Adakah Anda Terdesak?


Adakah anda terdesak? Sebenarnya ia adalah salah satu tool untuk kita mengambil inisiatif untuk mengatasi masalah. Mungkin juga ada yang mengambil jalan mudah iaitu putus asa. Anda berada situasi satu; mengatasi masalah yang datang atau dua; mengalah dan menyalahkan takdir & orang lain?

Baru baru ni ada seorang customer saya, baru sahaja mendapat akaun adsense. 2 minggu lepas tu, beliau mengalah. Katanya tak dapat hasil langsung. Dalam buat duit dengan adsense, jika anda buat blog & berharap ada orang masuk  dan klik iklan adsense anda. Anda silap besar!

Itu bukan caranya.

Anda perlukan promosi yang berterusan jika ingin berjaya dalam Adsense.

Macamana nak promosi?

Banyak cara promosi di internet dan ianya bukan mudah. Anda tidak perlu tahu semuanya. Memadai jika 2,3 teknik dah memadai jika anda konsisten membuatnya.Ia tidak akan nerjaya jika anda tiada ilmu yang boleh menyuluh anda ke jalan yang betul.

Antara cara yang paling berkesan ialah mengunakan PPC selain Google Adwords seperti Yahoo Search Marketing atau MSN Adcenter. Ia dipanggil Adsense Arbitrage atau manipulasi PPC. Ia sangat berkesan sehingga ada yang boleh mendapat ratusan dollar sehari mengunakan kaedah ini dengan kos yang minimum. Ia adalah cara berbayar dan agak teknikal. Anda kena sedia duit la kalo nak guna kaedah ini.

Cara seterusnya ialah dengan cara percuma.

Cara lain yang boleh digunakan ialah mengunakan kaedah Video Marketing. Caranya ialah download video atau bina video yang menarik dan upload ke laman video sharing seperti Youtube, Google Video dan sebagainya. Kemudian selitkan link ke blog atau laman web adsense. Apa yang bestnya ialah ia adalah cara yang percuma tanpa perlu anda mengunakan sebarang modal untuk mengunakannya kaedah ini.

Cara kedua ialah dengan kaedah trackback. Anda boleh tulis blog anda dengan trackback ke blog popular yang mempunyai ramai pelawat. Saya pernah gunakan cara ini dengan trackback ke blog Tun Mahathir. Hasilnya ialah berpuluh puluh pelawat percuma daripada blog Tun Mahathir ke blog saya. Pastikan blog yang berkenaan membenarkan kaedah trackback.

Cara ketiga ialah kaedah komen mengomen. Ya. Anda komen blog orang pun boleh mendapat pelawat ke blog anda secara percuma. Selain itu ia juga membantu anda mendapat backlink ke laman blog anda. Enjin carian memang sukakan blog yang mempunyai banyak backlink yang berkualiti. Jadi komen sungguh sungguh ye.

Berkenaan dengan keadaan terdesak pulak. Bagaimana cara anda menyelesaikan masalah anda? Kita tengok macamana orang ni menyelesaikan masalah beliau.

Teknik Cari Teman

Teknik Cari Teman

Bagaimana teknik brader ni? Hebatkan! 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 2

  1. akuMi3 October 15, 2009
  2. sah90 March 5, 2010

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.