Ketika saya ke RHB Bank untuk clearkan cek Clickbank. Pengawai bank ada terangkan skim Pinjaman Pelaburan ASB kepada saya. Saya telah ambil kertas tersebut dan buat sedikit pengiraan terhadap tawaran yang mereka buat. Kepada mereka yang berminat untuk membuat pinjaman ASB. Saya harap anda boleh menilai dulu kajian kes yang saya buat ini.
Saya sokong pelaburan sebegini kerana ia dijamin oleh kerajaan dan juga dilakukan oleh pihak yang berautoriti tentang pelaburan. Elakkan daripada pelaburan internet dan juga pelaburan yang tidak diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia. Sekarang terlalu banyak pelaburan yang menipu wang orang ramai antaranya pelaburan internet, cacing dan banyak lagi.
Ini adalah kadar yang ditawarkan oleh RHB Bank. Saya dapati ia agak menarik dan menguntungkan. Saya telah membuat pengiraan pulangan dalam masa 20 tahun dan juga berdasarkan pinjaman yang dilakukan. Tawaran untuk membayar hanya interest dalam masa 3 tahun juga nampak agak menarik dan menguntungkan.
Ini adalah keuntungan bagi 3 tahun pertama jika dianggap dividen ASB adalah 7% setahun.
Keuntungan 3 Tahun
Keuntungan yang diperolehi setelah ditolak ansuran bulanan selama 3 tahun dan dividen ASB selama 3 tahun. Keuntungan yang diperoleh anda boleh lihat pada ruangan untung.
Bagi pendapatan yang diperoleh dalam masa 20 tahun iaitu kadar maksimum pembayaran pinjaman ini pula adalah seperti dibawah:
Dengan pinjaman RM30,000 dan dibayar selama 20 tahun, wang anda akan berganda lebih 3 kali ganda iaitu RM116,090.53. Anda boleh lihat jadual diatas. Baris yang dihighlight dengan warna kuning adalah tahun yang ditawarkan oleh RHB Bank kepada mereka yang membuat pinjaman ASB dengan mereka.
Berapa pulak yang perlu kita bayar? Jangan risau. Saya pun telah membuat pengiraan juga tentang jumlah sebenar yang perlu anda bayar dalam masa 20 tahun. Anda boleh rujuk rajah dibawah:
Daripada semua jadual diatas kita boleh rumuskan:
Pinjaman RM30,000 dan dibayar selama 20 Tahun:
Pinjaman yang perlu dibayar: RM47,424.00
Jumlah Akhir ASB: RM116,090.53
Keuntungan : RM68666.53
Jadi anda boleh tengok sekarang berapakah keuntungan yang akan diperolehi dalam masa 20 tahun akan datang dengan pinjaman RM30,000 sekarang ni. Ia hampir 3 kali ganda daripada pelaburan yang anda buat dengan kuasa ” compound of interest”. Lagi awal anda melabur, lebih banyak keuntungan yang akan anda perolehi. Jumlah pengiraan ini tidak termasuk bonus. Ia adalah berdasarkan dividen semata mata.
Biarpun ia lambat. Keuntungan yang bakal anda perolehi adalah dijamin. Jangan sesekali terpengaruh untuk melabur didalam apa apa skim pelaburan yang menjanjikan pulangan tetap dan tinggi dalam masa yang singkat. Ia berkemungkinan adalah satu penipuan. Ia telah banyak kali terjadi. Jangan mengikuti langkah mereka yang pernah tertipu. Jadikan apa yang berlaku kepada mereka yang terkena dengan penipuan dengan pelaburan sebagai teladan kepada kita.
Jika mereka yang tertanya tanya samada pinjaman ASB menguntungan siapa? Bank atau kita.. dalam kes pinjaman RHB Bank ini. Kita yang untung!
