Keputusan PRU 13


Keputusan PRU 13 Yang Mengemparkan

Inilah kebanyakan orang tungu-tunggu dalam bulan Mei ini. Ramai orang tertanya tanya adalah BN akan mengekalkan kuasa atau PR akan mengambilalih kerajaan untuk membentuk kerajaan baru. Daripada pemerhatian saya, PRU 13 agak sengit. Penentu adalah golongan muda iaitu 41% daripada pengundi kali ini.

Daripada newsfeed di FB saya, boleh dikatakan 80% menyokong PR dalam pilihanraya kali ini. Malah golongan Ustaz Selebriti juga secara terang- terangan menyokong PR antaranya ialah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Zahazan, Imam Muda Asyraf dan ramai lagi. Zaman dulu jika selebriti terlibat dalam aktiviti politik pembangkang, mereka akan diban.. Sekarang ia dilakukan secara terbuka. Ia satu perubahan yang baik dalam berpolitik di negara ini.

Keputusan PRU 13

Jadi apakah keputusan PRU 13? Kita akan tahu pada malam 5hb Mei ini. Ia sehari sebelum hari jadi saya. Jadi tak kisah siapa yang menang, saya akan sambut hari jadi saya pada tengah malam berkenaan. Apa yang saya harapkan PRU 13 akan berlangsung dengan aman dan bersih daripada segala taktik kotor.

pru

Orang Muda hari ini kebanyakannya berpendidikan. Mereka tidak boleh disogok dengan duit sahaja. Jika beri, mereka menerima dengan gembira. Sumber maklumat golongan muda bukan hanya menerusi media massa. Golongan muda mendapat maklumat daripada pelbagai saluran lain seperti blog dan juga media sosial yang tidak terbatas. Mereka boleh menilai sendiri apa yang baik dan juga buruk yang dilakukan oleh pihak yang bertanding dalam pilihanraya kali ini.

Perbelanjaan Tinggi Dalam PRU 13

Daripada pemerhatian saya, pihak BN berbelanja sakan demi PRU kali ini. Mereka membeli banyak iklan di TV, Google dan Facebook. Mungkin berjuta-juta juga habis dalam kempen online mereka. Berbeza dengan PR yang mengunakan kaedah percuma seperti blogging dan juga media sosial secara viral. Dengan cyber troopers mereka yang aktif, setiap isu ditampilkan menjadi viral dan dishare oleh penyokong-penyokong mereka dengan percuma dan mereka di media sosial seperti FB dan Twitter. Ia sangat berkesan. Semuanya dilakukan secara sukarela dan tanpa kos.

Bagi saya, penyokong sebeginilah yang patut dicari oleh parti politik. Mereka berjuang kerana ideologi tanpa mengharapkan wang ringgit. Tidak perlu menabur duit untuk mereka bergerak. Mereka lakukan secara sukarela demi perjuangan parti.

Berbeza dengan parti kerajaan yang sering disogokkan dengan duit. Jadi penyokong mereka akan sentiasa menanti.. “What’s for me” kalau melakukan sesuatu. Itu daripada pemerhatian saya la. Ia satu budaya yang tidak elok. Ia meletakkan kepentingan peribadi melebihi perjuangan parti. Ini menggalak penyalahgunaan kuasa dan duit yang disalurkan kepada mereka. Berpolitik sebab untuk mendapatkan sesuatu. Ia jadi satu budaya yang akan merosakkan negara dan juga parti mereka sendiri.  Budaya ini perlu diubah!

Realisasikan moto BN iaitu Rakyat Dihulukan. Jika rakyat nampak perjuangan cenderung kepada perjuangan individu. Pastinya rakyat akan mengubah sokongan mereka.

Tanggungjawab Besar Buat Mereka Yang Memerintah

Pemenang dalam PRU 13 kali ini bakal mengalas tangungjawab yang berat.  Rakyat mahukan yang terbaik untuk 5 tahun yang akan datang.  Ia satu tempoh masa yang agak panjang. Dalam tempoh ini, banyak perkara boleh berlaku. Dan paling saya harapkan, negara sentiasa berada dalam keadaan aman dan makmur.

Harapan rakyat cukup tinggi. Diharap wakil rakyat yang dipilih agar menjalankan tugas mereka dengan sebaik mungkin. Ia adalah satu amanah dan tanggungjawab yang besar.

Bagi rakyat Malaysia pula, jalankan tanggungjawab anda sebagai pengundi bagi yang berdaftar. Undi anda boleh menentukan halatuju negara samada BN atau PR yang akan memerintah negara untuk 5 tahun yang akan datang.

Insyaallah saya akan balik ke Kuala Terengganu bagi mengundi bagi ADUN Bukit Payung dan Parlimen Marang.

Jom Kita Mengundi!!

p/s: Artikel ini adalah hanya pendapat penulis daripada pemerhatian sebagai seorang pengundi muda. Apa ramalan anda tentang keputusan PRU 13? BN atau PR?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comment 1

  1. Ali Akhbar February 10, 2014

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.