Kajian Kes: Pinjaman Pelaburan ASB Oleh RHB BANK

Visited 1 times

January 26, 2010 · 93 comments

in Pelaburan

Kongsi Maklumat Ini

Ketika saya ke RHB Bank untuk clearkan cek Clickbank. Pengawai bank ada terangkan skim Pinjaman Pelaburan ASB kepada saya. Saya telah ambil kertas tersebut dan buat sedikit pengiraan terhadap tawaran yang mereka buat. Kepada mereka yang berminat untuk membuat pinjaman ASB. Saya harap anda boleh menilai dulu kajian kes yang saya buat ini.

Saya sokong pelaburan sebegini kerana ia dijamin oleh kerajaan dan juga dilakukan oleh pihak yang berautoriti tentang pelaburan. Elakkan daripada pelaburan internet dan juga pelaburan yang tidak diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia. Sekarang terlalu banyak pelaburan yang menipu wang orang ramai antaranya pelaburan internet, cacing dan banyak lagi.

rhb asb loan

Ini adalah kadar yang ditawarkan oleh RHB Bank. Saya dapati ia agak menarik dan menguntungkan. Saya telah membuat pengiraan pulangan dalam masa 20 tahun dan juga berdasarkan pinjaman yang dilakukan. Tawaran untuk membayar hanya interest dalam masa 3 tahun juga nampak agak menarik dan menguntungkan.

Ini adalah keuntungan bagi 3 tahun pertama jika dianggap dividen ASB adalah 7% setahun.

Keuntungan 3 Tahun

Keuntungan 3 Tahun

Keuntungan yang diperolehi setelah ditolak ansuran bulanan selama 3 tahun dan dividen ASB selama 3 tahun. Keuntungan yang diperoleh anda boleh lihat pada ruangan untung.

Bagi pendapatan yang diperoleh dalam masa 20 tahun iaitu kadar maksimum pembayaran pinjaman ini pula adalah seperti dibawah:

hasil 20 tahun

Dengan pinjaman RM30,000 dan dibayar selama 20 tahun, wang anda akan berganda lebih 3 kali ganda iaitu RM116,090.53. Anda boleh lihat jadual diatas. Baris yang dihighlight dengan warna kuning adalah tahun yang ditawarkan oleh RHB Bank kepada mereka yang membuat pinjaman ASB dengan mereka.

Berapa pulak yang perlu kita bayar? Jangan risau. Saya pun telah membuat pengiraan juga tentang jumlah sebenar yang perlu anda bayar dalam masa 20 tahun. Anda boleh rujuk rajah dibawah:

Bayaran Keseluruhan Pinjaman

Bayaran Keseluruhan Pinjaman

Daripada semua jadual diatas kita boleh rumuskan:

Pinjaman RM30,000 dan dibayar selama 20 Tahun:

Pinjaman yang perlu dibayar: RM47,424.00
Jumlah Akhir ASB: RM116,090.53
Keuntungan : RM68666.53

Jadi anda boleh tengok sekarang berapakah keuntungan yang akan diperolehi dalam masa 20 tahun akan datang dengan pinjaman RM30,000 sekarang ni. Ia hampir 3 kali ganda daripada pelaburan yang anda buat dengan kuasa ” compound of interest”. Lagi awal anda melabur, lebih banyak keuntungan yang akan anda perolehi. Jumlah pengiraan ini tidak termasuk bonus. Ia adalah berdasarkan dividen semata mata.

Biarpun ia lambat. Keuntungan yang bakal anda perolehi adalah dijamin. Jangan sesekali terpengaruh untuk melabur didalam apa apa skim pelaburan yang menjanjikan pulangan tetap dan tinggi dalam masa yang singkat. Ia berkemungkinan adalah satu penipuan. Ia telah banyak kali terjadi. Jangan mengikuti langkah mereka yang pernah tertipu. Jadikan apa yang berlaku kepada mereka yang terkena dengan penipuan dengan pelaburan sebagai teladan kepada kita.

Jika mereka yang tertanya tanya samada pinjaman ASB menguntungan siapa? Bank atau kita.. dalam kes pinjaman RHB Bank ini. Kita yang untung!

