Dividen dan Bonus Tabung Haji 2014

Berita baik buat mereka yang menabung di dalam Tabung Haji. Dividen dan bonus telah diumumkan dan ianya tertinggi setakat ini.

Kuala Lumpur: Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan bonus bagi tahun kewangan 2014 sebanyak 6.25 peratus sebagai bonus tahunan dan tambahan bonus haji sebanyak dua peratus.

Pembayaran kedua-dua bonus itu berjumlah RM3.2 bilion, meningkat 23 peratus berbanding 2013.

Ini adalah pembayaran bonus tertinggi sejak penubuhan TH.

Ia berjaya dibuat kerana TH buat julung kalinya mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM3.3 bilion selepas pembayaran zakat.

Ia adalah peningkatan 24 peratus berbanding RM2.6 bilion yang dicatatkan pada 2013.

Jadi keseluruhan yang diperoleh oleh penabung TH adalah sebanyak 8.25 sen iaitu 6.25 sen dividen dan 2 sen bonus. Yang paling best tentang simpanan di Tabung Haji, ianya bersih kerana Zakat telah pun ditunaikan TH bagi pihak peyimpan TH.

Sekarang pulangan di Tabung Haji sudah lebih kurang sama dengan Amanah Saham Bumiputera (ASB). Jadi tingkatkan tabungan dan simpanan anda.

2014

  • Bonus : 6.25%
  • Bonus haji: 2.0%

2013

  • Bonus: 6.0%
  • Bonus haji: 2.0%

Purata bonus TH dari 1966 – 2014: 6.62%

Keuntungan TH kali ini adalah tertinggi dalam sejarah penubuhan Tabung Haji sejak 51 tahun. Berikut adalah video pengumuman Bonus dan Dividen Tabung Haji.

Video Ihsan: Berita Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • dividen tabung haji 2015
  • dividen tabung haji 2014
  • bonus tabung haji 2015
  • dividen simpanan tabung haji
  • dividen tabung haji
  • tabung haji dividen 2015
  • SEJARAH DIVIDEN TH
  • www amanah saham vs tabung haji com
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Leave a Reply

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.