Perniagaan Internet Dah Wajib Daftar Perniagaan Di SSM


Nampaknya mereka yang meniaga di internet perlu mendaftar perniagaan mereka di SSM. Sebelum ini takde penjelasan yang jelas bahawa perlu atau tak mendaftar di SSM. Namun ada banyak lagi yang kurang jelas tentang perniagan jenis apa yang perlu didaftarkan antaranya?

Blogger- pendapatan daripada pengiklanan, affiliate & etc. Perlu ke mendaftar?

Affiliate- bagaimana pendapatan affiliate. Ada affiliate marketer malaysia mempunyai pendapatan ribuan ringgit sebulan.

Forex Trader – pendapatan daripada pedagang matawang ni macamana?

Kalau nak jalan selamat, daftar je. Dalam RM70 je daftar di SSM. Sekarang ni nak daftar online pun boleh. Harap kerajaan boleh jelaskan kekeliruan ini.

Kebanyakan peniaga di internet masih belum mendaftar perniagaan mereka kerana menyangka mereka tidak perlu untuk mendaftar. Dalam Harian Metro semalam ada cakap 400 orang peniagaan online dikenakana tindakan undang undang kerana tidak mendaftar perniagaan mereka.

Oh…ini keratan artikel HM semalam:

2010/07/20
PULAU PINANG: Dalam tempoh dua tahun lalu kerajaan sudah mengambil tindakan terhadap 400 individu yang menjalankan perniagaan menerusi Internet kerana tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, kesemua mereka dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 12 (1)(a) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001) yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Individu atau syarikat yang menjalankan perniagaan menggunakan laman web atau Internet sebenarnya tidak terkecuali dan mesti mendaftarkan perniagaan mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Dialog Amalan Perniagaan Beretika Zon Utara, di sini hari ini.

Katanya, langkah itu bertujuan melindungi pengguna daripada unsur penipuan selain memastikan peniaga mematuhi etika perniagaan.

Beliau berkata, kerajaan juga menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sentiasa memantau laman web yang menjalankan perniagaan bagi mengesan pihak yang gagal mendaftarkan perniagaan mereka.

“Kita mahu golongan ahli perniagaan mempunyai kesedaran bahawa mereka mempunyai tanggungjawab dan kod etika yang harus dipatuhi supaya pengguna tidak menjadi mangsa penipuan,” katanya. – Bernama

Sumber: Harian Metro Online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • senarai syarikat berdaftar dengan SSM
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 13

  1. smartzul July 23, 2010
  2. mashita July 25, 2010
  3. Asikin August 2, 2010
  4. naz August 2, 2010
  5. sham August 2, 2010
  6. naz August 3, 2010
  7. hyprobulksms August 25, 2010
  8. eCoswaybiz August 25, 2010
  9. sham August 26, 2010
  10. Bad September 29, 2010
  11. ahmad January 24, 2011
  12. sham January 24, 2011
  13. sapiah June 8, 2013

Leave a Reply

error: Content is protected !!