Saya akan buat satu lagi kajian kes berkenaan pinjaman ASB Maybank pulak selepas ini. Saya dah pun mendapatkan kertas penerangan tentang ASB Loan dari Maybank ni. Adakah ia menguntungkan peminjam atau menguntungan bank? Tunggu dalam post yang akan datang ye.

p/s: Anda boleh rujuk perbincangan yang agak panjang tetang pelaburan ASB di Pakdi.my. Saya bukan pakar kewangan, tulisan yang dibuat adalah berdasarkan pemahaman saya sahaja & tidak boleh dijadikan nasihat kewangan. Terdapat banyak pro & contra tentang pinjaman ASB.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • pelaburan asb
  • pinjaman asb rhb
  • rhb asb loan
  • asb loan rhb
  • asb rhb
  • pelaburan asb rhb
  • pinjaman rhb asb
  • loan asb rhb
  • skim pinjaman asb
  • rhb loan
Kongsi Maklumat Ini

Comments

Powered by Facebook Comments

{ 93 comments… read them below or add one }

sah90 March 5, 2010 at 11:55 am

menarik ni…:)

Puan Jenn April 23, 2010 at 3:52 pm

Terima kasih kepada tuan yg sudi berkongsi maklumat penting nie. Saya baru bercadang hendak membuat pelaburan ASB dgn RHB. Tapi sebelum tu, saya juga menunggu maklumat ASB kat Maybank juga. Kalau ada info nya kongsi ler sekali lagi.

sham April 25, 2010 at 12:34 am

kadar pinjaman mungkin meningkat sebab BLR dah naik.Puan Jenn, nanti saya tulis pasal loan ASB Maybank pulak.

Muaz Hadi April 26, 2010 at 3:33 pm

maybank punya tenure sampai 25 tahun. sy tgu entry pasal maybank pulak. huhuu. tgh berkira2 nak tambah akaun asb guna asb loan gak. selalin rhb n maybank, cimb pun ada tawar benda yg sama juga. kalau boleh buat satu case study comparison 3 bank ni superb.

p/s link pakdi tu dah tak ada, blog dia ada problem n skrg start dari zero, sayang juga tak ada back-up

sham April 29, 2010 at 3:26 pm

nanti saya sambung buat compare tu.pening kira kat excel. Yang rhb senang skit kira.

Puan Jenn April 29, 2010 at 9:44 pm

Terima kasih di atas kesudian anda reply semua comment di sini. Tadi saya baru tolong hantar jiran buat pinjaman asb di rhb bank memang betul BLR dah naik (5.80%). Jiran saya tu ambil 100k bayar 20 tahun. 3 tahun pertama bayar RM408 setiap bulan. Pada tahun ke empat bayaran sebanyak RM719 sebulan. Pihak bank cadangkan, selepas tiga tahun boleh tamatkan pinjaman ini tanpa apa-apa caj. Pada pandangan En Sham yang mana lebih baik teruskan bayar sehingga 5 tahun atau stop selepas 3 tahun.

bohari May 1, 2010 at 4:09 pm

pada saya loan asb maybnnk pun ok sbb boleh pjm 25 th.klu dah nak pencen boleh guna nama anak baskup gaji bapa.tapi anak msti 18 th ke atas.

ain May 6, 2010 at 11:11 pm

macam mana klau saya nk buat pnjaman utk 5thun sje, keuntungan d kira mcm mana

prof May 7, 2010 at 5:06 pm

camni lah nak senang paham sama ada untung atau tidak…
tapi kena paham istilah matematik sikit..

anggap simpanan asb dengan cara simpan sendiri bulan-bulan mewakili graf exponential

manakala pinjam dari bank mewakili graf garis lurus macam y=x.

anggap ianya akan bersilang pada satu titik ‘z’
titik z itu menunjukkan keadaan dimana jumlah wang yang ada di dalam akaun asb adalah sama sama ada disimpan sendiri atau pinjam bank.

senang cerita….
kalu nak untung labur asb guna pinjaman bank..nilai pinjaman hendaklah kurang daripada nilai z

ini bermakna lagi lama korang pinjam lagi kurang untung dan lagi lama ianya akan merugikan…

betul… aku renung dalam-dalam jadual tersebut aku nampak dah….

sham May 10, 2010 at 1:05 pm

Saya setuju dengan prof,

lebih pendek pinjaman, lebih menguntungkan sebab kurang interest yang perlu dibayar. Cuma jumlahnya agak tinggi & mungkin tak mampu dibyr mereka yang berpendapatan rendah.

kalau diikutkan konsep pelaburan Warren Buffet. Beliau galakkan pelaburan mengunakan wang sendiri. Bukan pinjaman! Ia adalah untuk mengelakan diri daripada terjebak dengan hutang yang banyak.

