Masalah terbesar untuk mereka yang ingin memulakan perniagaan internet ialah sikap bertangguh-tangguh. Ini masalah besar! Saya sendiri tidak terkecuali apabila penyakit ini datang. Bisnes internet dari rumah memerlukan motivasi yang tinggi. Tanpa motivasi anda akan terus tenggelam dan mungkin patah semangat. Bekerja dari rumah sememangnya memerlukan sokongan dan motivasi yang tinggi.
Bagaimana untuk mengelakkan sikap bertangguh ini?
1. Mastermind Group
Cara memotivasikan diri dalam bidang bisnes internet adalah berjumpa dengan rakan rakan dalam bidang yang sama.Ramai IM Malaysia membentuk group Mastermind untuk “kick their butt” apabila mula malas. Dengan adanya kumpulan sebegini, ia akan terus memotivasikan anda untuk bekerja.
2. Isteri/Suami Yang Supportif
Ya. Isteri dan anak anak akan memotivasikan diri anda untuk bekerja. Jadikan mereka sebagai satu motivasi untuk terus berusaha untuk menambah pendapatan anda.
3. Tetapkan Matlamat
Anda tulis matlamat anda ditempat yang sering anda guna. Contohnya cermin,skrin komputer,pintu bilik dan sebagainya. Ia akan sentiasa mengingatkan diri anda bahawa matlamat masih belum tercapai. Jadi, Usaha dengan lebih kuat!
4. Dapatkan Partner
Apa yang dimaksudkan ialah bukan sleeping partner. Sebaliknya ia adalah rakan untuk anda bekerja bersama anda. Jadi boleh push, partner anda untuk bekerja dan menyiapkan kerja yang ditetapkan bersama.
5. Tempat Kerja yang Kondusif
Tempat kerja yang sesuai akan meningkatkan keberhasilan dan prestasi anda. Ia juga boleh mengelakkan daripada sebarang gangguan luar seperti televisyen dan sebagainya.
Jadi tiada alasan untuk anda bertangguh lagi selepas ini. Saya masih bekerja bersama dengan isteri saya. Kami mengusahakan perniagaan yang berlainan. Ok. Cukup la kot tips kali ini. Harap membantu anda untuk bermula dengan segera.
Fahmi Raazali
erm…. nak cari partner yg hobinya masa tu… cabaran gak tu… xde member aku yg dekat2 menceburi bidang blogging mahupun sebarang bisnes internet…