Saya akan buat satu lagi kajian kes berkenaan pinjaman ASB Maybank pulak selepas ini. Saya dah pun mendapatkan kertas penerangan tentang ASB Loan dari Maybank ni. Adakah ia menguntungkan peminjam atau menguntungan bank? Tunggu dalam post yang akan datang ye.
p/s: Anda boleh rujuk perbincangan yang agak panjang tetang pelaburan ASB di Pakdi.my. Saya bukan pakar kewangan, tulisan yang dibuat adalah berdasarkan pemahaman saya sahaja & tidak boleh dijadikan nasihat kewangan. Terdapat banyak pro & contra tentang pinjaman ASB.
Comments
Powered by Facebook Comments










{ 84 comments… read them below or add one }
← Previous Comments
Hmmm..ramai yg xtahu konsep islamic n convensional loan..dia bkn pd nama je..tp cara dia n konsep yg dia pkai..sy nk explain pn memg panjang..nk sy cita kan contact sy :
0133614426
shahril_arel85@yahoo.com
khidmat yg percuma, jgn malu2 jika nk tahu..
Cepat2 jangan tunggu lagi terjamin .. ada cara lagi masyukkk. Dengan beli emas..pajak di arrahnu, kemudian buat loan. bayar loan dengan duit emas. lagi berganda2 keuntungan anda. tapi jangan lupa bayar zakat. salam al-fallah.
betul…banyak cara untuk manipulasi teknik kewangan. Cuma kena buat analisis skit. Sekarang harga emas dah mencecah RM1700 untuk 10g. Masa tsunami kat jepun, harga emas sekitar RM1400++. Semakin naik sekarang ni. Pelaburan emas dan perak adalah pelaburan terbaik. Malah disarankan oleh Rasulullah.
hmm…sy br je terjebak dgn asb.br dua kali wat payment.masa promotion kena byr sebulan rm450.tp bila kuar srt byrn rm499 plk…kat situ dh x sdp hati…kuar pulak dlm paper majlis fatwa kata asb haram…aaarghh!!!!! nk tutup kena penalti 3% aaarrghh…! bila mntk nasihat bank halal haram atas niat.BODOH!!!! mana ada org mnm arak niat buat baik arak tu jadi halal…aaarrrgh!!! ssiapa yang belum terlibat ngan loan asb pk2 kn la….
to anis, bagi saya apa yang menyebabkan ASB tu haram adalah dari mana sumber wang anda dapat untuk melabur, itu la yang menjadi status ASB tu haram / tidak, bila kita yakin wang tersebut bukan dari sumber haram, selebihnya berserah pada Allah, adalah lebih baik anda teruskan kalau dah rumit bila nak behenti ASB ni. Anda kena buat banyak research sendiri. Tak boleh bergantung pada satu2 pihak shj.
Salam sdr. sham,,,,
Actually apa yg sdr explain tu mmg betul dr segi Matematik tapi salah dari segi ekonomi… sbb tu lah pakar2 ekonomi telah berpesan melalui ” the golden rule of investment” … jangan sesekali membuat pinjaman bagi melabur….
1st- kita kena masukkan kadar inflasi dalam setiap pelaburan – RM60k pulangan mungkin agak besar pada tahun 2011, tetapi cuba fikirkan brp nilai RM60K pada tahun 2031 . Mungkin nilainya hanya RM10k pada masa kini. Jadi berbaloi tak kita menunggu 20 thn utk dpt nilai tersebut.
2nd- Dgn menyimpan duit sendiri secara sistematik, xkira didalam ASB mahupn Unit trust, Cthnya – RM500 sebulan….menjadi RM6000 setahun x nilai faedah (8.75%)
dan kita mendapat keuntungan yang mutlak sebanyak RM525 tanpa perlu membayar kadar faedah kepada mana institusi kewangan spt RHB mahupn Maybank.Dgn menyimpan secara sistematik, sdr akan mendapat jumlah pulangan melebihi RM60K kurang dari 10thn berbanding 20 tahun spt yg sdr cadangkn .
