Arifudin October 6, 2015
  16. sham October 11, 2015
  17. Syazwi September 28, 2017
  18. sham October 3, 2017

Leave a Reply

error: Content is protected !!