Buat Duit Amazon: Keputusan Eksperimen Bulan September

Ini sambungan kepada eksperimen saya yang bermula pada bulan Julai yang lepas, pada bulan September adalah bulan yang agak mencabar kerana Google melaksanakan Panda Update. Pada awalnya site yang dihasilkan secara manual berada pada ranking ke 3. Turus hilang daripada keputusan carian.

Walau bagaimana pun sempat juga untuk dapat 2 sale pada bulan tersebut. Bayangkan lama web saya tersenarai pada keta kunci yang mempunyai lebih 1000 carian sebulan.  Produk sasaran saya ialah mainan yang bernama Furby. Di Malaysia ia dijual pada harga RM269.90 seekor. Ia adalah mainan pintar yang boleh belajar daripada layanan yang diberikan. Ia dilancarkan pada 19 September 2012.

Saya bangunkan blog berkenaan pada 20 September iaitu 1 hari selepas pelancaranya di Amerika Syarikat. Saya hanya menulis s atu artikel saya berdasarkan testimoni yang ada ketika itu. Hanya ada 2 review di Amazon. Saya terkejut kerana pada hari ke 2, blog ini berada ditangga ke 5 bagi carian berkenaan.

Saya gunakan EMD untuk blog ini iaitu Exact Matche Domain. Dengan carian lebih dari 1000 carian pada bulan sebelum ini, blog ini mula menerima pelawat daripada Google. Saya langsung tidak mengunakan sebarang kaedah pemasaran, malah backlink pun tidak dilakukan.

Furby for sale

Untuk menulis artikel berkenaan saya mengambil masa beberapa jam. Dengan lebih kuran 700 patah perkataan, saya publish artikel dengan mengunakan theme wordpress yang basic. Pada 22hb, ia berada pada ranking ke 5. Pada hari ke 7, ia naik ke tangga ke 3 seperti imej diatas.

Untuk eksperimen ini, saya gunakan domain .com,.net dan .org sahaja. Jika boleh, ia adalah EMD. Saya rasa pelik sebab agak sukar untuk rank dengan baik jika pasaran antarabangsa. Saya jangka rank ini hanya sementara sahaja, pada 10hb Oktober ia lesap dari Google. Namun, 2 hari selepas itu ia muncul di muka surat ke 5 keputusan carian.

Pada bulan september juga saya berjaya menjual produk yang melebihi $300 dan memberikan komisen kira kira $24. Keseluruhannya saya menjual 22 item dengan komisen $53.49.

Amazon September

Walau bagaimana pun, ia 2 kali ganda daripada komisen bulan Ogos. Seterusnya saya mensasarkan komisen $100 pada bulan Oktober. Itu sasaran terbaru saya. Adakah ia akan tercapai? Nantikan post saya yang akan datang.

Jika anda malas nak ke blog ini, anda boleh masukkan emel di sidebar kanan blog ini. Post berkenaan akan diemelkan kepada anda.

Nantikan post yang akan datang….

 

Mohd Shamsuriyadi adalah penulis buku Blog + Google Adsense=DUIT dan Internet+Produk Digital = DUIT. Beliau terlibat dalam penulisan blog dan perniagaan internet sejak 2006. Anda boleh add beliau di Google Plus dan Facebook.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 6

  1. Farhan Syah November 21, 2012
  2. sham November 21, 2012
  3. Zulhilmi Zainudin November 21, 2012
  4. sham November 22, 2012
  5. cik tom November 25, 2012
  6. Zikri Ahmad December 4, 2013

Leave a Reply

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.