Lagi bagus jika dapat simpan secara konsisten setiap bulan.

jymy May 18, 2010 at 7:51 am

terima kasih atas maklumat yang anda kongsi dalam blog ini, saya ada membuat pinjaman ASB RM50K dengan Maybank bermula dari tahun 2008, bayaran bulanan RM359. Pertama kali saya membuat bayaran pada 1 April 2008. Sehingga awal tahun 2010 dividen yg saya dapat amat memuaskan. Apa yang menjadi persolaan disini ialah “Payment in advance” yang tertera pada Maybank2U tiap kali saya melihat baki pinjaman yang perlu saya bayar dan sekarang jumlah itu mencecah RM468. Adakah saya perlu membuat pembayaran tambahan (Payment in advance) keatas pinjaman yang telah saya buat?

sham May 19, 2010 at 4:04 pm

jymy,

yang ni saya tak suka pasal Maybank ni, diorang tak telus. Diorang suka naikkan kadar tanpa persetujuan peminjam. Dalam ETIQA pun sama, tetiba je bayaran bulanan naik.
nasihat saya, sila rujuk kat cawangan maybank yang berdekatan. mohon penjelasan daripada mereka. tanya ada ia mengaruhi jumlah pinjaman anda kelak. sekarang baru 2 tahun pinjaman dah naik tetiba.

apatah lagi BLR baru je naik kpd 5.8%. OPR pun baru je naik kali kedua. Lepas ni BLR pun akan naik lagi la. BLR mempengaruhi kadar interest bank/pinjaman.

En.Jymy elok rujuk Maybank mohon penjelasan mereka.

jymy May 19, 2010 at 8:05 pm

Terima kasih atas nasihat anda Sham, nampaknya saya perlu mendapatkan penjelasan dari pihak berwajib. Adakah bank-bank lain juga sewenang-wenangnya menaikkan kadar seperti yang dipraktiskan oleh Maybank?

sham May 19, 2010 at 11:57 pm

setakat ni tak pernah lagi dengar bank lain buat macam tu. Dapatkan penjelasan dari Maybank terlebih dahulu. Mungkin diorang ada sebab sebab tertentu buat macam tu.

azman May 20, 2010 at 10:48 pm

pendapat sy pinjaman asb menguntungkan kita,hanya tahun per 1 kita keluarkan modal, tahun ke2, bayaran bulanan akan dibayar dr duit dividen yg dapat tu..jd siapa untung??

Abe Mat May 21, 2010 at 10:22 pm

Pada tahun 1996 saya pernah membuat pinjaman sebayak rm 80,000 selama 20 tahun.Masa gawat interst naik mencanak. Saya terpaksa jual balk selepas meminjam selama 3 tahun. saya rugi rm 13,000. Serik dah nak pinjam.

sham May 24, 2010 at 3:52 pm

Sebab tu, saya galakkan untuk melabur dengan duit sendiri. Tapi ada pro and cons la kalau pinjaman ASB ni. BLR dah naik jadi 6.0-6.5% dah kat kebanyakan bank. Jadi kadar interest pun tinggi jugak la.

hamizee May 26, 2010 at 7:27 pm

Salam..
Saya tertarik dengn artikel yang saya baca tentang ikan arowana. Ringkasnya, sebenarnya saya pun berminat untuk melabur dalam program tersebut. Sebelum itu, saya memang ada rasa sedikit keraguan tentang program yang dijalankan. walaupun ia nampak bersistematik, namun masih ada kelemahan dalam program tersebut yang saya tak tahu.
Soalan saya,
1. bagaimana saudara tahu mengenai adanya “penipuan” dalam program ini?

2. ikut pada kenyataan yang telah saudara berikan, berapa ramaikah yang telah “terkena” dalam program ini?

