Agak lama juga saya tak update blog akibat kesibukan yang menerjah. Beberapa kerja perlu disiapkan antaranya menyemak pruf buku dan juga membaiki manuskrip. Disamping itu ada 2 ebook baru yang akan dilancarkan pada April selain daripada persediaan untuk Megasales ke 5 dari 31hb April sehingga 6hb Mei 2011. Acara tahunan saya ni. 🙂
Berkenaan dengan pemasaran di internet, sebenarnya ada etika pemasaran yang perlu anda patuhi. Jika tidak, anda hanya akan mengundang rasa tidak puas hati oleh mereka yang telah anda promosikan. Erkhh.. Betul ke ayat tu ek?
Antara kaedah promosi yang boleh saya katakan sebagai spamming atau menganggu ketenteraman mangsa spam ialah:
- Email spam. Biasanya perisian email blaster akan digunakan. Manakala email akan diperolehi menerusi perisian email harvester yang akan mengambil alamat email yang disiarkan di internet. Contohnya di laman web jualan dan sebagainya. Saya menerima lebih daripada 1000 email spam setiap hari. Dan hampir 100 email terlepas ke inbox. Jadi setiap hari, kena clearkan email.
- FB Spam. Ia biasanya dilakukan menerusi FB Group, Wall, Personal Message dan Tagging. Tindakan Facebook membenarkan pemilik group memasukkan sesiapa sahaja dalam Group menyebabkan spamming menjadi jadi. Jika dahulu, kena komfirmkan dulu baru masuk dalam group sekarang ia secara automatik. Spam iklan promosi ke wall orang juga boleh dikatakan sebagai spam. Ia mengangu “rumah tangga” orang lain. Tagging Image yang menjurus kepada iklan juga menganggu orang lain.
- Forum Spamming . Ada sesetengah orang mendaftar sebagai ahli forum, terus menerjah dengan iklan dengan post yang pertama. Orang ini pasti akan terus diban oleh moderator.
- Blog Commenting Spamming. Sekarang ni ada perisian blog commenting yang boleh hantar komen ke blog orang lain. Walaupun ada anti-spam seperti Akismet tetapi ada kalanya spam ini terlepas. Palin teruk komen yang sebenar pun termasuk dalam Akismet bagi kategori spam. Saya biasanya menyemak juga komen spam kerana dikuatiri ada komen sebenarnya disalah anggap sebagai spam oleh Akismet.
Sekarang ni ada banyak perisian dibangunkan untuk mendapatkan trafik mengunakan kaedah spamming atau blackhat. Tengok sahaja di Clickbank, banyak produk baru berteraskan kaedah spamming. Ianya dilakukan oleh mereka yang mengaku sebagai “internet marketing guru” sendiri.
Mereka sebenarnya mengalakkan IM baru melakukan spamming. Ya. Memang kaedah tersebut boleh menghasilkan ribuan dollar atau ribuan pelawat ke laman web mereka. Tetapi kaedah tersebut adalah salah. Mungkin itulah cara mereka buat duit menerusi Clickbank. Alik2 pusing-pusing, sama je. Laman web je lain.