Saya ada beberapa soalan tentang adakah Google Adsense boleh diletakkan di laman web dalam Bahasa Malaysia? Jawapannya boleh letak adsense di laman web dalam Bahasa Malaysia. Cuma iklannya kadangkala tidak keluar kerana kekurangan advertiser.
Jadi boleh ke pohon akaun Adsense dengan laman web Bahasa Malaysia?
Masih belum boleh. Bahasa Melayu masih dikategorikan sebagai unsupported language bagi program Google Adsense. Anda perlu membina laman web atau blog dalam bahasa Inggeris untuk memohon akaun Adsense. Selapas anda memperoleh akaun Adsense, anda boleh letakkannya di laman web dalam Bahasa Malaysia.
Iklan yang keluar juga bernilai rendah sebab iklan dalam bahasa Malaysia masih murah. Namun, kini ia semakin meningkat naik harga iklan di Google Adwords. Nilai bidaan yang dilakukan menerusi program pengiklanan Google Adwords mempengaruhi pendapatan yang akan anda perolehi menerusi Google Adsense ini. Ianya 68% daripada nilai bidaan yang dilakukan oleh pengiklan Google Adwords.
Organisasi besar seperti NSTP juga menjana pendapatan daripada Google Adsense untuk meningkatkan pendapatan mereka. Nak tengok?
Jika anda perasan, iklan ini ada kalanya keluar dan ada kalanya tidak keluar. Ia bergantung kepada katakunci yang terdapat pada artikel yang diterbitkan di laman Berita Harian Online ini. Jika spider Adsense mengesan katakunci tertentu, sistem Adsense akan menentukan iklan yang bakal keluar akan berkaitan dengan katakunci yang dikesan oleh spider tersebut.
Kita yang akan menentukan kandungan laman web kita. Manakala Google akan menentukan iklan yang akan keluar di laman web kita. Ada kalanya ia adalah iklan yang murah dan ada kalanya ia adalah iklan yang bernilai tinggi. Sebab itulah anda perlu memilih topik atau niche yang menguntungkan agar nilai klik yang akan anda perolehi juga adalah tinggi.
Nak tahu lebih lanjut anda boleh dapatkan Buku saya iaitu Blog + Google Adsense = Duit di kedai buku berdekatan dengan anda.
Susunan iklan di Berita Harian juga berterabur sekarang ini. Pengiklan bayar mahal tetapi iklan mereka dicampakkan ke bawah. Ia langsung tidak strategik dan akan menyebabkan advertiser akan lari nanti. Berita harian dah tak nak jaga pelanggan mereka kah?
Incoming search terms:
- google adsense malaysia
simiey[dot]com
terjawab sudah persoalan yang bermain di kepalaku.hehee..
Terima kasih!!~
JR
adsanse kat berita harian tu akaun adsanse premium lah..ko ni maen ckap je…haha… premium akaun kena ada syaratnya n premium akaun juga boleh diletak di dalam site bahasa apa seklai pun..
sham
Ia adalah bagi syarikat NST. Jika dilihat pada site nst berbahasa inggeris, ia menampilkan warna yang tidak terdapat pada akaun biasa.
Zuhairi
Setahu aku, Adsense ada 2 jenis akaun jer. Individual dan Company. Konsep sama je cuma kalau apply guna Company, Cek akan tulis atas nama company dan individual atas nama sendiri. Aku pernah buka akaun Company, sama je… xde premium or etc. Then aku tutup adsense company sbb setahun tak renew ROB, klo pegi SSM kne plak compound, nangis jugakla terpaksa tutup adsense. Aku apply2, alhamdulillah akhirnya dapat. Tp kali ni individual, sbb tu nak confirmkan… boleh ke letak adsense dlm website bahasa malaysia? n sebab apa kat blog ni tak letak adsense?… risau gak takut kene ban… http://www.studyipts.com
sham
Memang ada 2 jenis. Memang ada premium adsense account. Ia adalah untuk publisher yang mencapai jutaan pageview sebulan.Kalau tak silap, 20 juta pageview sebulan. Google akan buat tawaran kepada syarikat berkenaan jika mempunyai trafik tinggi.
Sekarang semakin banyak blog BM ada adsense. Takde masalah untuk guna kat blog BM. Cuma masa application je kena english. Sekarang ofis Google dah ada di Malaysia. Mungkin lepas ini BM adalah antara bahasa yang support adsense. Satu lagi sekarang ini, iklan bagi blog BM masih kurang kecuali bagi niche tertentu seperti technology,phone & etc.