Kenapa UUM Tiada Bekalan Air?


Saya merupakan graduan daripada UUM. Sebenarnya dulu pun ada sekali sekala masalah bekalan air berlaku. Tetapi tidak pernah sampai lori kena angkut air ke dalam kampus. Ketika saya disana, jumlah penduduk dalam kampus UUM adalah kira kira 20,000 orang.

Sekarang dah meningkat kepada 30,000 orang. UUM  pula menwajibkan semua pelajarnya berada dalam kampus kerana mereka menyediakan kolej kediaman untuk pelajar mereka. Jadi tak timbul masalah untuk cari rumah sewa kat luar. Lagi dulu masih berhutan di luar sana.

Akhir tahun lepas, saya ada ke Arau,Perlis. Alang alang sampai ke sana, terus terlajak ke UUM. Saya cuba menghubung kawan yang menjadi staff UUM di sana tetapi gagal. Jadi saya tak jadi masuk ke dalam UUM, sebab guard memang akan tahan kereta yang tiada sticker pelajar atau staff.

Pembangunan di sana tersangat pesat. Banyak taman perumahan baru di bina. Dah jadi macam satu bandar baru. Dulunya disana terdiri daripada hutan belantara. Dulu kalau dapat UUM mesti yang cakap Universiti Hutan Belantara sebab jalan nak sana sunyi sepi dan dikelilingi hutan dan kebun getah.

Bekalan air pula memang bergantung kepada satu logi air je. Rasanya sekarang pun sama. Masa tu penduduk tak ramai lagi di kawasan tersebut. Rasanya sekarang penduduk di kawasan UUM dan Chang lun dah meningkat 2,3 kali ganda dengan adanya projek perumahan dan perbandaran yang berlaku sekarang.

Jadi logik juga logi air sudah tidak dapat menampung perkembangan penduduk. Jika tidak upgrade kapasiti pengeluaran logi air, memang tak cukup. Dari segi infrastuktur perpaipan dalam UUM, memang ok. Takde masalah sebab dari dulu lagi UUM memang sentiasa jaga. Kalau kata paip bocor dalam UUM tu, ia bermakna orang tersebut main cakap ikut sedap mulut dia je. Tak buat kajian dulu.

Sepanjang saya belajar di sana, tidak pernah tengok paip bocor dibiarkan begitu sahaja. Jika ada pun, ia akan diperbaiki dengan segera kalau dilaporkan kepada pihak kolej. Jadi tidak ada kebocoran teruk berlaku dalam kampus. Bila cakap 65% air ke UUM hilang sebab bocor, memang orang tu tak buat keje. Buat kenyataan untuk lepaskan diri daripada tanggungjawab je.

Dulu jika air takde, kami mandi pakai air pili bomba. Emergency..hehehe.. Tapi biasanya tak lama, sehari je kadang2 takde air.

Tengok berita sekarang ni..krisis air memang agak meruncing dan teruk. Rasanya tak perlu tuding menuding siapa yang salah… Lebih baik duduk berbincang dan cari penyelesaian untuk mengatasi masalah ini. Yang menjadi mangsa ialah pelajar. Mereka sedang berjihad untuk menuntut ilmu. Kenapa tidak  mempermudah urusan mereka?

Hanya bercakap dan salah menyalahkan mereka yang terlihat tidak menyelesaikan sebarang masalah. Apakata MB Kedah turun tengok sendiri. Jangan harap orang bawah je buat laporan sebab adakalanya laporan berkenaan berat sebelah kerana isu politik.

Usah berpolitik dalam bab pendidikan. Ia akan merugikan kita apabila anak muda kita tidak mendapat peluang untuk belajar dengan sempurna.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 2

  1. AmmarRadzi May 5, 2011
  2. sham May 5, 2011

Leave a Reply

error: Content is protected !!