3rd – Saya ambik contoh dr Jadual sdr…. utk pinjaman RM60K sdr. perlu bayar secara paksaan RM747 sebulan bagi tempoh 11tahun untuk mendapatkan jumlah pulangan RM60K+%kadar faedah 1thn . Sekiranya Kadar Pinjaman Asas “BLR” melebihi kadar faedah pulangan maka sdr akan mengalami kerugian…. Sepanjang tempoh 2006~2010(refer website PNB), Kadar dividen + bonus ASB tidak pernah melebihi 9%… manakala kadar BLR(refer website Bank Negara) kini meningkat dari 2006~2011 (jun)….. pada 2006 ia sekitar 4.85% dan kini pada jun 2011 ia telah mencecah 6.54%…. Margin keuntungan sdr. ketika ini berada pada 2.46% setahun…. tapi ini tak bermakna ia akan BLR tidak akan meningkat…. apa akan terjadi dgn margin keuntungan sdr?????
4th- simple calculation “please bare in mind”, jika kadar inflasi semakin meningkat = nilai RM semakin mengecil… Jika pertumbuhan dalam negara semakin berkembang pesat = nilai BLR akan terus meningkat…. What will happen to your money in the next 20 yrs? Adakah sdr mahu terus rugi????
Saya tulis memang berdasarkan pengiraan matematik sahaja. Kes sebenar mengikut keadaan semasa, ekonomi,inflasi dan juga polisi kerajaan sebagai pengawal badang pelaburan untuk ASB. Memang golden rules of investment, jangan buat loan untuk pelaburan. Tapi ada pro and cons jugak, bagi sesetengah pelaburan memerlukan pinjaman.Contohnya terbaik dalam pelaburan hartanah.. Beli masa murah & jual apabila harga dah meningkat. Ia memerlukan pinjaman.
Kalau ikut Robert T Kurosaki, pinjaman ada 2 jenis iaitu hutang baik dan juga hutang jahat. Yang baik ialah boleh membawa pulangan dan hutang jahat yang menjadi liabiliti kepada kewangan individu.
Dalam kes ASB, lebih baik gunakan duit sendiri secara konsisten dimasukkan ke dalam akaun ASB. Pulangan lebih tinggi dan tidak dikenakan interest oleh bank.Ianya untung bersih. Jika boleh buat autodebit lagi bagus untuk ASB. Berbeza dengan kaedah pinjaman yang akan dikenakan interest dan ianya berubah mengikut kadar yang ditetapkan oleh bank negara.
Samada untuk buat pinjaman atau tidak, ia terpulang kepada individu sebab ia mempunyai risiko tertentu seperti peningkatan interest,inflasi dan sebagainya. Kadar keuntungan yang ditetapkan PNB bagi ASB juga tidak tetap dan bergantung kepada keuntungan yang mereka perolehi. Dalam jadual, saya guna anggaran purata sahaja.
Kalau ditanya samada buat loan atau tidak? Better guna duit sendiri kalau mampu untuk konsisten menyimpan. Sebab jika sebut pinjaman sahaja, pastinya yang untung adalah bank.
Aku ni bukan pakar kewangan…aku cuma nak bagi pendapat sikit, apa yang sdr fahmi cakap tu betul “elok melabur asb guna duit sendiri”, itu kalau ada duit sendiri la…so kalau x dak apa salahnya hutang ‘loan ASB’, walaupun 20thn hanya dpt RM200,000 yg dah susut nilai, klu x buat, apa pun x dpt..btul x…klu korang kira-kira betul2 selama 20thn tu sebenarnya korang x byr apa-apa pun, cuma tahun pertama sahaja…caranya ialah guna kembali dividen yg dpt tu untuk byr loan, jd x keluar apa2 pun (cuma 1thn sahaja)…berbeza dgn pakai duit sendiri, klu simpan ada, klu x simpan x dak…pasal kadar berubah ‘interest’ tu x dak masalah amik yg fixed…so dah bleh bajet setiap bulan…so anda bleh pilih la yg mana terbaik….1. simpan duit sendiri selama mana yg anda mampu atau 2. buat loan ASB, byr 1 thn saja lps tu roling duit dividen…klu aku la aku pilih yg kedua la sbb aku x dak duit nk simpan selama 20thn tu…at least ada la jgk 200k utk 20thn akan dtg…dgn modal sthn saja…pk2 kan lah yer
Ini kelebihan loan ASB pulak. Lagi satu sekarang ada 2 kaedah loan ASB, iaitu konvensional dan juga Islamik. Maybank menawarkan islamik. RHB hanya konvensional je jika tak silap saya sekarang ni. Bagi mereka yang mempunyai pendapatan yang kukuh tetapi kurang bersemangat nak menyimpan, boleh ambik loan. Sebab ia akan “lebih” bersemangat sebab kena bayar.
