Sumpah Laknat Semakin Menjadi Jadi

Sejak akhir akhir ni pengunaan sumpah laknak semakin menjadi jadi..Bermula dengan Mohd Saiful bagi kes liwatnya dengan Anuar Ibrahim. Kemudiannya Najib pun sumpah dia tak kenal Altantuya dan terbaru Tajol Rosli pun sumpah dia tak buat sebarang konspirasi bagi menjatuhkan kerajaan perak.

Sumpah ni seolah olah menjadi alat politik pulak sekarang sedangkan ia sangat merbahaya kerana mereka yang bersumpah akan dilaknat seluruh keturunannya sehingga kiamat. Di zaman nabi ia digunakan untuk menyelesaikan masalah. Kini ia digunakan untuk berkempen & dipolitikkan.

Adakah Anuar Ibrahim akan kalah di Permatang Pauh? Tak jugak rasanya. Ia merupakan kubu kuat PKR. Kes liwat sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada pengundi atas pagar. Bagi saya Pilihanraya kecil Permatang Pauh memang sengit, tapi ia kurang cukup untuk memecahkan kubu kuat PKR tu.

Namun, mungkin jugak PKR akan kalah di Permatang Pauh sebabnya sebab kekalahan besar BN pada PRU 12 disebabkan rasa tidak puas hati orang BN sendiri. Mereka nak menghukum pemimpin BN yang terbuai & rasa selamat dengan kuasa yang ada.

Apa yang akan berlaku, kita lihat sahajalah esok apabila Pilihanraya kecil permatang pauh dilangsungkan. Harap tiada trajedi yang tidak diingini berlaku seperti rusuhan, belasah membelasah,kena ketuk FRU dan sebagainya berlaku. Harap pilihanraya berlaku dengan aman dan adil. Orang tak marah bila ia dilaksanakan dengan telus tanpa rasa ragu ragu orang ramai.

Calon BN yang menentang Anuar Ibrahim di Permatang Pauh jugak tidak hebatnya iaitu Arif Shah. Memang cekap berbahasa cina iaitu kantonis & mandarin.Beliau dikatakan 13 tahun di sekolah cina. Susah nak jumpa pemimpin yang boleh bercakap dalam pelbagai bahasa macam tu.  Tak sabar nak tahu keputusan pilihan raya esok.

Bersama kita doakan pilihanraya berjalan lancar dan aman. Tiada insiden yang memilukan pihak yang terlibat. Menang dan kalah adalah adat pilihanraya. Diharap semua dapat menerima keputusan dengan rasional dan akal yang waras.

Kita dah nak sambung Kemerdekaan yang ke 51. Tinggal beberapa hari je lagi. Puasa pun dah dekat. Harap semua dapat bersatu, bukan berpecah belah menjadi orang BN,Orang BA. Adalah lebih baik menjadi Rakyat Malaysia!

Selamat Menyambut Kemerdekaan yang ke 51.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comment 1

  1. azhar_am April 30, 2011

Leave a Reply

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.