McDonalds Gunakan Lemak Babi Dalam Penyediaan Makanan?


Isu McDonalds Gunakan Lemak Babi telah banyak kali terjadi. Saya telah boikot Mcdonalds hampir 7 tahun. Ia berikutan pengumumannya mereka menyerahkan keuntungan mereka untuk Israel mengebom Palestin. Terbaru berkenaan McDonalds telah kantoi mengunakan lemak babi dalam penyediaan kopi mereka. Samada benar atau tidak, saya tetap mengelak untuk ke restoran mereka.

Bagi pengemar McD, fikirkan kembali sumbangan anda untuk keuntungan mereka itu. Sememangnya saya tidak akan makan lagi makanan daripada McD ini. Apatah lagi dengan isu terbaru ini. Isu ini sangat sensitif bagi umat Islam, tapi dipandang enteng sahaja oleh rangkaian restoran McDonalds ini.

mcdonalds-gunakan-lemak-babi

 

Diatas kemungkinan di luar negara. Saya jangkakan Mcdonald’s akan mengeluarkan kenyataan untuk menafikan tidak lama lagi.

Kemaskini Terbaru: Setelah membuat kajian berkenaan imej diatas. Ia sebenarnya adalah Hoax atau penipuan. Ia berikut semakan saya lakukan terhadap nombor hotline berkenaan iaitu 800 225 5532 adalah milik KFC bukan McDonalds.

Pemberian Burger Percuma

Dalam menangani boikot daripada rakyat Malaysia, mereka akan membuat kempen pemberian burger percuma lagi selepas ini. Maka berebutlah orang untuk makan percuma. Mereka lupa isu babi ini dan juga sumbangan bagi membunuh rakyat Palestin. Inilah dedak yang dimaksudkan oleh sesetengah orang politik.

Kesalahan yang dilakukan akan dilupakan apabila diberikan “dedak” dan mereka yang terlibat buat seperti tiada apa apa berlaku.

mcdonalds-gunakan-lemak-babi-2

Untuk premis di Banting ini, saya tak pasti samada disebabkan oleh isu babi ataupun tahap kebersihan yang teruk dan telah diarahkan tutup oleh KKM beberapa hari lepas. Saya nantikan statement daripada McD malaysia. Setahu saya McD kini mengamalkan konsep open kitchen iaitu pelanggan boleh nampak apa yang dilakukan oleh pekerja McD.

 

McDonalds Gunakan Lemak Babi Dalam Penyediaan Kopi?

Bagi saya ia satu penghinaan kepada orang Islam di Malaysia jika ia berlaku. Ia seolah olah disengajakan apatah lagi mereka memohon Sijil Halal JAKIM untuk memboleh mereka mendapat kepercayaan umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia. Namun, mereka secara diam-diam mengunakan bahan yang diharamkan ini. Harap ia tidak terjadi dan tidak benar sebab McD ada pelanggan yang ramai di kalangan orang Islam di negara ini. Ia pernah terjadi kepada beberapa jenama terkenal termasuk Cadbury sebelum ini.

Ia sepatutnya tidak terjadi langsung dengan ekosistem makanan halal di negara ini. Mungkin faktor lain ialah kelemahan dalam penguatkuasaan undang-undang berkenaan makanan halal di Malaysia. JAKIM tiada akta dan kuasa khas berkenaan penyediaan halal di Malaysia. Yang ada ialah AKTA MAKANAN yang diselia oleh KKM dan AKTA PERIHAL DAGANGAN yang dikuatkuasakan oleh KPDNKK.

Sudah sampai masanya untuk JAKIM mempunyai akta sendiri dan juga penguatkuasa sendiri bagi memastikan pematuhan dalam persijilan halal di Malaysia. Semasa permohonan sememangnya mereka bersih daripada sebarang unsur haram. Apabila tiada penguatkuasaan, mereka mula menyeleweng dan mengunakan lemak babi dan juga mungkin bahan lain yang turut diharamkan dalam islam seperti bangkai dan juga najis dalam penyediaan makanan mereka. Siapa tahu kan?

Benda ni sudah banyak kali berulang. Sebab itu saya tanya..agaknya sudah berapa ekor babi kita telah makan tanpa kita sedari…huhuhu

Kenapa saya boikot McD? Ini alasannnya.. Ia video Dr. Hafidzi daripada Aqsa Sharif. Boleh dengar kenapa anda juga patut berubah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comment 1

  1. sham December 19, 2016

Leave a Reply

error: Content is protected !!