Hukum Prefered Stock Haram?

Saya diminta oleh seorang pelabur di internet membuktikan berkenaan prefered stock adalah haram. Berikut adalah keratan artikel daripada blog Ustaz Dr. Zaharuddin. Ia bukan sebab dengki ke apa. Tetapi sebagai peringatan agar sentiasa berjag-jaga dalam mencari harta.

9) Saham Keutamaan ( Preference Shares)

Antara keterangan bagi saham keutamaan adalah seperti berikut :-

A class of ownership in a corporation that has a higher claim on the assets and earnings than common stock. Preferred stock generally has a dividend that must be paid out before dividends to common stockholders and the shares usually do not have voting rights.

The precise details as to the structure of preferred stock is specific to each corporation. However, the best way to think of preferred stock is as a financial instrument that has characteristics of both debt (fixed dividends) and equity (potential appreciation). Also known as “preferred shares”.  (http://www.investopedia.com/terms/p/preferredstock.asp )

Hukum ;

Majlis Fiqh Antarabangsa, Dallah Al-Barakah dan Majlis Fatwa Eropah memfatwakan pembelian saham keutamaan adalah haram. Antara ciri yang menjadikannya haram adalah kerana : –

a- ia mempunyai unsur jaminan modal,

b- pulangan yang terjamin; biasanya jika tiba-tiba satu bulan tiada sebarang keuntungan boleh dibahagikan oleh syarikat, pihak pemegang saham keutamaan tetap akan dibayar juga secara terkumpul (cumulative). Ini bermakna semua pemegang saham jenis ini dijamin keuntungannya. Ini jelas bertentangan dengan hukum Shariah.

c- Mendapat keutamaan untuk diberikan pembayaran di ketika pembahagian keuntungan dan ‘liquidation’. Malah jika syarikat menghadapai masalah dan ditutup sekalipun, pemegang saham ini akan mendapat kembali nilai awal sahamnya tanpa sebarang kerugian. (Al-Muamalat Al-Maliah al-Mu’asiroh, Dr Uthman Syabir, hlm 205 )

Di dalam Islam, di dalam sebuah persyarikatan, tidak sepatutnya terdapat sebarang keutamaan kepada mana-mana rakan kongsi dan mereka patut diberikan hak sama rata. Kecuali nisbah pembahagian  keuntungan sahaja yang boleh dipersetujui bersama.

Bagaimanapun, fatwa ini juga menjelaskan bahawa jika keutamaan yang dimaksudkan hanya terhad kepada beberapa hal prosedur dan pengurusan semata-mata. Ia adalah halal.

Sumber – http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/566-beberapa-bentuk-urusniaga-saham-a-hukum-shariah-updated.html

Jadi adakah prefered stock sama preference shares?

Jawapanya ialah YA. Buktinya – http://en.wikipedia.org/wiki/Preferred_stock

Preferred stock, also called preferred shares, preference shares, or simply preferreds, is a special equity security that has properties of both an equity and a debt instrument and is generally considered a hybrid instrument. Preferreds are senior (i.e. higher ranking) to common stock, but are subordinate to bonds in terms of claim or rights to their share of the assets of the company.[1]

Preferred stock usually carries no voting rights,[2] but may carry a dividend and may have priority over common stock in the payment of dividends and upon liquidation. Terms of the preferred stock are stated in a “Certificate of Designation”.

Similar to bonds, preferred stocks are rated by the major credit rating companies. The rating for preferreds is generally lower since preferred dividends do not carry the same guarantees as interest payments from bonds and they are junior to all creditors.

Adakah pelaburan “itu” prefered stock?

Ya. Boleh rujuk terus pada laman web mereka. Ini adalah salah satu contoh mereka yang menawarkan kaedah prefered stock.

Jadi ia menawarkan prefered stock.

Penentuan Hukum Adalah Mudah

“Allah tiada membuat kesukaran ke atas kamu dalam perkara agama.” (al-Haj: 78)

Penentuan hukum dalam Islam sebenarnya sangat mudah. Contohnya ada segelas susu, kemudian setitik arak terjatuh kedalam susu tersebut. Susu tersebut adalah haram diminum. Kenapa? Susu kan halal untuk diminum? Sebabnya arak adalah haram untuk diminum. Jika susu dan arak telah bercampur, ia menjadikan susu tersebut adalah haram untuk diminum. Perkara yang halal dan haram tidak boleh bercampur.  Walaupun sedikit unsur haram didalamnya. Ia dikategorikan sebagai shubhah.

