Perniagaan Internet Malaysia Dalam Bahaya

Perniagaan internet Malaysia dalam bahaya! Dah lama juga terbuku dalam hati tentang perkara ini. Produk buat duit di internet juga tumbuh bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan. Banyak JV saya tak reply langsung. Maaf kalau tiada respon daripada saya. Saya jarang jarang promote produk yang tak berkenaan dengan niche list yang saya ada.

Sejak akhir akhir ini aura negatif mula melanda apabila IM terlalu mengejar rekod jualan yang tinggi. Mereka berbangga dengan rekod jualan puluhan ribu dalam masa sekian masa. Tak berapa lama kemudian lancarkan produk baru lagi sedangkan masalah customer sedia ada langsung tak dibalas.

Malah saya pernah email beberapa IM yang buat duit puluhan ribu ini. Sampai sekarang pun email saya tak berbalas. Tujuan saya hanya untuk menguji sejauh mana customer support mereka ini. Ini menyebabkan pelanggan sedia ada berasa tertipu sedangkan dijanjikan segala macam janji. Malah produk yang dijanjikan tak siap sedangkan duit dah pun diambil.

Ramai yang meluahkan perasaan kecewa mereka apabila zul smartusaha menulis teguran terbuka tentang perkara ini.Malah Sabri Saifulsham juga telah menyuarakan kekecewaannya terhadap situasi perniagaan internet Malaysia sekarang ini. Aura negatif mula melanda perniagaan internet Malaysia. Jika ia tidak dibendung, ia akan menjadi duri dalam daging perniagaan internet Malaysia pada masa akan datang.

PPL atau Pay Per Lead satu per satu timbul. Malah ramai yang komplen, IM yang menganjurkan PPL membuat pelbagai promosi. Ia cukup merimaskan jika menerima pelbagai email promosi yang langsung tak berkenaan dengan PPL yang terdahulu.

Malah ada IM Malaysia, terlalu terpengaruh dengan stail produk building Mat Salleh diluar sana. Buat satu produk lebih kurang sama. Hanya produk je yang berlainan. Itulah style yang dibawakan oleh IM mat salleh terutamanya di Clickbank. Nama produk mereka sering berubah sedangkan nama adalah sama, begitu juga teknik yang digunakan. Tidak dinafikan ia memang berkesan untuk menjual, tetapi jangan lupa tentang pelanggan kita yang terdahulu.

Memang agak mengecewakan apabila email berbulan bulan tak dibalas. Memang email hanya untuk mengaburi pandangan orang yang menunjukkan mereka mempunyai customer support je kot. Saya pasti beratus email tak dijawab. Bila masa promosi produk affiliate, bermanis mulut betul. Sedangkan email pelanggan sendiri tak diendahkan.

Produk sampah pun semakin banyak. Entah apa nak jadi dengan perniagaan internet Malaysia jika ini berterusan. Mungkin ramai yang akan mengecop bahawa perniagaan internet adalah tipu semata mata.

Bagi saya, perniagaan internet Malaysia sekarang dalam bahaya. Walaupun ia semakin berkembang. Dengan adanya isu sebegini sedikit sebanyak mencalarkan nama perniagaan internet itu sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • isu semasa perniagaan
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 12

  1. zamri November 17, 2009
  2. smartzul November 18, 2009
  3. sham November 18, 2009
  4. Zairi Zaidi November 19, 2009
  5. titan November 20, 2009
  6. sham November 24, 2009
  7. UmmiSofea November 24, 2009
  8. FENDI 69Z a.k.a khalifah November 27, 2009
  9. suhailahsu November 30, 2009
  10. sham December 2, 2009
  11. Mohd Zaini December 19, 2009
  12. reezluv December 29, 2009

Leave a Reply

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.