Panduan Pengiklanan Berkesan Di Internet dan Media
Powered by MaxBlogPress  

Akhirnya Dapat Google Authority Site

Saya tak tau bila Google dah senaraikan Shamsuriyadi.com sebagai salah satu daripada Authority site. Kebanyakan blog IM dah dapat autority status ini seperti shuth,saifulsham,irfan khairi dan ramai lagi. Jika anda nak tau apabila sesuatu laman web mendapat status sebagai authority site ialah terdapat senarai link link dibawah laman web berkenaan. Contohnya seperti dibawah ni.

google-autority

Ini adalah pada blog saya. Laman web lain pulak:

maybank-authority

Ini menunjukkan laman web atau blog tersebut disukai oleh Google. Jadi mereka akan assign status “authority site” bagi laman web yang berguna dan sering dilawati. Nampaknya google pun dah mula sayang kat blog saya tu. Doakan saya agar sentiasa dapat berikan yang terbaik bagi memberikan maklumat dan kandungan yang berguna kepada anda semua.

Tentang apa yang disenaraikan dibawah url ditentukan oleh Google. Jadi tak leh nak buat apa. Terpulang kat Google nak masukkan apa kat bawah tu. Biasanya ia berkaitan dengan apa yang ditulis. Harap anda pun bermotivasi bagi mendapatkan status yang sama.

Anda juga boleh lakukannya! Setiap kejayaan bermula dengan TINDAKAN. Tanpa tindakan, tiada kejayaan.

Share This Post

Lain Benor WordPress 2.7

Sekali lagi wordpress update interface admin bagi versi 2.7. Lawa. Tapi saya masih tercari cari cari fungsi fungsi yang ada. Tapi versi baru ni lebih cepat loading. Memang best la developer WordPress ni. Dalam admin tab dah tak letak kat atas seperti sebelum ni.

Semuanya ada kat sebelah kiri. Saya masih terkeliru lagi ni. Tapi memang laju la. Seronok menulis. Tak perlu loading lama. WordPress sedang berubah ke arah CMS terbaik di dunia. Dulu orang bising post yang tulis hilang bila hang, diorang tambah fungsi autosaft.

Versi 2.7 ni juga ada word count. jadi anda boleh tau la berapa huruf dah anda tulis.

Mereka ni ikut kemahuan pengguna diorang. Sebab tu la wordpress menjadi platform blogging paling mendapat sambutan dan kegilaan ramai. Rasanya sape yang buat panduan wordpress mesti garu kepala sebab interface dia berubah sepenuhnya.

Nampaknya zul kena ubah balik la blogger kit. Mesti pening.hohohoh. harap dengan interface baru ni, blogging la sampai lebam. tulis tentang apa yang anda suka. jangan hanya fikir pasal buat duit je. Duit akan datang kemudian setelah anda berjaya menarik pembaca tetap. Itu yang lebih penting.

Nilai sesuatu blog bergantung kepada pembaca. Tanpa pembaca, blog anda gagal. Ambil la masa selama yang anda mahu. Bina pembaca tetap.

All the best!

Share This Post

Owh…Ranking Alexa ku masih 1 juta lebih lagi

Ada apa pada alexa ranking? Banyak jugak la..Ia adalah penunjuk betapa famousnya blog atau laman web anda. Blog ni masih lagi dalam lingkungan 1 juta atau ranking yang sebenar 1,157,105 daripada berjuta juta laman web di dunia ni. Semalam genapla blog ni berusia 5 bulan. Pencapaian yang kurang memberangsangkan bagi saya.

Jeles jugak kat blog blog bahasa melayu lain yang mempunyai ranking 300,000 ke bawah tu. Saya agak blog mereka pasti mendapat 3000+ pelawat setiap hari. Blog ni baru dalam lingkungan 700 pelawat je sehari. Saya akan usahakan la skit nanti untuk update dengan lebih kerap. :)

Saya membina blog ni sehari sebelum pilihanraya ke 12 baru baru ni. Sebab utama,saya memerlukan satu laman web untuk brandingkan nama saya. Jadi lahir la Shamsuriyadi.com. Anda bagaimana? Baik anda buat cepat sebelum domain names dengan nama anda diambil orang.

Kan best kalo ada laman dengan anda… hafiz.com,abu.com,ali.com dan banyak lagi.Contoh je tu. Saya tengah mengusahakan siri video perniagaan internet saya sekarang ni. Alhamdulilah dah 4 video dah siap. Saya biasanya buat video sepontan.Jadi kadang kadang tu terpaksa edit banyak & ada kes terpaksa dibuat balik.

