Sekali lagi wordpress update interface admin bagi versi 2.7. Lawa. Tapi saya masih tercari cari cari fungsi fungsi yang ada. Tapi versi baru ni lebih cepat loading. Memang best la developer WordPress ni. Dalam admin tab dah tak letak kat atas seperti sebelum ni.
Semuanya ada kat sebelah kiri. Saya masih terkeliru lagi ni. Tapi memang laju la. Seronok menulis. Tak perlu loading lama. WordPress sedang berubah ke arah CMS terbaik di dunia. Dulu orang bising post yang tulis hilang bila hang, diorang tambah fungsi autosaft.
Versi 2.7 ni juga ada word count. jadi anda boleh tau la berapa huruf dah anda tulis.
Mereka ni ikut kemahuan pengguna diorang. Sebab tu la wordpress menjadi platform blogging paling mendapat sambutan dan kegilaan ramai. Rasanya sape yang buat panduan wordpress mesti garu kepala sebab interface dia berubah sepenuhnya.
Nampaknya zul kena ubah balik la blogger kit. Mesti pening.hohohoh. harap dengan interface baru ni, blogging la sampai lebam. tulis tentang apa yang anda suka. jangan hanya fikir pasal buat duit je. Duit akan datang kemudian setelah anda berjaya menarik pembaca tetap. Itu yang lebih penting.
Nilai sesuatu blog bergantung kepada pembaca. Tanpa pembaca, blog anda gagal. Ambil la masa selama yang anda mahu. Bina pembaca tetap.
All the best!
Zairi Zaidi
betul, memang tercari-cari fungsi terdahulu
Tapi still lagi simple dan senang