Bagi pendapatan kurang stabil tu, saya tak galakkan sebab jika tak mampu bayar. Silap hari bulan boleh kena blacklist.Ini lagi susah..Ini yang jadi isu besar ni.Bila pendapatan kurang stabil,dengan komitmen kena bayar loan.Mereka akan terasa terbeban. Jadi kena sediakan pelan, sebaik mungkin agar tidak membebankan diri untuk membayar loan.
Ya. Bila sebut loan, memang bank yang akan untung. Tapi tidak bermakna kita rugi. Ada juga yang untungnya. Ia akan jadi rugi kalau tetiba PNB bayar deviden kurang dari 5%. Setakat puratanya 7% ke atas. Ada lagi yang untung peminjam loan ASB. Lagipun ASB adalah terbuka kepada bumiputra sahaja. Takde sangat persaingan. kalau terbuka rasanya bangsa cina akan berebut beli ASB ni.
Yang penting, ukur baju dibadan sendiri. Kalau mampu untuk membayar komitmen loan ASB, teruskan. Jika tidak, simpan skit-skit dalam ASB. Jangan sampai terjerat dengan hutang.
Salam…
Saya amat setuju dgn statement sdr. shidi bahawa option 2 yg sdr nyatakan mmg menguntungkan…sbb bayar secara paksa untuk thn pertama then gunakan dividen utk buat payment utk tahun2 yang berikut nya… tapi kita kena selalu igt, dlm setiap investment tentunya ada risk… oleh itu kita kena calculate risk jugak sblm melabur…
cth;
1. kita pinjam RM100k utk ASB loan & kadar dividen ASB maintain di atas paras 6~9% sehingga 20 tahun akan datang then Alhamdulillah kita x akan menghadapi apa2 masalah bayaran bulanan sbb kita bleh guna dividen bagi buat bayaran utk tahun2 berikutnya . Jika dividen ASB jatuh di bawah kadar 6% setahun then kita terpaksa guna duit poket sendiri bg membayar installment bulanan tersebut.
2.(Minta maaf) Nauzubillah minta di jauhkan, jika kita mati atau hilang upaya kekal then kita tak perlu bayar lagi installment sbb dh di insurankan tetapi jika kita kehilangan kerja atau hilang mata pencarian atau separa cacat, kita masih lagi perlu membayar installment bulanan (jika dividen dibawah paras 6%). Jika kita gagal membuat bayaran bulanan then kita akan didenda 1% untk lapse penalti.
3. Jika kadar BLR melebihi kadar dividen ASB, then jumlah tahun pinjaman akan dilanjutkan… contohnya, 100k kita kena bayar ansuran selama 25tahun… oleh kerana BLR melebihi dividen ASB untuk sesuatu jangka masa tertentu… jadi tempoh bayaran sdr. akan dilanjutkn dari 25 ke 30thn.
4. Liquidity- kita kena tunggu smpai 20tahun akan datang untuk tempoh matang loan berkenaan bagi menikmati saving yg kita buat pada hari ini. Sedangkan matlamat utama saving adalah untuk menampung keperluan kita di saat kita amat memerlukan duit. Jika apa2 musibah yg memerlukan RM$$$$, kita terpaksa mencari alternatif lain sedangkan matlamat menyimpan adalah untuk menolong kita di saat kita kecemasan & amat2 memerlukan RM$$$$….
cuba kita renung2kan sejenak… jika kita fikir ada byk lagi risiko yg boleh kita calculate seblm membuat pinjaman bagi tujuan melabur.
cuba bandingkan untuk loan period dgn simpanan konsisten selama loan period itu.
