Setelah 11 hari di tahun baru, inilah entri pertama saya untuk tahun ini. Saya sangat jarang menulis berkenaan dengan politik ini. Namun, bila menonton video budak UPSI yang digantung 3 semester tu. Rasa tergerak hati untuk memberikan sedikit ulasan sebelum menyambung menyiapkan produk terbaru saya iaitu Video Buat Duit Dengan Menulis.
AUKU
Ia adalah singkatan bagi AKTA Universiti dan Kolej Universiti. Salah satu daripada fungsinya ialah melarang penglibatan pelajar dalam aktiviti politik. Ada pelajar universiti menuntutnya dimansuhkan bagi membolehkan mereka berpolitik.
Komen saya:
Untuk apa berpolitik ketika belajar? Politik sangat kotor. Usahkan kotorkan pemikiran dan membuang masa berpolitik.Lebih baik masa yang ada digunakan untuk belajar dan mencari sebanyak mungkin ilmu yang tidak mungkin akan diperolehi ketika di luar nanti. Belajar di universiti hanya 3 atau 4 tahun sahaja. Gunakan masa yang diberikan ini untuk menuntut ilmu. Itulah tujuan sebenar Tun Mahathir membuat AUKU ketika pemerintahannya. Ia disebabkan kebanyakan pelajar Melayu cenderung untuk menyertai politik dan terlibat dalam politik sehingga mereka gagal dalam pelajaran.
Pelajar dan Politik
Jika ingin berpolitik selepas itu, teruskanlah. Sebab ilmu sudah penuh didada. Ia mampu untuk menangkis segala serangan parti lawan dan membuat serangan balik dengan ilmu yang ada. Itu lebih baik! Anda boleh lihat bagaimana pelajar cina dan india, mereka fokus belajar sehingga menjadi penguam dan bisnesman yang hebat. Kemudian mereka menyertai politik. Mereka semuanya “berisi” sedangkan ahli politik Malayu “kosong”.
Bila “kosong”, bila berkuasa mereka cenderung untuk terlibat dalam rasuah dan menyeleweng. Berbeza dengan ahli politik kaum Cina dan India, mereka mempunyai syarikat mereka dan mempunyai pendapatan lain daripada perniagaan dan syarikat mereka.
Malah demonstrasi politik hari ini, kebanyakannnya ialah orang Melayu. Bangsa lain merasanya ia tidak perlu dan membuang masa. Tidak sedarkah kita akan perkara ini? Sedangkan dalam masa yang sama mereka memperkuatkan pegangan mereka dalam ekonomi. Kita pula bercakaran sesama sendiri bagi merebut kuasa pemerintahan.
Bagi saya ia tidak perlu pun. Kita tunjukkan kuasa kita ketika pilihanraya nanti. Itulah penentu halatuju negara kita. Kita boleh rujuk bagaimana negara Jepun berpolitik. Mereka berpolitik dalam masa yang sama mereka bekerja dengan keras. Jika mereka gagal, mereka sanggup mengantikan kegagalan mereka dengan nyawa dan kuasa mereka. Pekerja logi nuklear Jepun yang bocor melarang anak muda mereka mendekati logi nuklear dan membiarkan golongan tua yang melakukan kerja menampal kebocoran.
Jika mereka gagal, mereka tidak teragak agak untuk melepas jawatan mereka untuk memberi ruang kepada orang lain untuk menyelesaikan masalah. Kita boleh tengok PM Jepun silih berganti. Mereka bekerja untuk negara. Bukan untuk kepentingan individu atau sendiri. Mereka tidak membenarkan sebarang anasir luar menganggu gugat negara mereka.
Kita pula mudah diperkotak katik dengan fitnah di sana sini. Hasilnya masyarakat kita semakin berpecah belah sehinggan saudara mara bergaduh sesama sendiri disebabkan perbezaan politik. Malah ada yang enggan menghadiri kenduri kendara anjuran ahli keluarga yang berbeza fahaman politik kerana terlalu taksub dengan fahaman kepartian. Mereka “biru”, kami “hijau”, tak boleh campur. Begitulah yang berlaku pada hari ini.
