Kod Etika Blogger


Hari ini dalam Utusan Malaysia, Perdana Menteri memberi cadangan Kod Etika Blogger. Ianya diambil dari Persatuan Wartawan Profesional dari US. Antara kod etika blogger yang dicadangkan oleh beliau ialah:

* Penulis blog perlu jujur dan adil dalam mengumpul, melapor dan menterjemahkan maklumat.

* Tidak memplagiat hasil tulisan.

* Mengenal pasti sumber yang boleh dipercayai.

* Tidak menerbitkan maklumat tidak tepat.

* Membezakan antara maklumat sokongan, komentari dan fakta.

* Mengakui sebarang kesilapan dan membuat pembetulan dengan segera.

* Menerangkan tujuan blog dan membuka perbincangan mengenainya kepada penulis blog lain dan orang ramai.

* Memberitahu sebarang aktiviti yang diadakan, kerjasama dan juga agenda peribadi mengenai blog.

* Berhati-hati dalam menyiarkan maklumat sensasi yang boleh memberi kesan pada mana-mana pihak.

Pada pandangan saya, ia adalah satu kod etika yang bagus bagi menjadikan satu standard baru pada dunia blogging. Jika ia digunapakai, blog boleh menjadi satu media utama yang diberi kepercayaan sebagaimana media masa sedia ada sekarang seperti surat khabar, tv dan majalah.

Jika di US, blogger diiktiraf sebagai salah satu sumber yang boleh dipercayai kerana maklumat yang disampaikan adalah betul dan tepat. Ini adalah kerana mereka melakukan kajian dan siasatan sebelum menyiarkan sebarang artikel di blog mereka. Rasa rasa anda boleh ikut tak kod etika blogger tu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 2

  1. sah90 April 12, 2010
  2. Minda_budaya July 30, 2010

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.