BLR berubah-rubah pun kena ambil kira.
nak tanya kalau sy wat dalam masa 25 taun,tapi katakanlah sy nak berhenti selepas 3 taun,bila saya akan dapat duit yang setakat sy simpan slama 3 taun?
salam…
sy ingin bertanye….sekiranya mmbuat pinjaman dgn tempoh yg singkat adakah adakah itu lebih menguntungkn dn kurang resikonya…. let say 50k untk 5 tahun…
Pinjaman lebih singkat, lebih rendah interestnya dan lebih rendah risikonya.
salam..sy x de pengalaman langsung pasal pelaburan asb ni..umur sy baru 22tahun .tp sy berminat nk melabur cuma x taw cara mane paling selamat…tujuan utama sy adalah untuk pbelanjaan kwen dan selebihnya untuk mase dpn..sy cadang nk amk 30ribu untuk 25 tahun..adakah ia untung ataupon rugi??dan ckup 5 tahun sy nk ambil dividen untuk belanja kawen..adakah ia wajar??ataupun x payah usik langsung dividen??bagaimana pula dgn BLR??sy kurang fhm dgn apa itu istilah BLR..boleh tlg jelas kn??adakah BLR boleh membuatkn kite rugi sbb ia meningkat stiap tahun??pada pendapat anda yg arif,bank manakah yg patut sy pilih???dan adakah bank menawarkn kadar faedah fixed rates??sy harap anda dpt membantu sy..terima kasih..
salam..saya nak tanya…mcm saya ni ade buat asb..tapi skarang saya x mampu da nak byr..so,bank da bagi msg yg saya akan di blacklist kan..so,macam mana ye..saya memang betol2 x mampu nak teruskan lagi..boleh x saya bukak akaun bank lain?maksudnya kalau saya bukak akaun bank lain,kena tolak x duit simpanan saya nanti?mintak tolong jasa baik balas dekat emel saya ye
hagu ke bank dan berbincang dengan bank. Cari penyelesaian terbaik seperti kurangkan jumlah bayaran bulanan dan lanjutkan tempoh bayaran. Ia boleh dibincang. Bank nak duit mereka balik je. Kadang2 mereka boleh mempertimbangkannya.
salam semua nak tanye..tgk skunk nie makin ramai yg membuat loan asb..ade gak yg wat simpan pd unit trust.let say public bank la.boleh sy tahu mane yg lagi ok dan stabil untuk dah selamat untuk jangka masa panjang..sebb kita semua tahu ekonmi tak menentu dan automatik kadar BLR tak stabill.. .harap2 otai2 dapat memberikan penjelasan..thanxxx
Salam tn. tanah,
Saya ada pengalaman dengan ASB ni sejak tahun 2004, saya mula2 meminjam untuk pelaburan sebanyak RM20k je.. sebab masa tu mampu bayar sebulan dalam 151 sebulan selama 15 tahun..
Apa yg saya buat adalah saya modalkan bayar untuk tempoh setahun je selepas tu saya bayar tahun berikutnya guna dividen yg dperolehi.. so far masih ada baki dari dividen tu untuk bayar setahun pinjaman tu.
Masuk tahun 2009 saya telah terminate akaun pinjaman tu sebab saya nak tambah pelaburan baru sebanyak RM50k atas sebab masa tu ada offer (BLR – 3.0)
Apa yang berlaku dengan pelaburan saya selama ini dengan pinjaman 30 K tu adalah bank telah memulangkan semula baki bayaran bulanan yang saya buat sebelum ini setelah menolak berapa baki pnjaman yang tinggal.. dan baki yang di pulangkan tu saya telah gunakan untuk bayar setahun pinjaman 50K.
