Salah satu daripada pendapatan para blogger adalah menerusi penulisan review di blog mereka. Pendapatan pula hasilnya daripada paid review dan juga komisen daripada affiliate yang mereka sertai. Bagi mereka yang tidak pernah menjana sebarang duit dari blog mereka, ini adalah satu satu caranya.
Hasilnya mungkin bukan segera. Ada kalanya ia mengambil masa untuk mendapatkan jualan yang pertama.
Perkara Penting Dalam Penulisan Review
- Maklumat mengenai produk mestilah benar. Gunakan segala maklumat yang ada disediakan dalam produk deskripsi yang disediakan oleh pemilik produk.
- Mesti ada pro and cons atau baik dan buruk. Anda perlu nyatakan dengan jelas kebaikan dan keburukan produk. Jika terdapat review atau rating bagi sesuatu produk, manfaatkannya untuk membuat highligh bagi produk berkenaan.
- Cloaking. Sesetengah orang tidak suka membeli daripada link affiliate. Jadi anda boleh membuat cloaking pada link affiliate anda. Ada kalanya ia membantu dalam mengelakkan komisen “dicuri”.
- Memberi respon terhadap pertanyaan pembaca blog anda berkenaan produk yang dipromosi. Seeloknya kita memiliki produk tersebut dahulu untuk membuat review. Jadi kita akan lebih tahu akan produk yang dipromosikan.
- Surat jualan yang bagus. Anda perlu memilih produk yang mudah untuk dijual. Pastikan surat jualan produk yang ingin dijual “convert” dan mempunyai flow dan psikologi menjual yang mengancam. Mereka yang membaca review anda akan terus membeli kerana terpikat dengan produk.
- Produk mempunyai testimonial yang sebenar. Ia sangat membantu dalam membantu pembaca membuat keputusan untuk membeli.
Ini adalah antara kriteria penting dalam membuat review yang bagus dan convert. Dengan review yang bagus, anda boleh mendapat komisen yang lumayan walaupun anda hanya menulisnya sekali sahaja.
Ini adalah antara pendapatan review yang saya perolehi. Ia tidaklah banyak. Namun ia boleh digunakan untuk membayar servis hosing blog ini untuk hampir setahun.
cik tom
ciktom ada join 2 program affiliate yg xmembayar wlpn dh berbulan2 verified komisyen nya..bila email byk alasan diberikan..pastu janji nak byr tp xbyr2..risiko nk promosi lg..trus edit balik review tue buang semua link affiliate..huhu