Tun Dr.Mahathir dah jadi Blogger, Pak Lah Bila lagi?


Saya baru sahaja melawat blog Tun Dr.Mahathir, salah seorang tokoh yang saya hormati. Beliau juga membenarkan pembincangan dan kritikan secara terbuka. Sebenarnya dengan cara itulah kita dapat respon tentang segala yang berlaku. Blog tersebut mengunakan sistem Blogger, bukan wordpress. Satu pilihan yang bagus juga sebab Blogger boleh serap traffik yang mungkin beribu orang sehari.

Walaupun baru 2 post, ia adalah satu perkembangan yang bagus kerana tentu Tun tak sempat nak menulis artikel secara kerap kerana jadualnya yang padat. Saya lihat dah lebih dari 700 komen pada artikel yang membincangkan kerajaan yang lemah tidak bagus untuk negara majmuk seperti malaysia. Kita memerlukan negara yang kuat baru la dapat mengatasi masalah semua bangsa.

Isu pertama yang Tun tulis adalah berkenaan pelantikan Hakim yang dipengaruhi oleh sesetengah pihak. Saya bukan tahu tentang benda ni. jadi tak nak komen apa apa la.

Blogging akan menjadi satu trend baru kepada rakyat malaysia. Ramai orang akan mempunyai blog nanti. Malah pembeli ebook Panduan Raja Adsense pun diajar untuk membina blog mereka sendiri dan membuat duit dengannya. Perlu diingat, blog bukan hanya tentang politik. Banyak lagi perkara yang boleh dibincangkan di blog.

Saya menulis blog sejak tahun 2004. Jadi dah 4 tahun dalam dunia blogging sehinggakan saya tak selesa jika tidak menulis lama. Saya perlu tulis dan luahkan apa yang berada di fikiran saya. Macam release tension jugak la. Mungkin itulah cara blogger meluahkan perasaan. Saya seronok berblog, saya tak rasa terbeban untuk menulis.

Dengan berblog juga dapat meningkat kemahiran anda menulis,menganalisis dan jugak meluahkan pendapat. Jika anda blogging dalam bahasa inggeris, ia dapat meningkatkan kemahiran bahasa inggeris anda. Tak pe english tungang terbalik pun. Saya pun masih tunggang terbalik jugak. Tapi improve la dari masa ke semasa dengan membaca.

Tak kisah samada blog merapu pun. Seeloknya biarlah ia berinformasi. Itu yang akan menarik minat orang untuk membaca blog anda. Orang membaca kerana mahukan maklumat. Bahasa yang digunakan pun, biarlah santai je. Tak perlu ayat skema pape. Tulis seolah olah anda bercakap. Tu je. 🙂

Selamat Blogging buat Tun Dr.Mahathir.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 4

  1. komenbook.com May 8, 2008
  2. titan May 8, 2008
  3. mokbondo May 9, 2008
  4. AB June 2, 2008

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.