Itu cabaran. Sesetengah orang membuat video, mereka mengikut script yang telah disediakan. Ada juga yang rekodkan suara terlebih dahulu & baru buat video. Itu semua terpulang kepada individu yang terlibat. Saya lebih selesa dengan buat secara spontan.

Saya akan release video pengenalan dalam masa 2,3 hari lagi. Tunggu ye. Tak susah sebenarnya jika anda ingin memulakan perniagaan internet anda. Apa yang perlu anda lakukan bersedia untuk belajar. Ia sedikit ambil masa. Semua orang start dari zero. Takde orang yang lahir terus jadi pandai buat biz.

Kebanyakan mereka belajar daripada pengalaman dan juga secara formal di sekolah,university dan sebagainya. Pemikiran yang kreatif pulak datangnya daripada diri dan usaha. Orang yang kreatif biasanya jenis otak kiri.Ia mungkin anugerah dari tuhan dan mungkin juga ia adalah dari usaha mereka sendiri untuk melatih diri untuk berfikiran kreatif.

Saya kreatif? ya dan tidak. Saya gagal dalam melukis. Malah lukisan kejuruteraan pun, saya dapat 5 masa SPM. Dari segi biz,saya sering membaca untuk mencari idea & menambah pengetahuan saya. Target saya ialah membaca 2 buku seminggu. Tapi sekarang baru 1 buku seminggu yang saya mampu.

Dalam al quran pun kita digalakkan membaca… Iqra’…Bacalah..

Share This Post

Teknik Menjana Trafik Percuma Buat Blogger

Salah satu cara untuk menjana trafik percuma oleh blogger ialah trackback kepada entri atau post dari blog yang popular. Jika blog popular berkenaan membenarkan trackback. Ia akan menjana trafik percuma. Antara blog yang sering saya baca ialah blog Tun Dr.Mahathir yang kini menceritakan tentang pemimpin pemusnah.

Tun mengatakan bahawa mana mana pemimpin yang tetiba dipuji oleh musuh ketat adalah pemimpin yang akan memusnahkan negara. Saya tak nak komen pape sebab bagi saya ada betulnya juga jika kita lihat keadaan semasa.

Berbalik kepada teknik trackback untuk menjana traffic percuma untuk blog anda. Apa yang perlu buat hanyalah meletakkan link ke blog berkeenaan. Contohnya link pada perkataan “pemimpin pemusnah” pada perenggan diatas. Ia mudah sahaja.

Pastikan anda menulis entri yang berkaitan agar ia menarik minat orang untuk klik link ke blog anda. Itulah antara cara yang boleh anda lakukan untuk menarik pelawat ke blog anda. Tak susah untuk menjadi seorang blogger.

Semalam pun dalam paper ada menyentuh bahawa kerajaan akan memandang berat media alternatif seperti blog. Mereka seolah olah mahu mengawal segalanya. Ia seolah olah mahu menyekat mana mana yang anti kerajaan. Kenapa perlu sekat? Kenapa tak lawan balik je?

Sebelum ni KBS la nak wat blog. Tapi tak ke mana pun. Hangat hangat tahi ayam je. Cakap sahaja tak guna jika tiada tindakan. Mungkin sebab itulah yang rakyat bengang dan marah.Akibatnya 5 negeri dipegang pembangkang. Sikap birokrasi yang menjengkelkan juga antara penyebab rakyat marah.

Kerajaan patut ambil iktibar dari apa yang berlaku. Bukan bercakaran sesama sendiri. Ia tidak menyelesaikan masalah rakyat. Tapi menghuru harakan keadaan. Jika ia terus berlaku, ia akan ada kejutan yang lebih besar pada PRU 13 nanti. Rakyat pun pandai menilai mana yang baik,mana yang buruk.

Jika pemimpin menghargai rakyat. Rakyat akan menghargai pemimpin. Mesti ada “give and take”.Itu asas kerajaan yang kuat.

Saya tambah satu lagi kategori baru pada blog ini iaitu blogging. Jika anda ingin mempunyai blog seperti ini. Kosnya ialah hanya RM60. :) . Tak mahal pun. Anda boleh blogging sampai lebam… :P

Share This Post
WordPress Themes
mugen 2d fighting games