3. Bagaimana program ini boleh bertahan sekiranya ramai yang telah tertipu?

Saya bertanya bertanyakan soalan di atas kerana saya antara bakal pelabur yang berminat menyertai program ini. Saya cukup berhati-hati dalam setiap wang ringgit yang akan saya keluarkan.

sham June 1, 2010 at 2:28 pm

hamizee,

saya tahu dari kenyataan Tuan Haji Zulkifly, bekas Ketua Cawangan KPDNKK Taiping. Pihak mereka sedang memantau benda ni.
Jumlah yang tertipu dia tak nyatakan, menurut beliau ada kolam dah tutup. Most kolam arowana di Perak terutama di Taiping area bukit merah.
Sekarang dah ada yang buka di daerah lain. Terbaru saya tengok di Manong, cukup besar kawasan kolam dia.

Tak semua tipu. Tapi kena hati hati la. Kena buat kajian mendalam dan buat lawatan dulu ke kolam mereka. Tengok biz diorang samada kukuh atau tak.

stail June 2, 2010 at 3:44 pm

asb untung tp tiap bulan

epyz June 23, 2010 at 3:14 pm

saya ada mbuat rhb loan..50k..mengapa bayaran bulanan yang perlu saya bayar setiap bulan berbeza2.malah jumlahnya sentiasa meningkat..

epy June 23, 2010 at 3:18 pm

salam..saya ada membuat pinjaman asb di rhb bank.50k.yang menjadi masalah disini..bayaran bulanan yang perlu saya bayar sentiasa meningkat dan berbeza setiap bulan.

sham June 24, 2010 at 1:40 am

epy, loan bergantung kepada BLR yang diumumkan BNM. Kalau naik, naik jugak la interest bulanan. Menurut RHB, 3 tahun pertama kita just bayar interest. Lepas 3 tahun baru kena bayar full asuran dan interest.

ida June 28, 2010 at 1:53 pm

salam..
sy ingin tahu ttg plburn d asb.. slam nie sy simpan duit kat asb bg2 saja..klu blh sy mau duit yg simpan itu d simpan dlm btuk plburn, tapi sy xbrapa faham mcm mana prosesnya..

ida June 28, 2010 at 1:56 pm

salam..
bagaimana caranya mbuat pinjaman dan plaburan???

Aboi July 1, 2010 at 4:04 pm

x payah melabur kalau duit x ada…ASB loan hanya merugikan peminjam.
BLR rate akan sentiasa naik dan x menentu. buat saving sendiri lagi untung, disiplinkan diri anda untuk masuk kan duit ke ASB monthly,lama2 jd bukit jgk…itu la cara terbaik…kalau nak buat loan jgk, cari la loan yg fixed rate dan tidak melebihi dividend ASB 7%. hidup ni x perlu kaya, yg penting hati hepi……bila dah rasa duit lebih dlm saving ASB, keluarkan la dividend untuk pelaburan kecil – kecilan. sekadar pendapat untuk di kongsi.

pinjaman asb July 2, 2010 at 2:02 am

jika ada sesiapa yang berminat untuk membuat pinjaman pelaburan asb, sila email ke sales.easyrhb@gmail.com

Farhanna July 22, 2010 at 11:20 am

asb loan rhb tmbh overdraft rhb..br untung

amad July 30, 2010 at 11:28 pm

saya dah masuk asb loan..dieorg buat promosi di post office..sy masuk rm40k..kalau ikut jadual, 3thn pertama, rm 155 je…bln pertama sy kene byr cume rm131.84.. tp bln kedua, dh jadi rm195…so, pelik kan..xsame mcm yg promosi…bile pergi check kat bank,baru tahu, untuk 3thn pertama, jumlah bayaran bulanan tertakluk kepada BLR semase tolak 1…so, ape yg dlm table tu(rm155 selama 3 thn) mcm tipu jek..

sham August 2, 2010 at 2:40 pm

loan biasanya berdasarkan BLR yang diumumkan oleh bank negara. Kalau dia cakap interest 3% atas BLR. Maknanya kalau BLR =5, jadi interest adalah 8%. Jadual tu hanya untuk menarik orang untuk ambik loan & memudahkan pengiraan.

