Cari Duit dan Keredhaan Ketika Bulan Ramadhan


Bulan ramadhan sememangnya ditunggu tunggu oleh sesetengah orang. Inilah masanya mereka menjadi peniaga segera dalam bulan ramadhan ini. Antaranya ialah di basar ramadhan dan peniagaan pakaian. Rasanya memang banyak idea untuk tambah duit pada bulan ramadhan.

Ia bukan sahaja mengandungi pelbagai kerahmatan malah bulan rezeki untuk para peniaga. Namun, jangan sampai mengabaikan solat dan ibadah lain yang diunjurkan ketika ramadhan. Jangan terleka berniaga sehingga meninggalkan solat.

Pernah terjadi jika tidak silap pada tahun lepas sebuah bazar Ramadhan diserang ribut yang kuat sehingga ada yang terkorban. Ada yang bercerita ada beberapa peniaga leka berniaga sehigga mengabaikan solat. Mereka membuka kedai dari tengahari sehingga waktu berbuka puasa dan meninggalkan solat zohor dan asar.

Jika ini berlaku, keberkatan hasil rezeki yang dikurniakan pada bulan ramadhan ini hilang. Berniaga adalah perkara yang digalakkan. Malah Allah menjanjikan 9/10 rezeki adalah menerusi perniagaan. Sepatutnya sebagai peniaga kita perlu mencari redha Allah.

Selamat menjalani ibadah puasa!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Leave a Reply

error: Content is protected !!