Usahawan Internet Wanita Semakin Bertambah


Tahun 2010, saya banyak memerhati perkembangan perniagaan internet kat Malaysia ni. JV offer pun tak banyak saya join. Tahun 2011, saya akan kembali aktif menghasilkan produk. Tahun ni saya banyak disebalik tabir dan berekperimentasi.

Saya akan kembali berkarya pada tahun 2011. Daripada pemerhatian saya sekali sekala di Wangcyber, beberapa IM Wanita mula mencipta nama dalam dunia perniagaan dan pemasaran di internet. Sebelum ini, kita hanya mengenali Luvlee, Catzer, Kak Galadriel dan beberapa IM lain. Sekarang beberapa IM Wanita baru yang berjaya muncul satu per satu.

Siapa kata wanita tak boleh berjaya kan?

Panduan Google Adsense Semakin Banyak & Meriah..

Panduan tentang Google Adsense juga semakin banyak. Panduan Raja Adsense adalah ebook Google Adsense yang pertama di Malaysia yang saya hasilkan pada tahun 2005 dan dijual pada tahun 2006.  Kini hampir 5 tahun ia berada dipasaran. Ia masih bertahan sehingga kini. 🙂 .

Kemudian muncul Jana Wang Adsense pada tahun 2009. Ia memberikan perpektif baru tentang niche marketing dalam Google Adsense. Saudara Munawar berjaya menambah semangat mereka yang ingin bergiat dalam Google Adsense. Ia merupakan produk yang sangat bagus.

Kemudian pada 2010, muncul Kod Adsense untuk meneruskan momentum perkembangan Google Adsense di Malaysia. Kali ini, ia ditulis oleh seorang wanita iaitu Nurul Aswani.

Malah ebook Teknik Amazon dalam review saya sebelum ini pun ditulis oleh seorang wanita iaitu Shifaa atau MR KUCING kat Wangcyber.

Pastinya dengan penglibatan semakin ramai wanita dalam bidang ini akan membuka lembaran baru dalam dunia pemasaran di Internet Malaysia. Terus terang…saya suka… I LIKE.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 3

  1. Kod Adsense Nurul Aswani December 26, 2010
  2. sham December 27, 2010
  3. Kod Adsense Nurul Aswani January 5, 2011

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.