Just Do It atau Membabi Buta


Lama jugak saya tak update blog ni. Saya akan cuba untuk aktif kembali berblog ni. Ranking Alexa pun dah menurun banyak sebab kurang update. Terdapat beberapa sebab saya agak “hilang” dari dunia IM. Pertamanya sebab kesihatan yang tidak mengizinkan.

Keduanya serangan hacker yang mengambil alih laman laman web saya dan dijadikan laman web phising. Saya ingatkan google terus blacklist site saya. Tapi nampaknya, segalanya telah masuk dalam ranking balik. Alhamdulillah. Saya juga telah formatkan laptop saya menyebabkan saya kelam kabut mencari fail fail saya dalam external hardisk back up.Jenuh jugak nak susun balik bahan dan data yang berkenaan.

Ketiganya, screen laptop saya tetiba rosak menyebabkan saya tak boleh tengok apa yang ada discreen. Alhamduillah jugak, saya dah tukar kepada screen lcd baru semalam. Jika hantar ke kedai, diorang cakap at least sebulan baru siap. Jadi saya, beli spare part kat lelong.my dan tukar sendiri je.

Tak la sukar sangat nak tukar LCD screen laptop ni sebenarnya. Saya main hentam je. Nasib baik jadi. Fuh…

Ok. Balik kepada topik saya nak tulis hari ini.

Jangan membabi buta…

Bagi mereka yang ingin mula memulakan perniagaan internet. Jangan lah membabi buta memilih topik atau niche. Contohnya anda menulis ebook. Jangan membabi buta untuk menulis dan menjualnya tanpa membuat sebarang kajian permintaan.

Ini yang akan menimbulkan pelbagai jenis ebook yang syok sendiri. Akhirnya ia tidak terjual dan anda mengalami moral down dan beranggapan bahawa perniagaan internet adalah tipu semata mata.

Paling teruk ada yang menyalahkan “guru-guru” mereka diatas kegagalan mereka. Bukan senang untuk menjual di internet. Penjual dan pembeli tidak bersemuka. Apatah lagi untuk mendapat kepercayaan daripada pembeli.

Sebab itu adalah penting untuk membuat kajian. Biasakan diri dengan Google Keyword Tool.  Lagi satu ingatan ikhlas dari saya, jumlah carian yang banyak bukan bermakna ia boleh laris atau mempunyai permintaan. Yang penting ialah value atau nilai maklumat yang ingin anda jual.

Orang sanggup membayar berapa sahaja jika maklumat yang anda berikan itu bernilai. Sebab itulah sangat penting agar anda tidak gelojoh dalam meneroka sebarang niche yang anda di internet.

Saya pun seperti anda. Saya pernah mengalami kegagalan dan masih mengalami kegagalan dalam projek yang saya bangunkan. Saya menganggapnya sebagai satu proses pembelajaran yang cukup bermakna kepada saya. Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya.

Selamat maju jaya.!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 2

  1. hyprobulksms November 6, 2010
  2. sham November 8, 2010

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.