Exam PTD bakal menjelang pada 23hb ini, disebalik kegembiraan mereka dipanggil untuk menghadiri peperiksaan online ini, segelintir daripadanya tidak amanah dengan melanggar hakcipta penerbit rujukan PTD dari Infokerja Resources (IKR). Mereka telah membuat bank soalan untuk rujukan mereka ini berbulan bulan.
Namun ada segelintir membentuk group FB, Telegram dan Whatsapp berkongsi nota dan rujukan secara besar besaran. Ia adalah satu amanah untuk menjaga hak orang lain. Ia memang tanggungjawab PTD apabila mengetuai jabatan-jabatan kerajaan kelak. Bagaimana PTD ini menjaga amanah yang bakal mereka tanggung kelak?
Inilah bakal PTD yang sedang dibentuk? Satu perkara yang agak menyedihkan. Minda yang saya katakan sudah korup. Saya juga terlibat dalam dunia penerbitan ebook, ia suatu perkara yang sangat menyedihkan apabila usaha dan penat lelah kita dimusnah oleh segelintir yang tidak amanah.
Yang mendapat nota secara tidak sah itu, kemudian lulus dalam exam online dan berjaya menjadi PTD. Mungkin sebab utama contoh daripada MO1 kita kot. Buat apa sahaja asalkan berjaya termasuklah menindas orang lain demi mencapai matlamat.
Saya jarang menulis berkenaan politik, daripada pandangan saya. Masyarakat kita banyak yang sudah korup. Dalam istilah IT dipanggil bad sector. Ia semakin lama akan terus merebak jika tiada tindakan untuk memperbaiki. Harini juga berlangsung BERSIH 5.
Saya tak berminat untuk berdemo di jalan raya. Bagi saya perjuangan ada banyak cara bukan hanya menerusi demonstrasi jalanan.
PTD Tidak Amanah, Perosak Bangsa
Dalam hirarki jawatan kerajaan, PTD adalah ketua. Malah kenaikan pangkat PTD paling pantas dalam jabatan kerajaan. Kebanyakan mereka yang menjawat jawatan utama adalah terdiri daripada PTD. Sebab itu, saya risau jika PTD yang tidak amanah memegang kuasa, bagaimanakah nasib negara kita? Bagaimanakah bangsa malaysia menghadapi cabaran dunia yang mendatang.
Ia suatu perkara yang cukup menyedihkan sebenarnya apabila ia terjadi secara berleluasa. Itu apa yang saya nampak sejak kebelakangan ini terutamanya dalam peperiksaan online PTD yang bakal berlangsung. SPA membuat 2 pengambilan PTD pada tahun ini, calon lebih ramai berbanding sesi Januari lepas.
Tetapi apabila banyak group yang share nota dan rujukan dibentuk. Satu perkara yang saya nampak, tidak amanah dan korup yang mereka akan amalkan. Bukan semua tapi segelintir. Saya doakan mereka yang dapat nota tidak sah berkenaan tidak lulus dalam exam nanti. Semoga disukar segala urusan mereka.
Saya berharap bukan mereka yang akan mengetuai jabatan kerajaan nanti. Boleh hancur bila gologan tidak menjaga amanah orang lain memegang kuasa. Nama jabatan pun akan rosak.
Saya ada rakan-rakan dari kalangan PTD, mereka golongan membuat keputusan penting jabatan. Kerjanya sangat sukar dan berat. Mereka pun risau jika ada junior sebegini. Legasi yang bakal mereka tinggalkan akan hancur. Usaha yang mereka lakukan sebelum ini akan sia-sia. Sebab mereka akan pelapis yang sedang dibentuk.
Jika mereka tidak berasa apa-apa, pasti ada sesuatu tidak kena dengan minda mereka. Orang yang jujur pasti akan dirahmati dan dipermudahkan segala urusan. Hidup ini satu ujian, dengan exam online inipun mereka tidak amanah. Apakah mereka mampu untuk mendokong tangungjawab lebih besar dan berat?
Bersama kita fikirkan.. Kita nak membentuk negara yang makmur dan adil. Jika ada perosak didalamnya, pastinya tidak akan berjaya dan sukar. Hak orang adalah hak orang. Ia tidak berubah. Walaupun ia sekadar tulisan atau karya. Ramai yang tidak tahu betapa susahnya untuk menjadikan rujukan itu. Bersekang mata, memerah otak dan pengalaman untuk memudahkan mereka. Tapi bukan dengan cara share percuma begitu. Berikan kredit kepada mereka.. atas usaha mereka untuk membantu anda. Beli daripada mereka secara sah.
Boleh share jika anda rasakan ia berguna untuk anda.
ahmadyani
Orang kita hanya nampak, tidak amanah itu dalam skala yang besar. Sedangkan tidak amanah skala besar itu bermula dari sikap tidak amanah yang dianggap “tidak apa-apa’ seperti share rujukan PTD ini.
Saya mahu aminkan doa supaya mereka yang terlibat dalam share tidak amanah ini, tidak lulus dalam peperiksaan mereka. Kita tidak mahu titik barah ini membesar dan menjahanamkan pentadbiran negara.
sham
Betul tuan. Amanah bukan dalam bentuk duit je.. Share hak orang tanpa kebenaran pun dikira tak amanah..
Azmir
Ini adalah applikasi salah konsep ‘sharing is caring’, di mana alasan ilmu itu datang dariNya menghalalkan cara ilmu itu dipetik, walaupun caranya kelabu atau terang2 salah.