Tiga (3) Koperasi Skim Cepat Kaya Diserbu

Lagi tentang skim cepat kaya. Kali ini dalam bentuk koperasi. Dalam Utusan hari ini, 3 koperasi iaitu KOTAQWA,KUMB dan BIRR. Rasanya ramai juga yang terkena kali ni kerana jumlah pelaburan daripada koperasi berkenaan berjumlah lebih dari RM80 juta. Ni artikel utusan:

PUTRAJAYA 17 Dis. – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Bank Negara menyerbu secara serentak tiga buah koperasi masing-masing satu di Kelantan dan dua lagi di Kuala Lumpur semalam setelah dikenal pasti menjalankan kegiatan pelaburan bercirikan skim cepat kaya.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar berkata, tiga koperasi itu adalah Koperasi Taqwa Malaysia Berhad (KOTAQWA) yang berpusat di Kelantan serta Koperasi Usahawan Malaysia Berhad (KUMB) dan Koperasi Birr Berhad (Birr).

Menurutnya, ketiga-tiga koperasi yang beroperasi sejak 2006 itu mempunyai nilai pelaburan berjumlah kira-kira RM80 juta.

Serentak itu, kata beliau, akaun dan aset milik ketiga-tiga koperasi itu dibekukan untuk siasatan lanjut. – Utusan.

Peserta mereka adalah orang Melayu. Tak habis habis menyusahkan orang ramai untuk mengandung membuncitkan perut mereka. Ahli mengharapkan koperasi berkenaan menjalankan perniagaan dengan jujur. Akhirnya harapkan pagar, pagar makan padi.

Harap kerajaan akan terus membanteras skim cepat kaya yang mengunakan pelbagai topeng seperti MLM, Koperasi, ICT dan sebagainya. Ia menjadikan kita semakin miskin. Aset mereka dibekukan. Pasti duit pelabur tidak dapat la. Ada juga yang mengunakan agama untuk menarik minat pelabur.

Mereka sanggup mengunakan agama semata mata untuk menarik pelabur. Mereka hanya fikir senang kat dunia je kot. memang lahanat betul la. Jika anda meragukan tentang operasi koperasi atau syarikat tentu terutama yang mengambil wang anda dan menawarkan pulangan pada jumlah tertentu. Laporkan pada polis, KDNHEP atau pihak yang berkenaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • I usahawan global berhad penipu
  • iugb malaysia
  • koperasi iugb
  • iugb melaka
  • skim cepat kaya 2016
  • iugb penipu
  • i usahawan global berhad(iugb)
  • pelaburan iugb
  • i usahawan global melaka
  • 1 usahawan global berhad

Comments 5

  1. lord March 31, 2010
  2. lord March 31, 2010
  3. Izwan Robotys March 31, 2010
  4. Lord May 7, 2010
  5. Lord May 19, 2010

Leave a Reply

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.