Implikasi Tun Mahathir Keluar UMNO


Hohoho..isu Tun Dr.Mahathir keluar dari UMNO memang panas ketika ini. Bagi saya,tiada kejutan pun sangat. Ini adalah kerana dalam UMNO sendiri Tun disisihkan. Nampak sangat menteri yang masa bawah Tun & bawah Pak Lah kuat mengampu. Masa Tun mengampu Tun, masa Pak Lah mengampu Pak Lah…tak berani nak suarakan pendapat mereka.

Mereka takut kesetiaan mereka terdapat UMNO dipertikaikan jika tidak setia pada Presiden. Macam macam sekarang ni kan. Kenapa perlu setia kepada presiden?Bukan ke perlu setia pada parti itu sendiri. Kalo setia pada individu, jika individu tersebut jatuh…mereka akan jatuh sama.

UMNO adalah parti yang kuat.Boleh dikatakan parti paling kuat dan kukuh di Malaysia. Dah 62 tahun ia diasaskan. Sekarang ni ada banyak isu yang melanda dan rakyat tak sukakannya. Buktinya dinyatakan dalam PRU 12 baru dimana 5 negeri jatuh ke tangan pembangkang.

Leh dikatakan pemimpin UMNO sekarang tak seberani pemimpin UMNO dulu. Jika dulu, jika mereka tak setuju dengan presiden, mereka akan meminta presiden berundur. Itulah yang terjadi pada Era Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak dulu. Saya tertarik dengan kenyataan Tun Dr. Mahathir di blog beliau tentang kesetiaan kepada UMNO..

1. Saya kurang faham dakwaan pemimpin-pemimpin tertentu UMNO bahawa mengkritik atau mendesak Presiden UMNO berhenti bermakna tidak setia kepada UMNO.

2. Tun Razak dan beberapa pemimpin UMNO yang lain telah tidak bersetuju dengan yang di Pertua UMNO Dato Onn Jaafar berkenaan dengan cadangannya untuk buka UMNO kepada semua kaum sehingga Dato Onn terpaksa undur.

3. Apakah sikap dan perbuatan Tun Razak dan rakan-rakannya ketika itu bermakna mereka tidak sayang dan tidak setia kepada UMNO?

4 Pada 1969-71 Tun Razak dan lain-lain pemimpin UMNO secara tidak langsung tidak bersetuju dengan kepimpinan Tunku Abdul Rahman dan Tunku telah undur diri.

5. Apakah Tun Razak kerana menolak kepimpinan Tunku, iaitu tidak setia kepada Tunku sebagai Presiden UMNO maka dianya tidak setia kepada parti?

6. Pada tahun-tahun 1986-7 [Tun] Musa Hitam, Tengku Razaleigh dan DATO SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI bertindak untuk menjatuhkan saya sebagai Presiden UMNO. Mereka jelas tidak setia kepada saya.

7. Apakah saya tuduh mereka tidak setia kepada parti? Apakah mereka dilarang berjumpa ahli-ahli UMNO? Apakah mereka ditegah berkempen untuk memburukkan nama saya, tidak undi saya? Apakah tentangan terhadap saya dianggap oleh saya dan oleh mereka sebagai tidak setia ada parti?

8. Sepatutnya setelah Dato Seri Abdullah kalah dia tidak diterima masuk UMNO Baru kerana tidak setia kepada saya.

9. Tetapi dia diterima masuk dan dibenar bertanding jawatan ahli Majlis Tertinggi dan kemudian Naib Presiden.

10. Jika saya pegang kepada tafsiran sesiapa yang tidak setia kepada saya tidak setia kepada parti, apakah akan saya lantik sekali lagi Dato Seri Abdullah sebagai Menteri dan kemudian sebagai Timbalan Perdana Menteri, dan seterusnya.

11. Saya tak suruh ahli UMNO sokong apa yang saya lakukan.

12. Tetapi fikirkanlah akan kewajaran dakwaan sesiapa yang tidak setia kepada Dato Seri Abdullah adalah tidak setia kepada parti UMNO.

13. Apakah UMNO adalah Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah UMNO?

14. Jika Abdullah Ahmad Badawi dengan UMNO adalah sama dan satu, maka parti ini bukan lagi UMNO. Apa perlunya saya jadi ahli dalam parti Abdullah Ahmad Badawi?

15. Hanya mereka yang berkepentingan sahaja yang menyebar dan mendokong konsep UMNO adalah Dato Seri Abdullah dan tanpa kesetiaan kepada Dato Seri Abdullah maka ahli tidak setia kepada UMNO.

Nampaknya pemimpin sekarang ada kepentingan peribadi dalam perjuangan mereka. Tiada pemimpin UMNO yang menjadi pembangkang dalam parti untuk kebaikan semua. Apa yang saya harapkan ialah Mukhriz akan menjadi Ketua Pemuda UMNO dan menjadi kumpulan pembangkang dan kumpulan pendesak agar perjuangan tidak terpesong.

Ya..Saya ahli UMNO. Tapi tak bermakna saya menyokong dan mengiakan semua apa yang UMNO buat. Kalo betul,saya sokong la..kalo rasa tak betul,saya bangkang. Inikan demokrasi namanya. Harap politik tidak dipengaruhi oleh individu tetapi dikuatkan dengan parti yang kukuh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 3

  1. ramli May 24, 2008
  2. titan May 24, 2008
  3. mokbondo. May 26, 2008

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.