RM50juta Untuk Projek Emel 1Malaysia


Bila diumumkan jumlah kos pembangunan tersebut, saya tepuk dahi…Adus… Kenapa nak bazirkan RM50juta untuk buat emel yang tak diperlukan. Terus terang saya tak nampak fungsi emel 1Malaysia ni. Google, Yahoo, Hotmail & banyak lagi emel percuma dan boleh digunakan tanpa ganguan.

Adakah ini akan memudahkan kerajaan memantau emel rakyat? Atau memudahkan kerajaan untuk menghantar emel terus ke email 1Malaysia? Mungkin itulah yang dimaksudkan melancarkan komunikasi secara langsung antara warga Malaysia dan kerajaan.

Dengan RM50juta beberapa biji sekolah rendah boleh bina tu…

Sebelum nak bangunkan emel tu, lebih baik upgrade dulu infastruktur internet kat Malaysia ni yang indah khabar dari rupa. Talian sekejap ada sekejap takde macam biskut chipsmore pulak. Macam kat Kuala Kangsar ni, talian internet sangat teruk..

Kalau di pinggir bandarĀ  skit, langsung takde… Streamyx lagi la tak dapat nak sambung sebab TM enggan pasang wayar dah sebab asyik kena curi kat mat pet. Pilihan yang ada ialah 3G itupun sekejap ada, sekejap takde. Line telefon bimbit pun tak berapa nak ada. Ada pun hanya 1,2 bar je. Ni baru beberapa kilometer daripada bandar DiRaja.

Celcom yang cakap ada coverage TERBESAR di Malaysia ni pun langsung takde line. Susah betul. Memang agak susah nak buat keje pape kat rumah. Macam kena ikut mood broadband, sekejap ada sekejap takde.

Negara macam US pun tak buat emel rasmi untuk rakyatnya.. Malaysia nak jadi nombor 1 kot..

Pada pendapat saya, projek emelĀ  ini akan gagal.. Sebab saya tak nampak apakah kepentingan untuk saya membuka akaun emel ini.Lagipun dengar cerita, tiada paksaan untuk rakyat buka akaun emel ni. Lagi la orang tak buka…

Yang wajib pun orang tak buat, apatah lagi yang sukarela macam ni..

Saya Pakai gmail jela… sampai sekarang emel tu tak penuh2 lagi. Baru je guna hampir 1gb daripada 7gb quota penggunaan..

Kita tengok jela apa yang akan terjadi kepada projek ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comment 1

  1. titan May 11, 2011

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.