26 Orang Ditahan Kerana Penipuan SMS

Visited 1 times

June 8, 2010 · 5 comments

in Isu Semasa,Scam Alert

Rasanya akan berkurang skit kot lepas ni sms menang cabutan bertuah Power Root, Coca Cola, Petronas & etc lepas ni sebab dah ramai kena tangkap semalam. Kebanyakan nombor yang digunakan adalah nombor dari Sabah. Ia konsisten dengan penangkapan yang dibuat oleh pihak polis. Majoriti mereka yang pernah call mereka mengatakan mereka mengunakan slang indon atau bahasa Indon.

Ia juga konsisten dengan kenyataan pihak polis yang menyatakan ia terdiri daripada rakyat Indonesia & beberapa rakyat tempatan dari Sabah. Mereka dari sabah ni mungkin terlibat untuk mendapatkan sim kad untuk digunakan dalam penipuan. Ini adalah kerana kerajaan mensyaratkan semua perlu mendaftarkan nombor yang dibeli.

Kerugian yang dialami oleh mangsa berjumlah RM6.4 juta dalam masa 4 tahun.

Mereka guna akan bank rakyat tempatan untuk transfer duit. Senang nak kesan. Tapi masa yang diambil oleh polis agak lama jugak. Kalau dapat kepala dalang sendikit ni iaitu Pak Agos lagi bagus. Jika tidak lepas ni, diorang akan buat lagi. Penjenayah tidak akan serik.

Mereka pasti akan mencari peluang untuk mencari mangsa lagi selepas ni. Jadi hati hati. Scammer memang sentiasa akan mencari mangsa. Yang terbaru sekarang phising yang melibatkan bank tempatan semakin berleluasa. Mungkin juga  didalangi oleh sendikit yang sama.

Sebabnya biasanya saya akan menerima 4-5 email phising berkenaan maybank,cimb,public bank dan rhb. Saya langsung tak terima sejak polis membuat penangkapan 26 orang tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...Share

Comments

Powered by Facebook Comments

{ 5 comments… read them below or add one }

Zairi Zaidi June 8, 2010 at 4:49 pm

dah ditangkap? bagus…

Lynn August 11, 2010 at 11:41 am

Bagaimana cara kita mengelakkan diri daripada tertipu? Kalau mereka sudah tahu no.account kita, apa yang harus kita buat?

sham August 13, 2010 at 12:06 pm

kalau setakat no akaun, tak leh wat apa..kalau sekali dengan password, no.pin,username bank..yang tu bahaya.

Nani August 24, 2010 at 11:08 am

dah ditangkap ke? tp baru je tadi terima SMS ttg RM17,000 coca cola.. ni no penghantar 0128100120.. dan diminta hubungi Mohd Nasir bin ISmail (012-8104767)..

nasib diri ini tidak mudah mempercayai perkara sebegini.. =)

tapi dah report to F&N…sebelum ada yg jadi mangsa lagi

sham August 24, 2010 at 2:21 pm

ada lagi. yang kena tangkap tu skit je. kepala diorang dapat lepas lari.

Leave a Comment

Previous post:

Next post: