Blogger Kena GST? Habislah Blogger Mantop Sekalian

Dalam Sinar Harian hari ini ada menyatakan Blogger akan dikenakan GST bermula April tahun depan. Tapi dengan syarat pendapatannya melebihi RM500,000. Fuh lega den. Al maklumkan pendapatan blog ini biasa biasa je. Tak konsisten. Saya tak jual iklan pun. Income pun hanya daripada program affiliate yang jarang-jarang dapat sale. Cuma cukup la untuk bayar hosting setiap bulan. Ada kalanya tiada langsung. Update blog pun jarang-jarang.. 🙂

Rasionalnya Blogger Kena GST?

Dalam pelaksanaan GST ini, semua perniagaan yang “layak” akan dikenakan GST. Jadi blogger yang mempunyai pendapatan melebihi setengah juta setahun akan dikenakan cukai dan beliau boleh masukkan caj GST dalam setiap transaksi beliau jalankan. Jadi mereka yang beli iklan dengan blogger berkenaan juga akan dikenakan GST.

Saya tak pasti sejauh mana pendapatan Blogger di Malaysia sekarang. Mungkin ada yang mempunyai pendapatan puluhan ribu sebulan (saya bukan salah seorang daripadanya, komfirm). Kalau diikutkan syarat 500K setahun ia bermaksud pendapatan bulanan sebanyak RM42,000 sebulan.

blogger-kena-gst

Blogger Kecil Kecilan

Bagi blogger bahasa Malaysia, rasanya tak sampai jumlah berkenaan lagi. Bagi mereka yang mensasarkan pasaran antarabangsa dengan Blog bahasa Inggeris, mungkin ada yang mencapai jumlah berkenaan seperti blog Automotif Paul Tan dan ramai lagi blogger yang berpendapatan tinggi hasil daripada komisen affiliate dan juga pengiklanan di blog mereka.

Mereka yang memperoleh pendapatan daripada Google Adsense, saya tidak pasti bagaimana ia dilaksanakan. Mungkin hanya blogger berkenaan perlu membayar GST kepada kerajaan. Itu lagi lah pening. Ia jadi macam cukai pendapatan la pulak. GST kena, cukai pendapatan pun kena. (Ke boleh pilih salah satu, :P)

Menurut sumber yang “enggan dikenali”, blogger perlu mendaftarkan perniagaan mereka di SSM. Dan no.pendaftaran SSM perlu diletakkan dan dipaparkan di blog mereka.

Bagaimana Nasib Blogger Kena GST?

Apabila pelaksaan GST, kebanyakan harga barang akan meningkat. Pastinya kita semua perlu menambah pendapatan, blogger pun tidak termasuk kena menambahkan lagi pendapatan blog mereka. Bila dah lepas tahap 42K sebulan, cukai baru akan dikenakan.

Syukur Malaysia Masih Aman.. 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • aiskrim kena gst

Comments 2

  1. soleh November 20, 2014
  2. dinsblog December 14, 2014

Leave a Reply

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.