Kiranya sampai sekarang saya tak keluarkan duit sesen poh untuk bayar pinjaman tu.. dengan kaedah bayaran dibuat guna Dividen.
Jangan risau andai suatu hari kita tidak mampu untuk membayar balik pinjaman tu.. kita boleh ke Bank untuk terminate pinjaman tu.. dan SIJIL ASB akan ditebus semula.. dan sekiranya ada baki pinjaman akan dipulang semula kepada kita..
Yang penting takda rugi pon.. Terserah pada individu.. macam saya memang susah nak komitment simpan duit bulanan.. dengan cara pinjaman macam ni.. baru ada komitment untuk bayar..
Itu pengalaman saya..
SANGAT SETUJU dengan saudara “Fahmi”….
“jangan sesekali membuat pinjaman untuk melabur”
buktinyer,.. kita tgk sifir mudah matematik…
KAEDAH 1…
Pinjaman “30,000″ bagi tempoh 20 TAHUN
Jumlah Bayaran RM 47,424.00
Jumlah akhir ASB RM 116,090.53
Keuntungan RM 68,666.53
Hakikatnya,…
RM 116,090.53 Baki akhir ASB jika tiada pengeluaran Dividen
(Klau tiap2 tahun keluar dividen utk rolling ansuran,
jwpnnya baki akhir tetap RM30,000 wlaupun stelah 20 tahun)
klau boleh maintain byar RM116 bg 3 thun pertama
& RM212 bg 17 thun berikutnya.. dan juga
tidak membuat pengeluaran Dividen setiap tahun..
klau camtu, lebih baik…
KAEDAH 2…
simpan tetap RM116 bg 3 thun pertama
& RM212 bg 17 thun berikutnya..
dan jika tidak membuat pengeluaran Dividen… baki terakhir ASB adalah RM99,075.21
(keuntungan berdasarkan pulangan minimum 7% setahun)
so, mana yg untung…???
RM 99,075.21 @ RM 68,666.53 …..???
hakikatnya,..
RM116.090.53 = RM 68,666.53 (keuntungan kamu) + RM 47,424.00 (keuntungan bank)…
cuba lihat >>http://www.bicarajutawan.com/forum/t180/
Ini pro and cons tentang pinjaman ASB. Terima kasih tuan calculate.
untg wat lasb..mcm2 teknik ade,,tuan2 dan puan2 leh rujuk kat web carigold…saving investment….n klik himpunan teknik lasb dr ikeda,,
mr/mrs calculate,
Untung 30ribu selepas 20 tahun tu tanpa kita keluarkan duit pun. kita byr tahun pertama je. tahun 2 seterusnye just rolling duit dividen je. Jd untung 30 ribu – bayaran tahun pertama. dptlah dlm 25 katakan. lebih baik dr tak b uat apa2. sbb tak dpt apa-apapun.
Salam, merujuk kepada komen calculate, saya rasa ada percanggahan. Ini kerana u kira keuntungan loan asb di tolak dgn jumlah yang kita bayar pada tiap2 bulan. tetapi bila untuk kira keuntungan sendiri u tak kira berapa jumlah yang kite simpan di asb. memang kita tak buat loan, tapi kite keluarkan duit kite sendiri, so sama juga dengan kite bayar tiap2 bulan dekat bank. bezanya cume kite bayar kat bank, dan lagi satu kita simpan sendiri. tetapi tetap sama juga. apabila hendak buat pengiraan, u kira pulak kos bayar pada bank. tetapi saving sendiri pun tetap kite keluarkan duit jugak. maaf jika saya salah. tetapi saya dah buat kajian. terima kasih
Encik Fariz adalah seorang usahawan yang berjaya yang memiliki dua premis pejabat tingkat. Beliau mengupah 20 kakitangan untuk membantu beliau pada operasi kerja harian. Beliau berusia 30 tahun pada 2010. Beliau mempunyai sebuah keluarga yang besar dengan 5 orang anak. Kebanyakan kakitangan beliau tahu beliau sebagai jenis orang yang sangat penyayang. Dalam usia 30 tahun, Encik Fariz telah membeli banyak aset seperti rumah, tanah, kedai banyak dan lain-lain. Walau bagaimanapun Encik Fariz graduan seni, menghadapi beberapa masalah yang berkaitan dengan perancangan kewangan. Dia perlu untuk mengupah seorang perunding kewangan untuk membantu beliau dalam perancangan pelaburan terutama untuk kehidupan peribadinya. Dalam 10 tahun, Encik Fariz mahu mempunyai penjimatan untuk setiap anak-anaknya, memiliki lot banglo, dan mempunyai RM200, 000 tunai di dalam akaun peribadinya. Sebagai seorang ahli perniagaan, Encik Fariz mendapat pendapatan yang tidak konsisten setiap bulan, tetapi pendapatan minimum perlu dipertimbangkan untuk memberikan semua komitmen.
