Saya terbaca dalam akhbar berita harian yang menyarankan SKMM memantau blog upahan oleh parti politik tertentu. Bagi saya ia adalah satu pemikiran yang sempit. Blogger memang memainkan peranan mereka yang tersendiri. Samada menulis untuk DUIT atau menulis kerana minat.
Semalam juga ada berita tentang penulis blog redmummy.com yang boleh menjana keuntungan RM12,000 sebulan menerusi blog beliau. Malah ada blogger yang mencapai RM1juta setahun menerusi blog mereka. Saya rasa tak mustahil. Antara blogger Malaysia yang saya rasa mencapai pendapatan jutaaan ringgit ini adalah Hongkiat.com.Ia adalah blog teknologi yang mempunyai ranking paling tinggi di Malaysia. Kebanyakan blogger menulis kerana passion untuk menulis dan berkongsi maklumat.
Dakwaan tentang penulis blog upahan, kerajaan tidak perlu takutkan bayang bayang sendiri. Kerajaan juga boleh membuat tindakan yang sama sebenarnya. Dengan dana yang berjuta ringgit, penulis blog kerajaan juga boleh dilantik untuk menulis bagi pihak kerajaan untuk menangkis dan menyerang pihak pembangkang.
Jadi ia bukanlah satu perkara yang besar asalkan tulisan tidak menyentuh perkara sensitif seperti perkauman dan agama.
Penulis blog juga perlu menjaga sensitiviti di kalangan rakyat Malaysia. Sebaiknya dapatkan sumber berita yang sah bagi meningkatkan lagi kredibiliti blog mereka. Ini akan menjadikan blog tersebut lebih dihormati dan disegani kerana berita yang sahih dan bukan fitnah.
Perang siber dalam politik bukan perkara baru. Cuma di Malaysia, ia baru bermula. Kemenangan Barack Obama dalam pemilihan presiden dibantu oleh perang siber yang digerakkan oleh penyokong Obama. Obama mengunakan sepenuhnya internet untuk menarik pengundi untuk mengundinya sehingga menjadi Presiden Amerika Syarikat.
Jadi ahli politik Malaysia pun boleh gunakan cara yang sama. Jangan takut dengan bayang bayang sendiri. Masing masing kerajaan dan pembangkang sudah rasa tergugat dengan peranan yang dimainkan peranan oleh blogger di kedua dua pihak.
Saya menulis blog politik? Tak nak kot.
Politik bukan jiwa saya. Saya lebih suka menjadi pemerhati dan menilai untuk membuat keputusan untuk pangkah yang mana satu dalam PRU yang akan datang. Mungkin ramai orang macam saya kot terutamanya generasi muda hari ini.