Apabila Bukan ISLAM Mentafsir Al Quran…

Keadaan di pilihanraya di “2 Bukit, satu batang” semakin panas. Saya memang ternanti nanti keputusan pilihanraya esok. Kemudian teguran Mufti Perak berkenaan tindakan ahli politik bukan islam mentafsir al quran. Ada yang mempertikaikan tindakan Mufti Perak ini. Kenapa?

Bagi saya yang ilmu agama yang tidak seberapa ini. Tindakan Mufti Perak adalah tindakan yang betul bagi mengelakkan bukan Islam silap tafsir Al Quran dan secara tidak langsung merosakkan kesucian Al Quran. Mentafsir dan membaca adalah perkara yang berlainan. Bagi bukan Islam membaca Al Quran adalah digalakkan tetapi mentafsir bagi pihak orang islam, ia adalah perkara yang dilarang. Lebih lebih lagi pentafsir tersebut tidak beriman dan percaya dengan apa yang ditafsirkan.

Bagi mengelakkan ia digunakan secara berleluasa. Mufti buat teguran sedemikian. Saya pun pelik kenapa semakin ramai mempertikai teguran dan keputusan Sultan & teguran mufti. Sekarang ini semua perkara boleh terjadi dalam politik. Mungkin sebab masyarakat kita semakin terbuka? Atau terlalu fanatik terhadap sesuatu parti politik sehingga sanggup melanggar apa sahaja larangan yang ada? Atau terlalu terdesak apabila sesuatu perkara tidak menyebelahi apa yang diperjuangkan?

Anda boleh menilainya sendiri tentang perkara ini. Saya tidak menyokong mana mana pihak atau parti politik. Tapi ini adalah pendapat saya sahaja.

Mufti, Ulamak dan juga Sultan adalah antara perkara yang orang Melayu & Islam pertahankan. Konsep Sultan pada asalnya berdasarkan konsep Khalifah. Ia  disuaikan mengikut keperluan orang Melayu suatu masa dahulu.

Sebagai orang yang berakal. Kita perlu menilai sendiri apa yang disampaikan oleh pemimpin kita. Kalo yang elok, kita pertahankan. Kalo benda itu salah, jangan pula dipertahankan atau disokong. Ia perlu ditegur jika perlu agar tidak melampaui batas.

Itulah yang dilakukan oleh Mufti Perak. Ia adalah untuk mengelakkan Al Quran digunakan oleh bukan Islam untuk kepentingan politik mereka sendiri. Orang bukan islam bebas membaca Al Quran tetapi dilarang untuk mentafsir al Quran kepada orang Islam. Itu je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • mimpi orang kafir baca alquran
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 4

  1. fadli April 8, 2009
  2. titan April 11, 2009
  3. aza April 14, 2009
  4. zara February 5, 2012

Leave a Reply

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.