TUGAS
Sebagai perunding kewangan yang bekerja dengan salah satu bank komersil, anda akan diberikan tanggungjawab untuk membantu Encik Fariz dalam perancangan kewangan selama sepuluh tahun. Nasihat anda MESTI termasuk keuntungan faedah yang dibayar dan faedah, bayaran bulanan bagi setiap pinjaman yang diambil oleh beliau. Anda boleh memasukkan istilah lain jika anda berfikir ia diperlukan untuk membawa lebih banyak manfaat kepada Encik Fariz.
boleh bantu??
Want to share something about ASB loan, for me the calculations are very
simple. Based on my experience, I took maybank 80k, RHB 80k. These are
what I’ve been doing for 1 year++.
~ START MAYBANK QUOTE~
Bank: Maybank – Amount Loan : RM80,000.00
20 years tenure / Monthly repayment – RM470.00
RM470 x 12 months (1 year) = RM5,640.00
RM470 x 240 months (20 years) = RM112,800.00
Total Interest: RM32,800.00
Dividend (if let say 8% whole 20 years) :-
Yearly = RM80,000.00 x 8% = RM6,400.00
Total Dividend :-
RM6,400 x 20 years = RM128,000.00
Total Profit (after 20 years) :-
We earned RM15,200.00 and RM80,000.00 inside our ASB.
Result / Conclusion :-
1st year = monthly repayment was painful for me, but after I got the dividend,
I’ve settled all 2nd year re-payment. This method will be continue for the
remaining re-payment for the next 18-19 years.
~ END MAYBANK QUOTE~
~ START RHB QUOTE~
Bank: RHB – Amount Loan : RM80,000.00
20 years tenure / Monthly repayment – RM534.00
RM534 x 12 months (1 year) = RM6,408.00
RM534 x 204 months (17 years) = RM108,936.00
Total Interest: RM28,936.00
Why 17 years only? Haaaaa…. There’s one HUGE different between
RBH vs Maybank, RHB offered me, FIRST 3 YEAR I don’t have to pay
any single cent. Therefore, my yearly interest starts on the 4th year.
Dividend (if let say 8% whole 20 years) :-
See below calculation.
Nice? Think about it, the 1st 3 years you never touch the asb dividend.
1st year: RM80,000.00 + RM6,400.00 = RM86,400.00
2nd year: RM86,400.00 + RM6,912.00 = RM93,312.00
3rd year: RM93,312.00 + RM7,465.00 = RM100,777.00
4th year (when you need to pay RM6,408.00 yearly) : RM100,777 + RM8,062.00
January on the 4th year, you’ll received RM8,062.00 as your yearly dividend.
RM8,062.00 – RM6,408.00 = Earned RM1,654.00
Total Profit (after 17 years) :-
We earned RM28,188.00 and RM100,777.00 inside our ASB. (That’s if you take out the RM1,654.00, if you keep them, the total earning would be in different / greater figure)
Result / Conclusion :-
It’s a very good deal BUT we must be very patient with this plan.
~ START RHB QUOTE~
Btw, I took their service when they did a promotion, hence interest might be
higher/lower than certain people now. Depends on the bank rate on that time.