Perpaduan orang Melayu sangat kronik pada hari ini. Inilah yang dikehendaki mereka yang memperjuangkan Malaysia Malaysian iaitu hak sama rata bagi semua bangsa di Malaysia sebagaimana di Singapura. Kini kuasa politik masih dipegang olah Bangsa Melayu. Jika mereka dibenarkan untuk mengubah undang-undang dan perlembagaan, pasti ini akan berubah. Negeri Perak akan ada MB berbangsa Cina, Selangor akan ada MB berbangsa Cina.
Kini hanya institusi Raja yang menjadi penghalang. Jika tidak,kita akan menjadi sebuah negara seperti Singapura.
Inilah bezanya politik Malayu dan politik bangsa lain. Politik Melayu suka berdepan-depan dalam sebarang tindakan, mereka pula secara halus dibelakang. Yang rugi ialah bangsa Melayu sendiri. Sebab itulah mahasiswa perlu mahir dalam bidang yang diceburi dan menajamkan minda. Hanya perlu bersabar 3,4 tahun sahaja, selepas itu lepaslah “singa” yang tertidur itu.
Manfaatkan peluang untuk belajar untuk mengejar ilmu. Seperti Datuk Hasan Ali cakap, kuasailah semua universiti tersohor di seluruh dunia. Maka orang Melayu akan menjadi satu bangsa yang terhebat di dunia. Andainya masa dan ruang tersebut kita asyik berpolitik, matlamat itu tidak akan tercapai. Lebih dirisaukan lagi, mahasiswa kita pula berpecah belah disebabkan politik.
Ini adalah pandangan saya. Saya pernah ditawarkan untuk menjadi calon dalam pilihanraya di universiti. Tetapi saya tolak, sebab ia tidak sesuai dengan diri saya walaupun agak aktif dalam pelbagai program di universiti. Ia masa untuk saya belajar, bukan untuk berpolitik.
Masa masih panjang untuk berpolitik. Berkenaan dengan Adam Adli tu, kerja dengan parti politik jela. Sebab rasanya majikan pasti enggan mengambil mereka yang cenderung untuk memberontak dalam organisasi mereka. Rasanya peluang untuk menjadi cikgu sudah tertutup buat beliau. Dengar cerita CGPAnya dibawah 2.5, ia semakin sukar mendapat tempat kecuali dalam bidang politik. Namanya sudah termasuk dalam sejarah Malaysia. Tahniah kepada beliau kerana peluangnya untuk menjadi ahli politik semakin cerah.
Tetapi berpolitik tanpa ilmu, pasti akan diperkotak katikkan orang lain.
Incoming search terms:
- penglibatan pelajar dalam politik
ubai
karangan saudara seperti saudara tidak faham erti sebenar politik….dan saudara adalah salah satu yg tergolong dlm golongan yang menafsirkan politik itu kotor….sedangkan politik tidak pernah kotor. Jika tiada ilmu tentang politik, baik diam. Nanti tak pasal2 jatuh kredibeliti sebagai usahawan…
sham
Ubai, semua orang ada hak mengeluarkan pendapat masing masing. Itu adalah pendapat saya. Pendapat anda lain, terpulang. Ia hak individu. Memilih pemimpin mereka juga adalah hak masing masing. Saya bukan seorang politician. Dan tak berminat dengan politik. Demokrasi,komunisme dan pelbagai amalan politik adalah fahaman ciptaan daripada yahudi.
kredibiliti, rezeki adalah kurnia allah..Hanya pada DIA, saya berserah. Bukan pada pada politik.
Sebagai orang islam, saya lebih suka melihat orang islam bersatu. Tidak berpecah belah disebabkan oleh politik. Perbezaan pendapat adalah perkara biasa. Ia boleh diselesaikan menerusi muzakarah.