Baik Buruk Bekerja Dari Rumah


Orang ingat semuanya indah bekerja dari rumah. Sebenarnya ada juga baik buruknya kalau mereka yang bekerja daripada rumah ini. Mereka yang bekerja dari rumah pasti akan mengalami perkara ini. Komfirm.

Kebaikan

  1. Ada kebebasan. Tiada bos marah. Boleh buat apa sahaja. Nak kahwin cuti, cuti je. Nak melancong – pergi sahaja. Anda juga tak perlu menhadapi karenah politik pejabat.
  2. Masa bekerja fleksibel. Anda boleh mengaturkan masa anda mengikut kemahuan anda. Nak keje siang atau malam. Terpulang kepada anda. Asalkan kerja siap dah la.
  3. Anda boleh simpan semua duit yang anda dapat… Yang ni syok ni. Hasil daripada bisnes anda, anda boleh simpan semuanya. Bayar kat diri sendiri jela. Tak perlu tunggu hujung bulan nak dapat gaji.
  4. Tak kena traffic jam. Bagi mereka yang tinggal di bandar besar. Inilah masalah yang mereka hadapi hari hari. Skit2 jam.
  5. Duit harian.. Bagi mereka yang ada produk sendiri. Pastinya ialah tengok duit masuk ke akaun anda setiap hari. Indahnya hidup bukan.. Tidur duit masuk…melancong duit masuk…dan apa sahajalah asalkan duit terus masuk…

Keburukan

  1. Tiada jaminan kewangan. Ya. Tiada jaminan kerja yang anda lakukan berjaya menghasilkan duit untu. Tapi nasib baiklah risikonya rendah.
  2. Masalah kesihatan. Sekali sekali anda perlu bersenam jugak. Kebanyakan IM tidur lewat malam sehinggakan badan tidak mendapat rehat yang cukup. Ada IM yang masuk wad akibat keletihan yang melampau. Bahaya betul.
  3. Susah nak  buat loan. Ya. Banyak betul karenahnya kalau anda nak buat loan dengan bank. Tak kira nak nak beli rumah, kereta ke apa. Banyak songeh skit bank ni. Walaupun anda ada income statement 4,5 angka setiap bulan. Loan tetap susah.  (uiks..macam ada pengalaman je. :P)
  4. Kesunyian. Bagi belum kawin lagi tu, kawin cepat cepat untuk mengatasi masalah ini. Kalau bujang, dok dalam bilik sorang sorang melayan lagu sambil buat kerja. Sunyi beb… Kalau ada isteri, anda juga benda yang boleh dibuat, bersembang dan bergurau senda.
  5. Motivasi dan fokus mudah padam. Ini masalah yang biasa bila dah terlalu lama bekerja daripada rumah. Makin lama motivasi anda semakin kurang. Begitu juga dengan fokus. Ia perlu direcharge secara berkala jika ingin meneruskan momentum. Ia juga boleh dipengaruhi dengan faktor luar seperti kata-kata orang sekitar yang cakap kamu mengangur sebab asyik di rumah sahaja.

Itulah antara kebaikan dan keburukan mereka yang bekerja di rumah. Anda mungkin akan mengalaminya jika bekerja daripada rumah. Sebab itulah ramai kini IM mula menyewa pejabat untuk mengatasi masalah masalah yang berlaku ini. Bekerja dari rumah sebenarnya tidak seindah yang disangka. Ada juga kelemahan-kelemahannya.

Ok…Anda bersedia untuk menghadapi cabaran ini?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • esei keburukan dan kebaikan bekerja secara online dari rumah
  • kebaikan dan keburujkan bekerja dari rumah
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 2

  1. titan May 11, 2011
  2. sham May 11, 2011

Leave a Reply

error: Content is protected !!