Buat Duit Dengan Agoda


Agoda.com merupakan antara laman web yang menawarkan perkhidmatan tempahan hotel dari seluruh dunia. Saya merupakan antara penguna perkhidmatan Agoda ini untuk tempahan hotel apabila outstation. Ia mudah dan senang untuk kita cari hotel berdekatan dan berpatutan mengikut bajet kita.

Tahukah Anda, Kita Boleh Buat Duit Daripada Tempahan Agoda Ini?

Agoda mempunyai sistem affiliate mereka sendiri. Mereka yang membuat tempahan mengunakan link affiliate Agoda ini, anda akan menerima komisen sehingga 30% daripada nilai tempahan setelah ditolak dengan kos tempahan hotel berkenaan. Dan bayaran Agoda ini dalam USD.

buat duit dengan agoda

Jika anda mempunyai blog tentang travel atau pelancongan, anda boleh masukkan link affiliate Agoda ini dan menikmati komisen jika ada pelawat blog anda membuat tempahan. Saya baru explore Agoda ini beberapa bulan yang lepas. Hasilnya baru ada satu tempahan yang diterima setakat ini.

Ia hasil daripada SEO. Jadi hasilnya mungkin akan mengambil masa sedikit.

Jika anda seorang yang nak buat duit daripada Agoda ini, anda boleh membuat review hotel dan masukkan link tempahan agoda pada artikel anda. Ada blogger Malaysia yang mengunakan Agoda dan mendapat komisen ribuan dollar sebulan daripada Agoda ini.

Pendaftaran Affiliate Agoda

[+] https://partners.agoda.com

Anda boleh daftar dengan mengunakan link diatas.

Anda boleh cuba nasib dengan affiliate agoda untuk blog travel dan pelancongan anda. Selain itu pesaing Agoda seperti  Booking.com, Hotels.com, Hotelcombined.com dan Expedia.com juga mempunyai program affiliate mereka sendiri. Cuma cara dan peratus komisen yang berbeza.

Ada diantara blogger yang menjadikan travelog atau review hotel sebagai satu pendapatan yang cukup lumayan. Malah ada yang mencecah ribuan dollar sebulan dengan menulis review hotel. Pendapatan mereka adalah daripada komisen tempahan hotel. Komisen ini dikira jika pelanggan berkenaan menetap di hotel yang ditempah.

Dengan pelbagai kempen industri pelancongan yang dibuat. Kita boleh mendapatkan sedikit share dengan menulis review dan meletakkan kod tempahan hotel atau link tempahan hotel pada review anda.

Seronok juga kalau dapat melancongan dan dapat duit daripadanya.

All The Best!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • buat duit tagter com
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 2

  1. cik tom December 10, 2015
  2. sabree hussin December 31, 2015

Leave a Reply

error: Content is protected !!