Lelaki Paling Ramai Berhutang? Biar Betul!

Lelaki Paling Ramai Berhutang?

Ya. Itulah dalam rekod Bank Negara Malaysia. Lelaki paling ramai berhutang. Mungkin sebab gaya hidup. Mungkin sebab “orang rumah” minta macam-macam. Nak dapatkannya, hutang..

Atau mungkin nak impress kekasih, beli barang berhutang.

Orang yang dah kawin pasti tahu bila bab pakaian je, perempuan akan naik sheikh nak shopping hasilnya 10 almari pun belum cukup untuk letak baju. Sampai patah palang kat dalam almari (rumah saya la tu).

ringgit

 

Faktor lain mungkin sebab kekurangan ilmu tentang kewangan. Saya pun kena belajar lagi bab kewangan. Kadang-kadang fail juga dalam bab kewangan ni.

Dunia hari ini susah tanpa hutang!

Betul kan? Nak kereta kena hutang, nak rumah kena hutang, nak belajar kena hutang. Jadi kita hari ini sememangnya dikelilingi oleh hutang. Ia tentang bagaimana untuk kita menguruskan hutang atau mengurangkan hutang yang ada. Duit kini menjadi satu keperluan yang sangat mendesak.

Jadi ramailah yang mula membuat kerja part time untuk menambah pendapatan. Tapi pada pandangan saya, sepatutnya kena buat revision balik tentang kewangan. Senaraikan balik hutang yang anda. Selesaikan yang paling kecil sebab ia lebih mudah dilupuskan.

Contohnya ada mempunyai 2 kad kredit, anda perlu tengok manakah paling rendah bakinya. Cuma selesaikan baki tersebut dan kurangkan hutang. Jangan pula menambah hutang lain yang tidak diperlukan. Kalau tidak, sia-sia untuk menyelesaikan hutang lama jika anda terus membuat hutang baru.

Hutang Sangat Bahaya

Dalam Islam sendiri, hutang sangat bahaya. Sebab ia boleh mempengaruhi akhirat. Tidak akan masuk syurga seseorang itu jika mereka masih ada hutang. Jika beli diselesaikan, ia akan membelitnya di akhirat. Perlu mencari orang yang dihutanginya dan membayar dengan pahala, jika tidak cukup. Dosa orang dihutangi akan ditanggung oleh penghutang.

Jangan Berhutang Jika Niat Tidak Membayarnya

Dalam Islam juga, Allah melaknat mereka yang berhutang dengan niat tidak mahu membayarnya. Jadi jika berhutang, niat bayar kembali. Mohon pada Allah agar dipermudahkan hutang-hutang ini dibayar. Sesungguhnya Allah Maha Kaya, Maha Pemberi dan DIA lah yang memberi rezeki.

Akhir kata, uruskan hutang anda dengan baik. Ada hutang yang baik  dan ada hutang yang tak baik. Kenalinya, maka anda akan lebih tenang dan gembira.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.