Rohaizad dan Kisah Blogger Tersepit


Baru sahaja mengubah keyword bagi iklan ppc untuk produk clickbank. Eksperimen mencari niche yang hot & produk yang hot di pasaran. Setakat ni dah menghasil beberapa ratus dollar untuk eksperimen ni. Akhirnya dah terjumpa satu niche & produk yang agak boleh tahan jugak demandnya.

Setakat ni, modal yang telah digunakan adalah $8. Saya guna YSM. Bukan Adwords sebab Google mungkin tak sukakan niche ni di iklan di rangkaian Google Adwords. Google tak suka benda yang remedy-remedy ni. Jadi saya mengambil jalan selamat untuk mengunakan YSM. Setakat ni tiada larangan untuk promosi produk niche health ni YSM.

Kembali kepada topik asal… Rohaizad yang menganjurkan kempen trackback “Blogger Tersepit“.

Sebenarnya kaedah ini sangat berkesan untuk menambah pelawat ke blog anda. Trackback blog mereka yang mempunyai pelawat yang ramai. Secara tak langsung ia turut membina back link ke blog anda yang mungkin akan mempengaruhi Page Rank atau PR.

PR sangat penting kepada blogger. Ini adalah kerana sesetengah program hanya menerima blog atau laman web yang mempunyai PR3 keatas sahaja ke dalam rangkaia mereka. Jadi blog yang mempunyai PR3 keatas berkemungkinan mendapat pengiklan yang berterusan.

Malah salah satu blog saya yang pernah mendapat PR4 kini masih lagi mempunyai advertiser dari TLA walaupun dah hampir 8 bulan tak dikemaskini. Rasanya nanti saya akan buat beberapa schedule post untuk blog berkenaan.

Sebenarnya dengan blog, kita boleh jadi apa sahaja… jutawan, miskin, lawyer, doktor dan sebagainya. Maklumatnya sudah tentu daripada pakcik Google!

Kemudian artikel diolah kembali dan menjadi satu artikel yang unik. Ia akan menjadi kesukaan google walaupun bertahun tahun lamanya.

Nak senang untuk dapatkan traffic untuk bloh adalah:

1. Komen..komen..create backlink

2.Trackback…create backlink

3. Social Bookmark…add

4.Social Networking..FB..Twitter..Myspace

5. SEO

Ok. 5 cara diatas adalah antara cara mudah untuk dapatkan pelawat untuk blog anda. Tapi kena rajin la. Kalau malas, tunggu la sehingga sampai kucing bertanduk sekalipun. Tiada apa yang akan berlaku. Hanya anda je jadi pelawat setia blog anda sendiri.

Dengan ayat mudahnya…syok sendiri le.

Saya dah terlambat untuk join tagging,backtracking Kisah Blogger Tersepit tu. Kepada Rohaizad, aku nantikan post series kedua. Seronoknya jugak tengok bagaimana seorang blogger mengolah tajuk utama Kisah Blogger Tersepit kepada kisah mereka sendiri. Masing masing ada mesej yang tersendiri yang ingin disampaikan.

Good luck guy!.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 3

  1. Ladfe Amir August 4, 2010
  2. rohaizad August 15, 2010
  3. fmy February 21, 2011

Leave a Reply

error: Content is protected !!