Bakal PTD Sudah Tidak Amanah, Andainya Jadi PTD Bagaimana Agaknya?


Exam PTD bakal menjelang pada 23hb ini, disebalik kegembiraan mereka dipanggil untuk menghadiri peperiksaan online ini, segelintir daripadanya tidak amanah dengan melanggar hakcipta penerbit rujukan PTD dari Infokerja Resources (IKR). Mereka telah membuat bank soalan untuk rujukan mereka ini berbulan bulan.

Namun ada segelintir membentuk group FB, Telegram dan Whatsapp berkongsi nota dan rujukan secara besar besaran. Ia adalah satu amanah untuk menjaga hak orang lain. Ia memang tanggungjawab PTD apabila mengetuai jabatan-jabatan kerajaan kelak. Bagaimana PTD ini menjaga amanah yang bakal mereka tanggung kelak?

Inilah bakal PTD yang sedang dibentuk? Satu perkara yang agak menyedihkan. Minda yang saya katakan sudah korup. Saya juga terlibat dalam dunia penerbitan ebook, ia suatu perkara yang sangat menyedihkan apabila usaha dan penat lelah kita dimusnah oleh segelintir yang tidak amanah.

ptd-tidak-amanah

Yang mendapat nota secara tidak sah itu, kemudian lulus dalam exam online dan berjaya menjadi PTD. Mungkin sebab utama contoh daripada MO1 kita kot. Buat apa sahaja asalkan berjaya termasuklah menindas orang lain demi mencapai matlamat.

Saya jarang menulis berkenaan politik, daripada pandangan saya. Masyarakat kita banyak yang sudah korup. Dalam istilah IT dipanggil bad sector. Ia semakin lama akan terus merebak jika tiada tindakan untuk memperbaiki. Harini juga berlangsung BERSIH 5.

Saya tak berminat untuk berdemo di jalan raya. Bagi saya perjuangan ada banyak cara bukan hanya menerusi demonstrasi jalanan.

PTD Tidak Amanah, Perosak Bangsa

Dalam hirarki jawatan kerajaan, PTD adalah ketua. Malah kenaikan pangkat PTD paling pantas dalam jabatan kerajaan. Kebanyakan mereka yang menjawat jawatan utama adalah terdiri daripada PTD. Sebab itu, saya risau jika PTD yang tidak amanah memegang kuasa, bagaimanakah nasib negara kita? Bagaimanakah bangsa malaysia menghadapi cabaran dunia yang mendatang.

Ia suatu perkara yang cukup menyedihkan sebenarnya apabila ia terjadi secara berleluasa. Itu apa yang saya nampak sejak kebelakangan ini terutamanya dalam peperiksaan online PTD yang bakal berlangsung. SPA membuat 2 pengambilan PTD pada tahun ini, calon lebih ramai berbanding sesi Januari lepas.

ptd-tak-amanah

Tetapi apabila banyak group yang share nota dan rujukan dibentuk. Satu perkara yang saya nampak, tidak amanah dan korup yang mereka akan amalkan. Bukan semua tapi segelintir. Saya doakan mereka yang dapat nota tidak sah berkenaan tidak lulus dalam exam nanti. Semoga disukar segala urusan mereka.

Saya berharap bukan mereka yang akan mengetuai jabatan kerajaan nanti. Boleh hancur bila gologan tidak menjaga amanah orang lain memegang kuasa. Nama jabatan pun akan rosak.

Saya ada rakan-rakan dari kalangan PTD, mereka golongan membuat keputusan penting jabatan. Kerjanya sangat sukar dan berat. Mereka pun risau jika ada junior sebegini. Legasi yang bakal mereka tinggalkan akan hancur. Usaha yang mereka lakukan sebelum ini akan sia-sia. Sebab mereka akan pelapis yang sedang dibentuk.

Jika mereka tidak berasa apa-apa, pasti ada sesuatu tidak kena dengan minda mereka. Orang yang jujur pasti akan dirahmati dan dipermudahkan segala urusan. Hidup ini satu ujian, dengan exam online inipun mereka tidak amanah. Apakah mereka mampu untuk mendokong tangungjawab lebih besar dan berat?

Bersama kita fikirkan.. Kita nak membentuk negara yang makmur dan adil. Jika ada perosak didalamnya, pastinya tidak akan berjaya dan sukar. Hak orang adalah hak orang. Ia tidak berubah. Walaupun ia sekadar tulisan atau karya. Ramai yang tidak tahu betapa susahnya untuk menjadikan rujukan itu. Bersekang mata, memerah otak dan pengalaman untuk memudahkan mereka. Tapi bukan dengan cara share percuma begitu. Berikan kredit kepada mereka.. atas usaha mereka untuk membantu anda. Beli daripada mereka secara sah.

Boleh share jika anda rasakan ia berguna untuk anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • ptd naik pangkat
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 3

  1. ahmadyani November 19, 2016
  2. sham November 20, 2016
  3. Azmir November 27, 2016

Leave a Reply

error: Content is protected !!