Age range below 25 years old better go for ASB loan. Less liquidity.
I’m not a good adviser, you may go to the bank to ask for a consultant.
Salam,
Adakah anda semua yakin bahwa kadar ASB kekal pada paras 7-8% setahun?? Tren telah menunjukkan bahawa dividen yang diberi semakin kecil dari tahun ke tahun. Dalam tahun 1990-2000, kadar dividen adalah antara 10 -14% tetapi kini hanya 7-8% sahaja. Saya yakin dalam dekad akan datang kadar dividen ASB ni akan terus menyusut kepada 5-6% sahaja..ataupun mungkin bawah daripada itu. Ia adalah disebabkan oleh persekitaran ekonomi dan inflasi yang berlaku dewasa ini.
Tiada jaminan ia akan kekal. Jika BLR masih rendah, ia masih lagi menguntungkan semua pelabur saham asb ini. Semuanya bergantung kepada prestasi pelaburan yang diuruskan oleh PNB.
Jika dulu boleh beri 10-14% disebab adanya pelaburan dalam bidang yang bertentangan dengan islam seperti arak dan judi. PNB telahpun menarik balik semua pelaburan dalam bidang itu bagi memastikan ianya patuh syariah.Dan hasilnya adalah halal untuk dinikmati oleh orang Islam.
ingin bertanya kepada otai2 skalian..saya telah membuat loan 30k di maybank tahun march 2011..kalo menurut dividen+bonus=8.8% sepatutnya mendapat rm 2640 untuk tempoh setahun.
oleh kerana pembayaran mula dbuat ialah bln march, brapakah dan bagaimanakah kiraan yg betul bagi div+bonus bagi pelaburan saya ini?
kalo menurut kiraan saya sendiri: dividen (bagi 10 bulan kerna start bulan march)=(rm30,000*7.65%*10 bulan)/12 bulan=rm1,912.5
bagi bonus pulak,(rm30,000*1.15%*10bulan)/12bulan=rm287.5
so, jumlah div+bonus=1,912.5+287.5=rm2,200( adakah cara kiraan ini betul)
jikalau kiraan ini betul, mengapa bonus asb saya hanya mendapat rm29.71 saja..yang membuat saya lbh bingung pegawai bank maybank ckap pada tahun pertama loan asb pihak pnb hanya memberi 10% dari nilai bonus ke dalam akaun saya.nilai bonus akan diagihkan 20% thn kdua,30% thn ke-3 dan sterusnya..brmksud thn ptama 90%=rm257.79 dipotong phk pnb..adakah ini benar dan mengapa tidak tertera dlm agreement dan tidak diberi tahu oleh phak bank sblum mengambil loan..diharap pihak tuan yg lbh arif dpt jelaskan.
tq, nak tahu asb halal ke haram, tengok you tube, banyak ulasan dari pakar,
Adik dan kakak saya menerima dividen Rm1700++. Mereka juga start loan pada bulan mac 2011. Pelik jugak jadi macam tu. Adik dan kakak saya ambil loan dari RHB.
mksudnya adik dan kakak sham pun berada di posisi yg sama lh ni..hmm..pelik juga..kalo ikt kiraan bonus sbnar kami spatutnya dapat rm2200 kalo loan start bulan march tahun lpas.nampak gaya dari explaination pgawai bank(maybank) tersebut btul2 mbuka mata bakal2 org yg nak mlabur melalui pnjamann bank.renung2 kn ..
adik dan kakak saya menerima RM1700+ dividen pada tahun pertama. Mereka buat loan RM30,000.
rasanya pengiraan lebih kurang macam ni la..
dividen = 8%
30,000 x 0.08 =200
jika bermula pada 1 mac, ia kan kira sebagai 9 bulan. Kalau selepas 1 mac, 1 april baru dikira sebagai bulan pelaburan. Jadi
dapat 8 bulan jela.
8 x 200 = rm1600
tambah skit bonus, dapatla rm1700 lebih..macam tu la diorang kira lebih kurang.
← Previous Comments