Teknik Menjana Trafik Percuma Buat Blogger

Visited 1 times

May 28, 2008 · 13 comments

in Blogging

Salah satu cara untuk menjana trafik percuma oleh blogger ialah trackback kepada entri atau post dari blog yang popular. Jika blog popular berkenaan membenarkan trackback. Ia akan menjana trafik percuma. Antara blog yang sering saya baca ialah blog Tun Dr.Mahathir yang kini menceritakan tentang pemimpin pemusnah.

Tun mengatakan bahawa mana mana pemimpin yang tetiba dipuji oleh musuh ketat adalah pemimpin yang akan memusnahkan negara. Saya tak nak komen pape sebab bagi saya ada betulnya juga jika kita lihat keadaan semasa.

Berbalik kepada teknik trackback untuk menjana traffic percuma untuk blog anda. Apa yang perlu buat hanyalah meletakkan link ke blog berkeenaan. Contohnya link pada perkataan “pemimpin pemusnah” pada perenggan diatas. Ia mudah sahaja.

Pastikan anda menulis entri yang berkaitan agar ia menarik minat orang untuk klik link ke blog anda. Itulah antara cara yang boleh anda lakukan untuk menarik pelawat ke blog anda. Tak susah untuk menjadi seorang blogger.

Semalam pun dalam paper ada menyentuh bahawa kerajaan akan memandang berat media alternatif seperti blog. Mereka seolah olah mahu mengawal segalanya. Ia seolah olah mahu menyekat mana mana yang anti kerajaan. Kenapa perlu sekat? Kenapa tak lawan balik je?

Sebelum ni KBS la nak wat blog. Tapi tak ke mana pun. Hangat hangat tahi ayam je. Cakap sahaja tak guna jika tiada tindakan. Mungkin sebab itulah yang rakyat bengang dan marah.Akibatnya 5 negeri dipegang pembangkang. Sikap birokrasi yang menjengkelkan juga antara penyebab rakyat marah.

Kerajaan patut ambil iktibar dari apa yang berlaku. Bukan bercakaran sesama sendiri. Ia tidak menyelesaikan masalah rakyat. Tapi menghuru harakan keadaan. Jika ia terus berlaku, ia akan ada kejutan yang lebih besar pada PRU 13 nanti. Rakyat pun pandai menilai mana yang baik,mana yang buruk.

Jika pemimpin menghargai rakyat. Rakyat akan menghargai pemimpin. Mesti ada “give and take”.Itu asas kerajaan yang kuat.

Saya tambah satu lagi kategori baru pada blog ini iaitu blogging. Jika anda ingin mempunyai blog seperti ini. Kosnya ialah hanya RM60. :) . Tak mahal pun. Anda boleh blogging sampai lebam… :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...Share

Comments

Powered by Facebook Comments

{ 13 comments… read them below or add one }

zGreat May 28, 2008 at 2:28 am

setuju. memang setuju. saya ada jugak test benda ni kat blog-blog mat saleh yg popular. ramai lah jugak visitor yg datang ke blog kita.

tapi yg penting setiap post yg kita letak kenalah berkhemah dan kualiti…

dari apa yg saya perhatikan, lebih banyak visitor dtg kalau ada argument tentang sesuatu topik.

Thinkerich May 28, 2008 at 3:21 pm

Sham,

Salam perkenalan…

Napoknye sedara pung ade bakat jadi blogger politik…boleh tahan gok artikel ni…tapi saye suke sebab menarik…2 dalam satu..

Salam kekayaan,

THINKERICH

p/s: Sham, atas tol duk bowoh dun maner? Alur Limbat ke? Pengkalan berangan…dok ingat doh…

titan May 29, 2008 at 2:29 am

hehe. nih cite pasal trackback ke cite pasal apa nih.

sham May 29, 2008 at 2:47 am

hehehe.. 2 dalam 1… :p

Cool Stuff June 4, 2008 at 4:18 pm

Bagi saya, untuk mendapatkan traffic, saya mendaftar dgn PHSTraffic. Daftarlah, untuk dapatkan lebih ramai pengunjung.

red June 24, 2008 at 1:37 pm

thanks sham..sbb ada web ni..sbb konfem lah sham akan sentiasa kat sini..saya ada satu pertanyaan utk tag and ping yg sham terangkan dlm ebooks rajaadsense..

“Jika blog anda boleh menyokong Kategori seperti Word Press anda boleh membuat tag seperti dibawah:
[tagname]

ok..tu untuk wordress tapi sy nak tanya tagging cam ni blh di apply kat blogger x? sbb klau nak tag satu2 wah2…blh hijau juga lah tgn sy ni sham…

ab razak June 25, 2008 at 11:01 am

bagus -bagus… saya orang baru, harap jadi la… panduan tersebut

ijamidayu May 27, 2009 at 7:36 pm

Salam bro.. Wah.. Pembaca setia blog Tun nah.. :D Baguih la..

Satu kaedah simple tapi kurang di praktikkan.. Thanks for the info bro..

BAHARI July 1, 2009 at 10:59 pm

Tahniah En Shamsuriyadi anda di kurniakan anak perempuan
waw……….. tentu comel macam ibunya kan. bagi saya tiada dikurniakan anak perempuan namun saya tetap bershukur kehadrat illahi

sham July 2, 2009 at 12:38 pm

thanks. :)

Mantra November 14, 2009 at 1:32 am

Bagus tul artikel ni.
2 dalam 1.
Sambil menyelam minum air hehehe..
Apa-apapun trafik memang penting untuk sesetiap blog

din March 23, 2010 at 3:48 am

terima kasih atas imfo yang di beri

Mohd Kamal June 18, 2010 at 8:50 am

Terima kasih kerana berkongsi maklumat yang baik . selamat maju jaya

Leave a Comment

Previous post:

Next post: