Star2u adalah eksploitasi artis?

Baru baru ini saya ada lihat dalam Melodi pelancaran Star2u iaitu kumpulan bagi membantu artis dalam perniagaan UPtrend. Bagi saya ia seolah olah ingin mengunakan nama nama artis untuk melariskan perniagaan uptrend. Saya juga merupakan pembaca tetap blog Ustaz Zaharuddin.

Malah ustaz Zaharuddin telah membincangkan tentang hukum Uptrend ini di blog beliau. Terlalu perkara yang meragukan dan ada yang menjurus kepada perkara haram dalam perniagaan mereka. Anda boleh membaca artikel dari Ustaz Zaharuddin di http://www.zaharuddin.net/content/view/567/95/.

Saya ambil sedikit artikel beliau:

Bagus, tapi masalahnya, contoh di atas menunjukkan ada ahli yang bertindak seperti pencari ‘kepala’ atau ‘head hunting’ dan bukan menjual produk. Benar, kesilapan seorang tidak boleh dikenakan kepada seluruh skim. Masalahnya, bukan seorang tapi cukup ramai yang sebegini, terlalu banyak laporan yang saya terima demikian, menyebabkan sekali imbas, saya merasakan ini adalah skim cepat kaya kerana mencari kepala tanpa mengendahkan produk. Justeru, adakah info di web uptrend ini benar-benar di fahami oleh ahli mereka ??

Persoalannya adakah artis berkenaan faham tentang perniagaan tersebut? Lihat komen artis dalam Melodi, rata rata mereka sokong sebab penaungnya seorang terkenal dalam dunia hiburan.Rasanya mereka tak faham bagaimana Uptrend beroperasi. Memang Uptrend melahirkan 2 orang jutawan dari kalangan artis. Tapi berapa ramai yang jadi mangsa kerana termakan pujukan konsep “head hunting” ini.

Malah menurut fatwa ulamak Indonesia,

Menurut majlis fatwa Indonesia, barangan yang dijual dengan harga jauh melebihi harga pasaran adalah haram. Sila buka fatwa mereka di sini.

Ustaz Zaharuddin berkata;

Menurut seorang rakan dan pensyarah yang mempunyai PhD dalam Shariah dan undang-undang serta merupakan pakar kewangan Islam di Malaysia dan antarabangsa yang berkaliber. Produk-produk yang tidak mempunyai nilai yang benar-benar diperlukan ketika dibeli adalah sebenarnya palsu sahaja. Ia dinamakan ‘conduit’ atau pemangkin untuk mengabui mata orang ramai dan penguasa tentang sifat piramid skim mereka. Lalu beliau berpendapat ia haram. Hal ini tetap terjadi walaupun syarikat tersebut mempunyai produk, ia terjadi apabila pengempen menggunakan ayat seperti yang digambarkan di atas iaitu :

“kita sekarang bukan jual produk, kita jual peluang. Mudah dapat downline, sebab orang tahu ini lubuk duit.”

Saya berharap artis dalam mengkaji terlebih dahulu. Ini adalah kerana hasilnya nanti akan dimakan kepada anak dan isteri. Sanggupkan berikan mereka hasil yang haram? Orang ternama tak semestinya betul. Malah Pengurus Wall Street, Bernie Madoff kini didakwa kerana menganjurkan skim cepat kaya di Wall Street iaitu pasaran saham terbesar di dunia.Beliau dah kapur  USD50 Billion. Ini kan pula di Malaysia yang kecil aje ni.

Jangan pulak terjadi “harapkan pagar, pagar makan padi”.

Matlamat untuk membantu artis adalah tindakan yang bagus. Tapi dengan MLM adalah suatu yang perlu dinilai kembali. Terdapat banyak lagi perniagaan lain. Takpun bantu artis melariskan jualan album,filem atau karya mereka. Jika nak MLM jugak, cari MLM yang patuh syariah kerana ia dipantau oleh ahli agama atau panel syariah yang bertauliah. Ini akan memastikan perniagaan tersebut halal dan jugak tidak meragukan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comment 1

  1. Thinkerich January 5, 2009

Leave a Reply

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.