Pelaburan terbaik adalah guna duit sendiri. Tapi kena konsisten la simpan duit dalam ASB tu. Hasilnya memang la lambat skit. Tapi ia mengelakkan diri kita dr tercebak dengan permainan kewangan yang tak menentu.

joe-easy-rhb August 25, 2010 at 2:45 pm

Salam semua,

Saya wakil dari Easy RHB

Nikmati perolehan dividen secara MAKSIMUM dengan membuat Pinjaman Pelaburan ASB dengan EASY RHB..

5 tahun pertama CUMA BAYAR FAEDAH SAHAJA!! CAJ TERENDAH BERBANDING BANK-BANK LAIN!!!

Sila ke blog saya http://easybyrhb.blogspot.com atau hubungi 010-9684021 (Joe) untuk penerangan lanjut mengenai EASY RHB LOAN

azri August 30, 2010 at 1:50 am

tq sham atas pendedahan anda 2…sy mmg tgh tggu modal ni nak buat loan RM200,000..sy nak buat 3thn je…

joe-easy-rhb October 13, 2010 at 10:50 pm

xda ruginya melabur di ASB dengan kaedah pinjaman ASB, terutamanya dengan Easy ASB Loan..

sebenarnya, modal yang kita keluarkan adalah pada tahun pertama sahaja.. tahun berikutnya, x payah keluarkan wang sendiri lagi, biar dividen yang tolong bayarkan.. akhirnya, dapat RM100.000.00 25 tahun akan datang.. senangkan??

ayuh call/sms/misscall saya 010-9684021 atau jumpa saya di outlet EASY RHB di stesen LRT Taman Jaya(depan Amcorp Mall, Petaling Jaya) untuk maklumat lanjut mengenai EASY ASB Loan

white hunter January 13, 2011 at 8:42 am

salam… nak tanya bank maner yg paling sesuai utk pinjaman asb ngan kadar interest yg plg rndah?

sham January 14, 2011 at 12:18 am

interest bergantung kepada BLR yang diumumkan kerajaan. Jadi ia berubah ubah. Apa yang ditawarkan oleh RHB agak menarik jugak.

vina January 20, 2011 at 4:54 pm

blh tanya kalu mau amil asb loan yg 20 thn, tapi sda hbis bayar sblm masanya blh ambil itu duit sda kah?

sham January 21, 2011 at 1:30 am

kalau nak cepatkan pembayaran, kena berunding dengan bank dulu la. Ada sesetengah bank mengenakan denda jika menyelesaikan hutang lebih awal. Sebabnya diorang rugi sebab tak leh caj interest.

Lynda January 29, 2011 at 5:57 pm

Hi..
Skrg ni RHBEasy ade menawarkan 5 thn utk byr faedah shj..
Lg untung utk 5thn pertama..dividen byk..untung pun byk

Sesiapa berminat bole dtg ke outlet kami di Equine Park, Jusco mall. Kita buka setiap hari 10pagi-10mlm.

Utk makluman lanjut: 012-9530083

ani February 12, 2011 at 1:15 am

salam,
bg yg dok kat ampang, lau nk tau lbh lanjut mengenai pinjaman asb by rhb nie, dtg ler ke aotlet kami di taman dagang ampang, bersebelahan dengan lrt ampang, sebaris dengan kedai perabot CAVENZI,,

papehal, bley kol 019-2795561

along February 15, 2011 at 6:05 pm

salam 1 mlysia nk tnya ckit loan asb ngan rhb ni limit smpai 100k aje ye bleh buat?

sori br nk join,hihi..

nita April 13, 2011 at 9:25 am

saya baru buat loan ASB RHB EASY PAYMENT dlm bulan 7 thn 2010. saya ambil dlm 50 ribu, setiap bulan (bln 8- bln 12, 2010) byaran hanya RM226 dngan FAEDAH 5 TAHUN pertama. Masuk thun 2011 bln 1,saya ada kemaskini buku ASB, dapatan RM loan ASB RHB EASY PAYMENT (bln8-bln12 2010)ialh RMI550, itupun dah d tolak dengn KPA 1.0% setahun, KPA semasa 6.30% sthun,KPA munkin jga berubah pda msa cetakkan. Pada blan 3,2011 saya pi blik tmpt rhb esay payment sya tmbah lagi LOAN ASB dlm 80rbu. (80rbu+50rbu= 130rbu) 1 bln saya akn byar rm585 blum masuk insuran. utk n memang beban la sikit, masuk thn 2012 saya akan keluarkan blik dlm RM4000, dividen asb buat pusigan blik bayaran loan asb dapat la cover sikit bayarn akan datang.