Perbezaannya boleh dirujuk pada artikel ini Halal, haram dan syubhah .

Kembali kepada isu asal berkenan prefered stock…

Antara syarat yang mengharamkannya ialah

1. Ia mempunyai unsur jaminan modal

Ia bermaksud tiada risiko langsung. Jika anda melabur RM1000, ia langsung tidak terjejas walaupun syarikat rugi. Dividen tetap dapat. Adakah anda terlibat dalam pelaburan sebegini? Jika ya. Elakkanlah.

Dr Yusuf al-Qaradhawi menyatakan sekiranya menetapkan kepada pelabur keuntungan yang dijamin tidak bertambah dan berkurangan, walaupun keuntungan mungkin berlipat kali ganda atau kerugian yang merudum maka ia menafikan keadilan yang jelas nyata dan ini adalah roh riba yang keji.

Jaminan untung dalam kontrak pelaburan disepakati ulama sebagai haram kerana ia ialah riba. Hadis Rasulullah SAW menyebut :

Maksudnya:
(Bagi mendapatkan) keuntungan (hasil pelaburan) mestilah dengan menghadapi risiko (bermakna tiada untung tetap yang dijanjikan dan pelabur mesti menjamin keelokan barangan yang dijual jika melibatkan jual beli).

2.Pulangan yang terjamin; biasanya jika tiba-tiba satu bulan tiada sebarang keuntungan boleh dibahagikan oleh syarikat, pihak pemegang saham keutamaan tetap akan dibayar juga secara terkumpul (cumulative). Ini bermakna semua pemegang saham jenis ini dijamin keuntungannya. Ini jelas bertentangan dengan hukum Shariah.

Adakah anda terlibat dalam pelaburan sebegini?

3.Mendapat keutamaan untuk diberikan pembayaran di ketika pembahagian keuntungan dan ‘liquidation’. Malah jika syarikat menghadapai masalah dan ditutup sekalipun, pemegang saham ini akan mendapat kembali nilai awal sahamnya tanpa sebarang kerugian. (Al-Muamalat Al-Maliah al-Mu’asiroh, Dr Uthman Syabir, hlm 205

Ini adalah bentuk jaminan modal. Pelabur langsung tidak mempunyai sebarang risiko. Mereka juga tidak perlu risau apa apa sebab boleh mengeluarkan dividen setiap bulan selagi syarikat wujud.

Jika keutamaan yang dimaksudkan hanya terhad kepada beberapa hal prosedur dan pengurusan semata-mata. Ia adalah halal. Ia bermaksud keutamaan hanya berkenaan pengurusan dan prosedur tanpa melibatkan kewangan (untung,dividen), ia dibolehkan.

Tiada halangan buat BUKAN ISLAM

Dalam penentuan hukum ini hanya melibatkan orang Islam. Orang bukan Islam tidak terlibat kecuali dinyatakan oleh agama mereka.

Hati Hati dalam menambah dan mencari harta

Sebagai Orang Islam ada kekangan tertentu dalam mencari harta. Ada sebab dan hikmah diatas larangan-larangan yang terdapat di dalam Al Quran, Hadis dan juga Ijmak Ulama’.

Begitu juga dengan pelaburan di internet,Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengistiharkan pelaburab internet adalah haram. Jadi jauhkan diri daripadanya.

Jabir bin Abdullah ra. meriwayatkan hadis daripada Rasulullah saw (mafhumnya): “Rasulullah saw melaknati pengambil riba, pembeli riba, saksi kedua-duanya, semua mereka adalah sama.” (Riwayat Imam Muslim)

Firman Allah (mafhumnya): “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkan (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan Rasul-Nya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.” (al-Baqarah 278-279)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • rgcx halal ke
  • hukum rgcx
  • hukum melabur dalam rgcx
  • rgcx haram
  • rgcx halal atau haram
  • rgcx pandangan islam
  • hukum pelaburan emas rgcx
  • prrffered stock dividend haram or halaal
  • isu dividend bagi orang islam
  • syarikat boleh isu preference share
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 4

  1. cermin hikmah May 1, 2012
  2. selamat June 17, 2012
  3. Buluh Betong July 1, 2012
  4. buloh betong October 5, 2012

Leave a Reply

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.