Program Affiliate Paling Lumayan Di Malaysia

Apa yang anda faham tentang program Affiliate? Sebabnya ada banyak program Skim Cepat Kaya yang mengunakan nama program Affiliate untuk menghalalkan skim mereka. Program affiliate merupakan satu program referal yang biasanya berdasarkan jualan, leads (subcriber) dan juga klik.

Antara program affiliate paling lumayan di Malaysia adalah affiliate Niche X. Ia berdasarkan jualan.

Apakah Niche X ini? Ia adalah niche atau topik kerjaya. Macam best je kan? Memang best pun. Secara dasarnya ia menjual produk digital panduan peperiksaan online SPA. Pihak SPA tidak mengeluarkan sebarang panduan untuk calon-calonnya mengambil peperiksaan. Jadi pihak Inforkerjaya Resources telah mengambil inisiatif mengkaji dan menulis panduan khas untuk calon exam SPA.

Kenapa Saya Katakan Program Affiliate Paling Lumayan Di Malaysia?

Pertamanya saya salah seorang daripada ratusan affiliate niche ini. Jualan daripada Top 10 program affiliate ini menghasilkan jualan hampir 1/2 juta ringgit. Itu hanya top 10, jika keseluruhan ia mencecah lebih 1 juta ringgit. Setiap kali jualan, paling lama jualan hanya 7 hari dan kebiasaannya hanya 4 hari jualan.

Jualan bagi panduan exam ini juga biasanya 1 minggu sebelum exam SPA dijalankan.

top-ikr-2014

 

Saya berada di tangga ke 7 keseluruhan jualan pada tahun 2014 dari segi jualan bukan komisen. Komisen adalah separuh daripada jualan berkenaan. Daripada Jadual yang dikeluarkan diatas, keseluruhan daripada jualan Top 10 adalah sebanyak RM416,710.00 bagi tahun 2014. Ia tidak termasuk bonus jualan yang tawarkan dalam setiap cabaran.

Kebanyakannya Top Affiliate ini mengunakan blog sebagai tools pemasaran termasuk saya. 🙂

Blog Sebagai Senjata Mesin Duit Di Internet

Tidak nafikan bahawa blogging boleh buat duit untuk anda jika anda serius melakukannya. Jika anda main-main, hasilnya juga main-main. Jika anda serius, diatas adalah bukti keseriusan blogger membuat duit di internet.

Anda juga boleh melakukannya. Pastinya tahun 2015, cabaran daripada rakan affiliate akan lebih mantap. Malah ketika cabaran terakhir baru baru ini iaitu untuk cabaran exam PTD, jualan daripada affiliate tidak lagi didominasi oleh Top Affiliate ini. Lebih ramai yang berjaya membuat jualan pada cabaran baru baru ini.

Malah pihak IKR juga telah menganjurkan Gathering untuk meraikan affiliate mereka pada 6hb Disember lepas di Palm Garden Hotel. Ada sesi sharing oleh top affiliate ini yang membentangkan strategi mereka lakukan untuk dapatkan jualan sedemikian. Sememangnya mereka “londeh” habis strategi mereka sebab kami benar-benar ingin sharing kepada semua affiliate IKR dan buat duit dengan cara ini bukan hanya dalam affiliate IKR malah dalam program affiliate lain.

Program Gathering dan Sharing ini diharap dapat melahirkan lebih ramai Affiliate yang berjaya buat duit dalam cabaran yang akan datang pada tahun 2015. Pastinya ia tahun yang mencabar buat semua orang di Malaysia. GST bakal dilaksanakan. Dan kenaikan harga barang dijangka berlaku.

Nak Belajar Cara Buat Duit Dengan Niche X?

Pihak IKR dengan kerjasama Persatuan Usahawan Internet Malaysia telah membuat beberapa rakam tentang strategi buat duit menerusi Niche Kerjaya ini. Ia mengandung 3 DVD iaitu

1. Rakaman Seminar Affiliate Niche  X

2. Rakaman SeminarBlogging

3. Rakama Seminar Pemasaran Emel Niche X

Anda boleh dapatkan menerusi laman web ini:

>> KLIK SINI UNTUK DAPATKAN DVD NICHE X

Ini bukan skim cepat kaya.

Jangan beli kalau anda nak cari program cepat kaya. Sebab apa yang diajar adalah untuk membina perniagaan anda yang sebenar. Mereka yang berada di Top 10 diatas bukannya mencapai kejayaan yang singkat. Bertahun tahun mereka berusaha untuk membina blog dan laman web mereka yang menjual.

Mereka menguasai bidang pemasaran berbayar dan percuma.

Ia memakan masa bertahun tahun untuk mahir dalam bidang mereka itu. Mereka juga melaburkan ribuan ringgit untuk belajar dan membeli tools-tools untuk pemasaran mereka.

Jika anda masih zero, memang saya cadangkan untuk anda mendapatkannya. Biar jadi dari Zero To Hero.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • bisnes affiliate di malaysia
  • affiliate malaysia 2015
  • program affiliate malaysia 2015
  • affiliate malaysia
  • affiliate di malaysia
  • program affiliate terbaik malaysia
  • malaysia top affiliate program
  • top affiliate malaysia
  • bisnes affiliate 2016
  • agen affiliate malaysia 2016

Comments 4

  1. dinsblog December 21, 2014
  2. saudagar backpacks August 29, 2016
  3. Elih December 8, 2016
  4. sham December 9, 2016

Leave a Reply

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.