nita April 13, 2011 at 9:39 am

yang saya teruja buat LOAN ASB RHB EASY PAYMENT ni, yang kita byar blik pun dapat, dividen pun dapat RM sdikit sebanyak.yang d tolaknya bayaran tertntu aje. nak d katkan dapat le selesaikan hutang hutang sedia ada dgn LOAN ASB RHB EASY PAYMENT setiap tiap tahun. Ada bajet saya upkan lagi LOAN ASB saya 200,000 faedah 5 tahun pertama dgan bayaran bulanan RM900, 1 bln. dnagn duit dividen yng masih ada. APA PENDAPAT ANDA SSEMUAAA….???

nita April 13, 2011 at 9:54 am

INGATTT… tawaran LOAN ASB, di mana mana bank tidak sama dengan jadual penbayaran blik LOAN ASB. masing masing ada punya citarasa tersndiri. sesiapa yang g shopping TESCO dan MYDIN MITC MELAKA, di situ terdapat EASY RHB PAYMENT.

NURULL April 14, 2011 at 11:10 am

jika saya pekerja sukarelawan ,makan elaun tiap bulan..boleh kah saya buat pinjaman ?

sham April 14, 2011 at 12:56 pm

bergantung pada bank. Biasanya diorang nak income yang kukuh. bergantung pada berapakah elaun yang diterima tersebut.

nita April 15, 2011 at 9:21 pm

salam… say surirmhtangga pun blh buat LOAN ASB.Janji tiap2 bln cukup utk membayar loan asb. masa saya mohon utk buat loan asb, pegawai bank easy masukkan data pekerjaan sendiri. NAK HIDUP,katakan. LULUS jugak LOAN ASB.

amad April 15, 2011 at 9:30 pm

mana boleh pinjam buat melabur..islam haram kan.
kalau xpecaya baca sendiri kat ustaz zaharudin.
http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=224&Itemid=63

sham April 16, 2011 at 10:36 am

kalau pinjaman konvensional adalah adalah haram. Yang ni ada fatwa berkenaan hal ni. Kalau guna pinjaman islam, jika tak silap harus. Kena rujuk ustaz. Saya tak pasti sangat yang tu.

nita April 16, 2011 at 8:09 pm

kalau mcm tuuu, knp kerajaan luluskan pinjaman/ pelabuaran? knp isu pinjaman d bangkitkan dalm blog blog. sdangkan bank berlumba utk menarik rakyat malaysia buat pinjaman/ pelaburan.PINJAMAN KONVENSIONAL atau PINJAMAN ISLAM tetap ada mana mana bank. soal halal, haram, harus..dlam isu pinjaman, mungkin dari dulu kerajaan tdk MENGGALAKKAN orang islam buat pinjaman/ pelaburan klu kerajaan katakan HARAM…tapi orng islam yang memerlukan duit sanggup g pajak gadai konvensional!!! yang dah lama bertapak. jawab sikit..

arel April 21, 2011 at 1:07 am

ASB loan MBB the best,
1) bayar murah
2)rate murah
3)boleh jual bila2 masa jika nk pkai duit(xde penalty charge)
4)mengikut syariah (hanya maybank je follow syariah,xcaya g servay)
5)blh sampai 25thn, so byr murah
6)pinjaman senang, xkeja pun xpe
7)senang lulus plak tu (fotostat ic n asb passbook)
8)bayaran mudah (arahan tetap, m2u, mobile banking) xpayah spend masa or duit untuk g bank
9)ada insurance yg murah dr rakan2 bank yg lain (xpyh beli insuaran nyawa)
10)Yang paling penting..anda mendapat khidmat nasihat terbaik dari sy, xpyh susah2 g bank, contact je sy, sy bw bank dtg jmpa anda..

0133614426

-melabur la untuk masa depan anda-

Leave a Comment

Previous post:

Next post: