Blog Ustaz Zaharuddin adalah antara blog yang saya layari setiap kali membuka laptop. Ia adalah antara blog yang saya akan bookmark di komputer-komputer saya kerana ia adalah antara rujukan saya dalam menulis berkenaan review dan juga hukum tentang perkara berkaitan.
Dalam post terbaru berkenaan Mercun, Ucapan Maaf dan Duit Raya, ada satu artikel berkenaan penggunaan sampul duit raya daripada syarikat yang jelas diharamkan dalam islam seperti berunsur riba dan haram. Ia seolah olah mempromosikan syarikat berkenaan jika kita mengunakan sampul duit raya daripada mereka ini. Ini adalah keratan artikel UZAR tentang perkara ini:
4) Bagi mereka yang amat sensitif isu halal haram, saya kira adalah amat terpuji jika dapat dipastikan sampul duit raya itu bukan dari mana-mana bank dan institusi kewangan konvensional yang haram.
Ini kerana ia boleh dianggap mempromosikan perbankan Riba yang amat haram. Ia jelas termasuk dalam larangan Allah s.w.t dan Nabi s.a.w dari memberikan bantuan dan promosi kepada perkara yang haram.
Sebuah hadis menyebut :
Ertinya : Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya.” (Riwayat Ibn majah, 2/1122 ; Tirmidzi, Hadis Gharib ; Albani : Hasan Sohih)
Keterangan : Walaupun hadith ini menyebut bab arak, tetapi ia merangkumi item haram yang lain berdasarkan kepada kaedah Qiyas dalam Islam.
Sebuah Hadith lagi : ertinya
Ertinya : “Dilaknati Rasulullah SAW pemakan riba, dan pemberi makan, saksinya dan penulisnya” ( Riwayat Abu Daud, no 3333, At-Tirmidzi & Albani : Hasan Sohih )
Justeru, jika ia berlaku juga, saya bimbang pahala hasil sedeqah duit raya itu pastinya tergugat. Ia sama seperti memberi duit raya menggunakan sampul duit yang tertulis jenama arak. Apa pandangan anda?.
Sumber : Zaharuddin.net
Apalagi, saya terus tengok-tengok sampul-sampul duit raya yang saya gunakan nanti. Alhamdulillah, tahun ni tiada daripada bank konvensional. Satu satu sampul bank yang saya terima adalah sampul Maybank Islamik. Pada tahun-tahun lepas saya memang mengunakan sampul daripada bank konvensional.
Apa yang diusulkan oleh UZAR memang ada asasnya. Walaupun ada diantara kita yang tidak memandang serius tentang perkara ini sehinggalah UZAR menyatakan sedemikian. Baru lah ramai yang tersedar daripada lamunan. Ia betapa mencabarnya dunia islam hari ini.
Saya baru sahaja selesai membaca buku tentang Fitnah Dajjal..Ia membuatkan saya terfikir begitu banyak perkara yang kita lakukan tanpa sedari telah mengikut perancangan Dajjal dan Yahudi menerusi pelbagai fahaman dan ideologi.
Semoga Allah melindungi kita daripada perkara yang Haram tanpa kita sedari.
kerja kosong
Great topic and nice sharing… Memang banyak yang perlu kita teliti dalam tindak tanduk harian kita, kann??
dinsblog
kena check balik nie sampul duit raya…
Insan
Apa mau tgk sampul duit raya dr bank konvensional ke atau tidak..itu bank islam punya sampul kertas nya dr kilang mana dtg? Kilang yg mengamalkan konvensional jugak. Sama saja itu …
sham
salah pandangan sebegitu.. kita tak perlu mengorek asal usul sampai macam tu sekali. kilang nak guna bank konvensional ke islam ke..ia terpulang kepada mereka. kita sebagai pengguna ada pilihan. Pada zaman sekarang, memang susah nak mengelak daripada riba walaupun hanya debu riba. Tapi sekurang kurang kita berusaha untuk menolaknya.
Sama juga dengan duit gaji orang kerajaan, ia tak boleh kata haram walaupun ada hasil pendapatan daripada cukai judi dan arak.
permata
Ustaz berhak mengeluarkan pendapat sebagai seorang penceramah mahu pun pendahwah tetapi ada kah kita boleh duna pakai pada masa sekrang memandangkan mana lagi institusi pembankan atau badan simpanan yang lain yang tidak terlibat dgn RIBA. Nampaknya jika kita ambik pandangan beliau 100%, kita tak boleh simpana apa barangan sekali pun d bank dipelusuk dunia ini ( jgn kata di malaysia sahaja ) sebab namanya bank. Mereka dagangkan semula duit simpanan kita kepada sumber-sumber yang berunsur RIBA wak ama dipanggil kaedah pembankan islam. Tak perlu la saya panajang lebarkan penerangan. Semua manusia faham tu semua.
Tentang penggunaan Hadis dan ayat dari Al Quran, sememangnya kita disunatkan merujuk kepada Al Quran dan Hadis sahi. Walau bagaimanapun, kita perlu juga cari nas-nas yang lain agar kehidupan dan pemodernan dunia ini tidak disalah ertikan. Itu kerja ALLAH. DIA yang mengaturkan alam dan sumber untuk dijadikan sumber rezeki kepada hambaNya.